28 November, 2019

Fokus Study Untuk Temuduga Pembantu Tadbir N19

Fokus Study Untuk Temuduga Pembantu Tadbir N19 | Assalamualaikum dan selamat petang kakak-kakak, abang-abang, adik-adik..Aduhai minggu ni tak ada kesempatan nak update entry seperti biasa. Seminggu ni banyak habiskan masa dengan study , baca surat khabar, jumpa pegawai dan menghafal fakta-fakta yang penting sebagai persediaan menghadapi temuduga minggu hadapan.


Yang mana follow facebook dan Instagram nieyl ada mention yang nieyl tengah sibuk membaca, menghafal dan mencari idea-idea jawapan untuk persediaan menghadapi panel-panel minggu depan. Selama 10 tahun menanti, Alhamdulillah bulan lepas berjaya lulus dalam peperiksaan online. Dan minggu depan penentu segala-galanya.. Preparation seperti nak ambil exam SPM juga ni.. Berdebar-debar setiap hari, orang kata selagi tak selesai temuduga, tidur tak lena weh.


Ya Allah..moga Allah permudahkan setiap langkah dan urusan nieyl sehingga hari temuduga nanti. Alhamdulillah, ramai kawan-kawan, pegawai-pegawai yang membantu memberikan tips-tips untuk berdepan dengan panel.Semoga apa yang dirancang, berjalan dengan lancar. Korang doakan nieyl sihat dan bertenang menghadapi temuduga kali ini ya...tq korang ♥

14 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)