06 August, 2018

Random Photo Monday

Alahai rasanya macam dah lama sangat tak menaip entry untuk blog ni. Lepas raya memang sibuk dengan kenduri kahwin anak buah yang baru je selesai semalam. This week pula sambung kenduri adik ipar yang akan berlangsung hujung minggu ni. Maaf tau korang yang sudi jenguk blog nieyl walaupun tak update. InsyaÁllah nanti nieyl akan cuba share apa-apa untuk hilangkan rindu korang tu..eh...ada ke yang rindu ni..


Time ni nieyl tolong mak buat kuih pau untuk hantar dekat kedai. 


Berhenti dekat R&R Jejantas, masa dalam perjalanan ke Tanjung Malim minggu lepas
teringin nak makan donat 


Kerang viral adik ipar buat tapi first trail ni mungkin kurang sos nya...tapi sedap habis satu bekas..

Lepas kenduri anak buah nieyl last week, tekak terus sakit mungkin sebab cuaca panas sangat, lepas tu minum air oren banyak sangat ni walaupun dah tahu x boleh minum atau makan benda yang masam² tp semalam memang tak ada pilihan..doakan nieyl cepat sihat ya sebab minggu ni kenduri lagi..

5 comments:

  1. perasan jugak sis hilang lama. semoga cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete
  2. Get well soon nieyl.. Mengancam kerang tu..

    ReplyDelete
  3. moga nieyl dah sihat by now.
    itu la. bila byk majlis, makan minum mcm2,kan.
    meriah bersama keluarga.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)