16 April, 2018

Happy Anniversary ke 6

Pejam celik pejam celik usia  perkahwinan nieyl bersama husband dah 6 tahun. Ya Allah Syukur Alhamdulillah..Masih dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan walaupun masih menunggu si comel muncul dalam rahim satu hari nanti InsyaÁllah...

Dalam berumahtangga ni orang kata sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri kan. Setiap peringkat ada kelebihan dan kekurangan yang akan kita nampak antara satu sama lain. Apa yang penting terima kekurangan itu dan lengkapinya dengan kelebihan kita. 


Tahun ni kita sambut ala kadar je, buat dekat pondok sebelah rumah nieyl tu je. Kek coffee ni sangat sedap habis licin, kek coklat dah biasa kita makan kan. 


Suami dan isteri berjaya membesar bersama-sama..hihihi..Alhamdulillah sepanjang 6 tahun kahwin, ini lah husband yang banyak sabar dengan kerenah isteri dia. Kalau bergurau tu memang selalu dia yang menyakitkan hati kita ni. Seorang suami yang menerima setiap kekurangan isterinya, seorang suami yang tidak pernah mempertikaikan tentang zuriat tapi selalu memberi kata-kata semangat untuk tidak putus asa dan sabar... 


Konon-kononnya nak buat candle light dinner malam tu tapi tak sempat pun..sebab kata ajak semua adik beradik utk meraikan bersama-sama. Mak nieyl gorengkan mee goreng . 

Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang wish anniversary nieyl dekat facebook dan mendoakan serta aminkan doa nieyl...Tq sangat-sangat...♥






10 comments:

  1. walaupun simple tapi menu sedap kemain! Happy aniversarry kak nieyl!

    ReplyDelete
  2. Selamat ulangtahun perkahwinan.
    Semoga kekal bahagia selamanya
    semoga dikurniakan zuriat yang diharapkan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..happy anniversary awakk!semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang sihat sempurna..abaikan aura negatif semua tu..keep loving each other in syaa Allah..

    ReplyDelete
  4. Selamat ulangtahun Perkahwinan Nieyl. Semoga kekal bajagia selamanya dan cepat2 dikurniakan anak. Aamiin...

    ReplyDelete
  5. Moga sampai ke Jannah ye.
    Moga dikurniakan zuriat yg soleh & solehah.
    Sabar & faham = bahagia.

    ReplyDelete
  6. Happy Anniversary.
    Jangan putus asa terus berdoa agar dikurniakan zuriat.
    Allah Maha Mendengar :)

    ReplyDelete
  7. Happy Anniversary Nieyldan suami moga jodoh kekal bahagia hingga ke syurga.
    Walaupun sambut simple tp bila ada belon tu jadi nampak meriah....

    Sedapnya ayam grill tu

    ReplyDelete
  8. happy anniversary :) sha doakan kaknieyl cepat cepat dapat baby tau! semoga dipanjangkan jodoh, dimurahkan rezeki selalu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)