19 February, 2018

Merasa Tauhu Begedil Yang Viral Tu

Dua minggu kebelakangan ni nieyl memang rajin scroll instagram ni, selalu juga la ternampak orang upload gambar makan tauhu ni. Yela kalau dah hari-hari ternampak sesuatu makanan tu, tekak pun mula la nak merasa juga walaupun sebenarnya makanan tu korang boleh buat sendiri. Ala..sesekali merasa makanan orang lain apa salahnya kan..


Akibat pengaruh sosial media terlalu kuat dalam diri ini, jadinya nieyl order lah tauhu begedil ni dengan officemate punya kawan. Kawan nieyl kata dia sekali hadap sekotak, peh!lagi lah buat terliur..


Untuk pertama kali order tu, nieyl try beli sekotak dulu..nak rasa dulu. Harga dia RM10 sekotak dalam dia ada 8 biji dan sambal hitam.. Sebenarnya yang buat tauhu tu sedap bila kita makan cicah sambal hitam tu..memang sedap..


Dalam tauhu ada begedil, iaitu kentang ,lada sulah,daging cincang sikit dan daun sup. Dia makan time panas-panas lagi menyelerakan tau, nieyl suka Tauhu begedil yang kawan officemate nieyl ni jual sebab rasa dia, secukup rasa tak ada yang terlebih pun dan yang penting tauhu tu tak berminyak.. So, nieyl recommed kalau korang nak cuba..

Facebook : Cik Platipus
Instagram : Cik Platipus



9 comments:

  1. Sedapnyaa tak pernah rasa lagi. Teringin pulak tengok. Nyumnymmy

    ReplyDelete
  2. Sha dah lama teringin nak cuba, tapi belum berjaya lagi.. Wargh!! Nak juga..

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa tauhu bergedil ni Nieyl! :D

    ReplyDelete
  4. Memang sedap tauhu bergedil ni. Dah makan tak boleh nak stop. Heheh

    ReplyDelete
  5. Hari tue akak penah nampak kat fesbuk tapi belum berkesempatan nak buatnya lagi.. Nampak macam sedap aje..

    ReplyDelete
  6. bukan penggemar tahu dan begedil...opps >_<

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)