Jangan Marah Bila Anak Tanya Soalan Berulang-ulang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Jangan Marah Bila Anak Tanya Soalan Berulang-ulang | Pernah tak tengok iklan petronas yang burung murai tu?kan anak dia asyik tanya burung apa..burung apa..burung apa..banyak kali kan. tapi ayah dia masih jawab dengan lembut dan baik kan..Adakah kita pun ibu ayah yang begitu?


Mesti ada sesetengah ibu ayah yang cepat naik angin bila anak-anak asyik tanya soalan yang sama berulang-ulang kali tanpa jemu. Kebiasaanya kanak-kanak yang baru nak pandai bercakap. Mungkin bagi kita soalan yang di tanya oleh kanak-kanak ini hanyalah biasa-biasa tetapi sebenarnya bagi kanak-kanak ini ianya adalah perkara yang sangat penting untuk di ketahui, ini kerana perasaan ingin tahunya adalah sangat tinggi.

Kanak-kanak yang baru mula bercakap mungkin agak pelat dan mungkin mereka hendak belajar banyak perkara yang di lihat sebab itu juga mereka banyak tanya soalan. Soalan yang kerap kali di tanya secara berulang-ulang mungkin menreka ingin  mengenal pelbagai perkara yang berada disekeliling mereka.

Sifat ingin tahu yang tinggi membuatkan mereka sibuk meneroka keadaan persekitaran , bila terlihat sesuatu mereka akan bertanya apa?kenapa?mengapa? jadi,ibu ayah jangan jemu untuk menjawab nya kerana ianya untuk perkembangan anak-anak kita bersama.
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

  1. Betul jgn cepat bosan atau marah pada anak yg baru nak mengenal banyak benda
    Daripada dpt anak yg terus diam tak nak bertanya lagi susah dibuatnya kan Nieyl.

    ReplyDelete
  2. harap x lah begitu
    rania skrg pon mmg byk bertanya.
    mmg kna jawab n sabar bebanyak.layan aje.. sikit sikit ummi apa tu.. ini apa..

    ReplyDelete
  3. inshaallah kita boleh cuba yg terbaik untuk anak2.. hehe

    ReplyDelete
  4. hahaha letih hoi nk menjawab ....
    kadang tu sampai satu tahap otak kita tepu tak reti dah nak menjawab ....
    sampai aku cakap mama tak tahu la ... semua tu kerja tuhan .... mama x belajar semua tu .... klu abang nk tau kena belajar pandai2 belajar pasal galaksi tu .... jd astronaut .... nanti bgtau mama mcmana semua tu jd....tak pun.. abg nah hp mama google ...

    anak aku punya soalan ... memang tak terjangkau akal wei ... siap tanya sistem suria ...galaksi ... berapa jauh dan berapa lama klu guna kelajuan cahaya kalau nk sampai ke pluto .... tu br satu soalan .... mcm2 lagi soalan dia

    haaaaaaaaahhhhhhh mmg boleh buat mak ko jd hijau

    ReplyDelete
  5. 😂😂😂 anak-anak saya bukan sekadar tanya berulang-ulang, tapi kalau tanya sampai ke akar umbi...😥

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...