Cara Elak Warna pakaian luntur

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Cara Elak Warna pakaian luntur | Biasanya kalau warna luntur ni ,mesti dari pakaian yang baru kita beli kan..Nieyl pun selalu juga kena biasanya nieyl akan asingkan dulu, lagi-lagi kalau ada baju warna putih lagi la teruk kalau kena kan..nak hilangkan mesti pakai peluntur..rosak baju nanti. 

Ada yang berpendapat, tambah sedikit garam semasa mencuci pakaian, ia dikatakan dapat membuat warna pada baju tahan lebih lama terutama yang berwarna cerah. Portal Washing machine Wizard ada menyarankan supaya tambah 2 sudu besar garam ke dalam cucian kita tu. Ia dikatakan bukan sahaja untuk mengelakkan kain dari luntur dan pudar malah garam juga mampu menghilangkan kotoran degil pada baju..wow!hebat la..



Macam mana nak masukkan garam?adakah dalam washing machine?Ok sebenarnya kita hanya perlu merendam pakaian ke dalam air sejuk yang sudah bercampur dengan garam untuk beberapa kali sebelum di cuci seperti biasa.

Manakala bagi pakaian yang jenis denim cepat pudar, di syorkan untuk merendam pakaian kita ke dalam larutan garam dengan kadar 50:50 cuka dan garam. Tapi harus di ingatkan ya jangan lupa terbalikkan pakaian kita terlebih dahulu sebelum jemur. ♥

Selamat mencuba korang...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. menarik..sebab kekadang lupa ade bju luntur..sedihh bile melekat kat baju lain

    ReplyDelete
  2. ohh baru tahu. selalu kalo agak2 baju yg luntur mmg tak campur.. hahah sebab pernah terkena.. selalu kain batik baru memang luntur..

    ReplyDelete
  3. oohh macam tu ya..nanti sy buat hehhe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...