Aktiviti di Penang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

1 April  short vacation ke Penang untuk 3 hari 2 malam. Nieyl dari Sungai petani terus
ke Penang sebab perjalanan mengambil masa 30 minit sahaja. Manakala en.husband 
naik flight dari KLIA ke Penang kebetulan sangat sebenarnya..

Masa dapat tahu kena pergi teambuilding tu..terus tengok tiket flight..
kot² ada yang murah ke kan..sebab dah lama x spend time dengan en.husband..
pergi jenjalan. Alhamdulillah orang kata rezeki, Tiket pergi balik KLIA-PENANG hanya 
rm88 sahaja..Balik Ke KLIA pun naik MAS..
Sebab Airasia time tu harga dia 2x ganda..
so,rezeki..Rempat cepat² sebelum habis :)
Memang dah niat di hati, kat penang nanti nak pergi derma darah..
sebab area putrajaya nie jarang PDN buat kempen tau.. Dan kebetulan adik ipar nieyl
kerja kat bahagian derma darah nie..so,pergi kat hospital tempat dia kerja je la..
Alhamdulillah,tercapai niat dan hasrat di hati..Semoga ianya dapat membantu
sesiapa yang memerlukan..Amin..Sesiapa yang belum pernah derma darah,
try la..jangan risau tak sakit pun...lagipun time darah tu keluar..
xde rasa apa² pun..tahu² dah siap :)
Lepas derma darah tu,singgah Mydin nak beli barang sikit nak masak untuk makan tengah hari..
Cari rempah campur untuk masak kari ikan..
suka tengok bahagian rempah² nie...teratur je..pastu susunan dia pun oklah..
senang nak cari..nak sukat pun senang..
Sambil² beli tu teruja nak tahu semua rempah² yang x pernah nak tengok pun..
bagus nie ada letak tanda mcm tu..senang nak cari..senang nak kenal..:)
 Masak simple je untuk makan tengah hari, nieyl masak sayur kobis beijing bersama udang..
yang nieyl terbeliak biji mata time timbang udang tu...nieyl amek dalam 5 ekor..dah dekat rm5..
wow!mahalnyaaaaa....
 Ikan nie kecil nieyl tak tahu ikan apa..biras ngan en,husband mancing kat laut..
nieyl goreng garing²..masak sambal cili hijau..peh!!sodappp..makan dengan nasi panas..hihi
 Telur dadar fav semua orang terutamanya en.husband tu..
 ini kari adik ipar nieyl yang masak, kari penang dia kata sebab nieyl tgk cara dia masak pun..
tak macam nieyl biasa masak..dan first time nieyl makan kari ikan campur timun...
not bad..sedap..nanti nak belajar masak kari penang nie ngan adik ipar...:)
Hidangan telah siap terhidang untuk di makan...
Alhamdulillah...kenyang makan tengah hari kalau masak sendiri lagi puas hati...


Okey bye²
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. bestnya...sedap-sedap semua lauknya :)

    ReplyDelete
  2. haa kejam nyer entry ni! dah la lauk sedap sedap...huwaaa..lagi-lagi ikan dgn sambal hijau tu...kejam nyer!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...