Pengalaman Selepas SPM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Walaupun ianya dah berlalu hampir 11 tahun,pengalaman di alam persekolahan adalah pengalaman yang tidak mungkin kita perolehi di masa² akan datang kan..jadi,bila tahun berganti tahun setiap kali keputusan SPM diumumkan, ketika itulah memori 11 Tahun itu kembali.

Selepas menerima keputusan SPM, hanya ada dua perasaan yang di alami, sedih kegembiran atau sedih kekecewaan. Tapi diri ini tidak merasa pun salah satu dari dua perasaan tu sebab masa tu hanya ada perasaan bersyukur sebab tidak gagal. Sebab pada masa tu hanya fikir, "if aku gagal..macam mana perancangan hidup aku yang aku dah rancang tu" . jadinya,tidak rasa sedih dan tidak rasa gembira.

Perancangan yang telah dirancang untuk perjalanan selepas menerima keputusan SPM adalah sekiranya berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang target masuk U laa.. andai kata keputusan sederhana, makanya memohon untuk sambung form6 la.. Ramai yang cakap, ish!form 6 tu susah la..lebih baik masuk kolej..lepas tu kena pakai baju sekolah..

Setiap orang ada perancangan masing²,so..memang dah tekad nak sambung form 6..sebab yang pertama adalah semua anak perempuan dalam family memiliki STPM jadinya Ayah memang menggalakkan untuk ambil STPM nie. Dan yang kedua adalah ingin mengejar cita² sebagai kaunselor , jadinya nak sambung study kat UKM dalam bidang Sains Psikologi.

Ha..itulah serba sedikit story nieyl selepas tamat tingkatan 5. Perancangan dalam hidup sangat penting,sebagai garis panduan hidup kita dalam mencorak masa depan. Bagi ibu bapa yang bekerjaya yang mempunyai education yang tinggi, dieorang mesti dah buat setiap perancangan masa depan untuk anak² mereka. Macam nieyl everything kena berdikari. 

So,adik² yang tidak berjaya dalam SPM tu jangan sedih okey..sebab sekarang ni ada banyak kolej untuk kita sambung pengajian,yang penting kena rajin berusaha,sebab kos pembiayaan kolej sangat mahal, jangan sia² kan peluang di usia muda.


"Buatlah keputusan yang bijak"

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. saya pun amik stpm juga :)

    nak ajak join segmen saya ni.
    http://www.kasihjuju.com/2016/03/blogwalking-segment-by-kasihjujucom.html

    jemput join ye :)

    ReplyDelete
  2. buatlah keputusan utk jangkamasa panjang kan :)

    ReplyDelete
  3. Betul.. perancangan tetap ada.. kalau plan A gagal masih ada lagi plan B hingga Z untuk digunapakai.. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...