14 March, 2016

Macam Mana nak hilangkan panau?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Dulu zaman sekolah, memang susah hati kalau nampak muka mula perpanau. Selalgi kena marah dengan mak. "jangan basuh muka time muka tengah² panas,nanti berpanau..hihi " . Panau mungkin bukan satu penyakit yang serius namun ia boleh memberi 'kecacatan' pada rupa kulit kita.Ia tidak gatal tapi agak ngilu apabila disentuh. Paling memeningkan apabila panau ini muncul di kawasan kulit yang mudah dilihat oleh orang lain. 

Punca Panau

Panau berpunca dari sejenis kulat Malassezia yang biasanya ditemui pada bahagian kulit yang banyak menghasilkan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menjadi masalah panau dalam keadaan tertentu. Jadi, bagaimana mahu menghilangkannya? Ada beberapa petua..

1.Daun pinang 
Tumbuk daun pinang hingga lumat dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.
2. Buah pinang 
Ambil air perahan buah pinang dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

3. Daun belimbing 
Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.

4. Daun kesum dan minyak tanah
Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan setiap hari.

5. Daun gelenggang 
Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.

6. Halia 
Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.

7. Pucuk lada 
Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.

8. Bawang putih dan halia 
Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

9. Lengkuas 
Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu. 

10. Daun lengkuas 
Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.


*yang no.4 tu nieyl first time dengar..

sumber :  facebook.com/Cheta Penang
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

2 comments:

  1. Bapak kakak sejak kena gatal-gatal ni boleh pulak berpanau.
    Tapi buat masa ini kami sapu ubat hospital dulu
    Nantilah kalau dah ok sikit kakak nak cuba petua Nieyl ini.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)