Kegunaan 'Rahsia' Vicks!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Vicks VapoRub sering digunakan untuk melegakan selesema, mencair kahak dan melancarkan pernafasan. Namun, rupanya banyak kegunaan lain yang anda boleh jadikan Vicks ini sebagai teman setia anda. Berikut merupakan petua yang anda boleh cuba amalkan dengan Vicks ini, memetik laman Home Remedy Daily,




1. Sakit Kepala 
Jika anda sakit kepala, sapukan Vicks pada tepi dahi dan tepi mata untuk kelegaan segera. Anda juga boleh cuba menghidu aromanya yang segar dan menyejukkan.

2. Sakit otot
Jika badan rasa tak selesa kerana otot sakit, sapukan Vicks pada bahagian sakit. Kemudian balut ia dengan tuala yang hangat untuk seketika.

3. Kuku berkulat
Kuku anda dilanda kulat, cuba sapukan Vicks sebanyak dua hingga tiga kali sehari. Proses akan mengambil beberapa minggu.

4. Tumit merekah 
Ia juga baik untuk memulihkan tumit yang merekah. Sapukan pada bahagian tumit pada waktu malam dan pakai stoking. Lakukan setiap malam.

5. Halau serangga 
Sapukan sedikit Vicks pada cadar atau selimut anda. Serangga seperti nyamuk tak mahu mendekati anda!

6. Halau haiwan 
Jika sofa anda sering dicakar kucing, cuba oleskan sedikit Vicks pada sofa, pintu atau langsir. Ia akan menjauhkan diri.
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

  1. Owh...banyak rupanya kegunaannya...bukan sekadar untuk legakan batuk,sekesema dan kembung perut..

    ReplyDelete
  2. halau nyamuk pun boleh ye?/alang2 sapu kat selimut , sapu kat kulit terus la senang..heheh...tak bagi nyamuk gigit..sekarang kan musim nyamuk banyak..

    ReplyDelete
  3. Anak dara kakak yg kat U tu tak tinggal Vicks ini Nieyl
    Dlm bag dia mesti kena ada.

    ReplyDelete
  4. boleh halau nyamuk & haiwan ye..br tau

    ReplyDelete
  5. Sejak dak Nuha dah mula membesar ni, dah takde vicks dekat rumah..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...