16 March, 2016

Gaun pengantin 101 meter

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Beijing: Ribuan penduduk di Jinan, di wilayah timur China, Shandong, berpusu-pusu datang melihat baju pengantin yang meleret sepanjang 101 meter. Gaun itu diperagakan di jalan raya bandar itu untuk mempromosikan kedai baju pengantin, lapor Huanqiu.com. Jurucakap kedai itu berkata, seramai 21 tukang jahit mengambil masa tiga bulan untuk menghasilkan gaun berkenaan. 

Gaun jahitan tangan itu dilaporkan bernilai 300,000 Yuan (RM191,000). Syarikat Sweet Story berkata, mereka memilih leretan gaun sepanjang itu kerana mengandungi maksud tersirat bahawa pengantin perempuan yang memakainya satu dalam 100 - angka yang dianggap tuah untuk perkahwinan bahagia. 

Puluhan orang dilihat memegang leretan kain itu di atas jalan. Acara itu diharapkan mampu menarik pelanggan menjelang musim bunga yang lazimnya melihat peningkatan majlis perkahwinan. 

* agak² kat malaysia ada yang nak buat mcm tu x?hihi

sumber : Hari Metro
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. Kalau kat Malaysia.. 'membazir je..'
    Lepas tu mulalah ustaz ustazah FB 'ceramah' pasal pembaziran.

    ReplyDelete
  2. nampak ada pembaziran di situ.ehehe.tapi untuk promosi kan.

    ReplyDelete
  3. nampak mcm nyusahkan aje :) hi hi...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)