Cara Hentikan Penyeksaan Batuk Malam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Batuk Malam memangnya menjadi satu masalah pada nieyl, actually bukan nieyl..tapi en.husband, boleh dikatakan hampir setiap malam. Malah batuk yang menjadi-jadi pada malam ini juga seringkali menyebabkan dia stress sebab sukar tidur sedangkan tubuh penat dan mata mengantuk.

Mungkin 7 cara ini boleh membantu sesiapa sahaja yang ada masalah batuk malam,nieyl nak cuba untuk en.husband nanti :)..


1. Minum teh herba dengan madu 
Sebelum tidur minum secawan teh tanpa kafein dicampur madu. Dikatakan teh panas ini berupaya memecah lendir di saluran pernafasan dan madu pula membantu sistem pertahanan tubuh. 

2. Ubah gaya tidur 
Tidur dengan meletakkan beberapa biji bantal di bahagian kepala dan belakang badan, paling kurang empat inci tinggi. Cara ini lendir tidak berkumpul di bahagian tekak dan boleh mengurangkan masalah batuk. 

3. Jaga kelembapan bilik 
Alat seperti Humidifier akan meringankan batuk jika udara terlalu kering. Tapi suasana bilik yang terlalu lembap juga boleh mencetuskan batuk. Tungau debu dan kulat merupakan alergen yang suka pada keadaan ini dan menjadi penyebab alahan batuk. 

4. Letakkan kelengkapan dalam bilik 
Sediakan segelas air dan ubat batuk di dalam bilik atau tempat berdekatan supaya mudah diambil kita batuk menjadi-jadi. Semakin cepat anda dapat menghentikan batuk, semakin baik. 

5. Pastikan selimut dan cadar bersih 
Hama atau kutu halus yang memakan serpihan kulit mati dan juga debu adalah pencetus alahan. Untuk menyingkirkannya cuci cadar dan selimut setiap minggu. 

6. Ambil ubat 
Jika batuk tidak serius anda boleh membelinya di farmasi. Ia dapat membantu mencarikan lendir dan mengurangkan dorongan untuk batuk. 

7. Jumpa doktor 
Jika batuk malam berlanjutan selama lebih dari tujuh hari sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor untuk mengetahui penyebabnya.

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. Anak bongsu kakak sekarang ni katanya kalau malam batuk teruk dah makan ubat tapi katanya juga masih tak kebah. Susah Nieyl sebab dia di asrama kan. Tapi Khamis ini dah balik sekolah cuti seminggu lepas ini kan.

    ReplyDelete
  2. Fida pernah batuk malam yang paling reuk..x salah masa tu tahun 2011..Memang teruk gila batuk..Satu malam duduk dlm toilet..batuk siap muntah2 g..

    ReplyDelete
  3. sedap nyer no 1 tu.
    nyaman rasa nyer lepas minum.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...