7 Tanda Tubuh Penuh Toksin!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



1. Sering rasa letih- walau pun cukup tidur tapi anda tetap rasa mengantuk dan kurang bertenaga.  

2. Berat badan sukar turun - sudah bersenam sudah, makan pun dikawal tapi berat badan tak juga kurang.

 3. Mulut berbau - walau pun sudah memberus gigi, berkumur dan makan gula-gula getah tapi mulut masih berbau. Bau mulut memang ada kaitan dengan masalah pencernaan yang mengganggu proses penyingkiran toksin dari tubuh.

 4. Sembelit - usus menyingkirkan banyak racun setiap hari dari tubuh kita. Tapi ketika sembelit, tubuh menyimpan semua racun tersebut, yang akan memberi kesan negatif pada kesihatan. Sembelit ini akan menyebabkan sakit kepala, lenguh badan dan keletihan.

 5. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah - selain itu anda juga kerap rasa cemas.

 6. Alahan dan masalah sinus - ini kerana sistem imun yang lemah. Boleh jadi juga anda jadi sensitif kepada bau terutama wangian.

 7. Masalah kulit - jerawat, ruam, dan masalah kulit lainnya mungkin menandakan tubuh anda banyak toksin. Awas juga jika mata bengkak atau mengalami psoriasis. Ia boleh jadi tanda bahawa kandungan racun dalam tubuh sudah terlalu banyak.


kalau tengok tanda² nie...hmmm....
Macam berguni je toksin dalam badan nie..ha..ha..ha..


-LOVE NIEYL♥-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...