Lemon menjadi sahabat baik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Selalu kalau pergi pasaraya...Lemon memang menjadi pilihan..
tapi untuk buat air lemon tea jela..
tak pun untuk masak stim ke kan...
Tapi rupanya lemon ni banyak kebaikan nya dalam kehidupan seharian kita..
yang kita tak tahu...kita tahu makan je kan..kan..hihi..
Sebab nieyl pun baru tahu sebenarnya...
so,meh nak share dengan semua :)

1. Rawat jerawat 
 Lemon juga berkhasiat untuk mengubati jerawat yang muncul ketika sedang datang bulan. Perah sebiji lemon dan campurkannya bersama air. Oleskan campuran itu pada jerawat dengan menggunakan putik kapas. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.

 2. Ganda lembap 
 Campurkan beberapa titik air kelapa dan perahan jus lemon. Fungsi air kelapa akan menghidratkan kulit dan lemon akan membersihkan serta mencerahkan, cubalah...

 3. Kurangkan minyak 
 Mengesat kapas yang dibasahi dengan perahan lemon terbukti mengurangkan minyak pada wajah. Cuba sebelum tidur dan anda akan bangun keesokan pagi tanpa kesan muka berminyak.

 4. Pelihara kuku 
 Bagi yang sering menggunakan pewarna kuku tanpa menggunakan ‘base coat’ terlebih dahulu jelas membuat kuku semakin menguning. Untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan lemon yang dibelah menjadi dua dan gosok pada permukaan kuku untuk mengembalikan kejernihannya.

 5. Wajah cerah 
 Lemon banyak digunakan dalam rawatan pupur buatan sendiri. Salah satunya dengan menggunakan lemon dan madu sebagai bahan utama. Ambil ½ belahan lemon dan perah ke dalam mangkuk. Selanjutnya, tambahkan dua sudu madu ke dalam perahan lemon itu dan diadun sampai merata. Terakhir, oleskan ke wajah, biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih. Lakukan secara rutin selama empat kali dalam sebulan untuk memiliki wajah lebih cerah daripada sebelumnya.

 6. Bintik hitam pudar 
 Ciri-ciri anti-bakteria pada lemon antara kaedah alternatif untuk merawat bekas jerawat. Hiris lemon, titiskan madu dan sapukan pada wajah di mana anda mempunyai bintik hitam. Tunggu lima hingga 10 minit sebelum bilas dengan air sejuk.


wah!!!banyaknya kita boleh guna untuk lemon..
hmm..lepas nie boleh la kita sama² gunakan lemon untuk kecantikan dan kesihatan kita :)


-LOVE nieyl-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

11 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian...banyak betul khasiat lemon ni...

    ReplyDelete
  2. woooo.. tahu guna nak masak hehe.. tak ada benda Allah jadikan sia-sia..
    tengok ni da banyak kegunaan lain =D

    ReplyDelete
  3. salam singgah nieyl
    wah bnyk nya khasiat lemon ni
    boleh try ni sbb lemon lebih alami selamat kan

    ReplyDelete
  4. banyak kegunaan dan faedah lemon ni..tapi mahal sikit kalau kat pasaran kan...

    ReplyDelete
  5. Lemon memang bagus....
    akak jejalan sini sambil tag awk tuk GA nie tau...jom
    http://rianalittlecuties.blogspot.my/2015/11/jom-kawan2-sertai-contest-nie-pulak.html
    hihihihihi ;)

    ReplyDelete
  6. akak kan kadang beli lemon kengkonon nak wat air la ape la...sudahnye mengecut dlm fridge...keinginan tuh ade tp kegigihan tuh xde..;)

    ReplyDelete
  7. bnyk jgk kebaikan lemon ni ya. terbaik lah..

    ReplyDelete
  8. banyak sgt kelebihan lemon ni..tq nieyl for sharing..

    ReplyDelete
  9. aida kalau buat salad skang ni, wajib letak air lemon.
    sedap. better than limau kasturi rasa & bau nya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...