Apa dia Mas Kahwin?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

pinjam gambar kat en.google sat :)

Mas kahwin atau ‘mahar’ yang dipetik daripada bahasa Arab merupakan sesuatu pemberian yang WAJIB diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Di Malaysia, pemberian mas kahwin adalah berbeza-beza di setiap negeri dan mengikut perundangan syariah di bawah bidang kuasa setiap Sultan yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Mas kahwin juga boleh berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat. 
Mas kahwin adalah wajib dibayar semasa akad nikah pasangan pengantin.

Sebagaimana Firman Allah:
“Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu Mas Kahwin mereka.” [Surah al-Nisa, ayat 4]

Pemberian mas kahwin juga dibolehkan dengan pemberian senaskah al-Quran kepada isteri di mana, Rasulullah S.A.W pernah mengahwinkan seorang lelaki dengan bermas kahwinkan surah (ayat-ayat al-Quran) di mana lelaki tersebut tidak memiliki barangan untuk dijadikan mas kahwin.


Sabda Rasulullah S.A.W: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Allah telah berfiman di dalam al-Quran: “Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu (isteri) sepikul mahar, maka jangan kamu ambil walau sedikit daripada mahar itu” - surah al-Nisa : 20 -

Hikmah senaskah al-Quran sebagai mas kahwin: 

1. Al-Quran merupakan kitab suci dan melambangkan cinta sejati bersyariatkan agama kepada isteri.
 2. Ayat-ayat al-Quran akan dibaca dan dimanfaatkan kegunaannya hingga ke akhir hayat.
3. Ilmu yang berguna dan membantu dalam meningkatkan amalan dunia dan akhirat.
4. Mendapat kebaikan pahala kepada isteri dan suami apabila membaca al-Quran.
 5.Mendapat keberkatan dalam rumahtangga.



-LOVE nieyl-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

8 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...