27 May, 2019

Tuuuu...diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam

Tuuuu...diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan ramadhan ni mood untuk menaip entry semuanya ke laut betul la..Niat ada tapi entah malas je rasanya. Ada masa tu dah buka blog tapi tak juga menaip entry..hihihi.. Nieyl kagum dengan kakak-kakak yang bulan puasa pun masih aktif lagi menaip entry setiap hari..Moga akan datang kemalasan itu hilang dari diri ini ya.

Oklah sebenarnya nieyl nak share hari sabtu baru ni nieyl berbuka di luar bersama adik beradik belah husband. Alhamdulillah, semuanya dapat join bersama-sama. Adik ipar nieyl pilih Cafe Tuuu Diaa Pak Tam di Sekyen 14 Shah Alam.  Jauh sikit kita berbuka puasa kali ini ya. Tercapai KPI nak bawa mak mertua berbuka buffet ramai-ramai.




Salah satu sebab kenapa cafe ini menjadi pilihan tahun ni adalah dari segi harga yang sangat berpatutan, tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal. lebih 100 jenis makanan termasuklah kuih muih yang disediakan. Pada nieyl berpatutan dengan harga dia, lagipun banyak mana yang korang boleh makan pun bila berbuka puasa ni kan. Sorry tak sempat nak snap menu-menu dia sebab nieyl sampai ngam-ngam lagi 5 minit nak azan maghrib hehehe... Nieyl gerak dari Paradigm mall so, jalan agak jem nak ke Shah Alam.

Banyak-banyak makanan yang nieyl paling suka dengan cafe ni dia punya roti bakar + kaya memang sedap. Dan nieyl suka makan mee sup daging campur ngan ayam..hehehe..So, kalau korang cari buffet yang murah dan sedap boleh try datang sini. 

Dan yang paling bagusnya, suasana tempat berbuka yang sangat selesa, tidak terlalu penuh dengan orang. Boleh duduk dalam bahagian kedai dan luar kedai. Yang mana ada anak-anak tu tempat ini sangat selesa. 


Biras nieyl merangkap kawan baik nieyl since tadika lagi. Yang kecik tu Putri kalau selfie begitulah gayanya sampai mata pun tak nampak tu..


Kami geng perempuan , jadi wajiblah bergambar sebelum balik. Eh..eh..semua sama tinggi lah kan.. 


Selfie sikit !

B-LG-9 , Vista Alam,
Jalan Ikhtisas 14/1
40000 Shah Alam


4 comments:

  1. Pernah nampak restoran ni..tp x permah singgah..heheh..seronok berbuka beramai2 kan..

    ReplyDelete
  2. pernah makan yang dekat RNR arah utara kalau tak silap..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)