25 September, 2017

Belajar buat karipap kesukaan En.Husband

Belajar buat karipap kesukaan En.Husband | Bila dah cuti lama-lama duduk rumah tak tahu nak buat apa..terhasil lah idea nak buat karipap..sebelum kahwin dulu pernahlah sekali dua belajar buat karipap dengan mak. Lepas kahwin ni rasanya ini kali pertama nieyl buat karipap untuk suami tercinta. 

Karipap antara kuih yang paling fav en.suami , dia kata arwah ayah dia buat karipap sedap so nieyl pun cuba sedaya upaya untuk buat yg sedap-sedap tapi en.suami kata sedap cuma kena belajar dengan MIL cara arwah ayah mertua buat...hihihi..




Inilah rupa karipap nieyl yang comel tu, kelim tu nieyl first time buat sendiri tanpa bantuan mak.. Ok x?boleh la kan walaupun x berapa nak kemas sangat,mungkin kalau hari-hari buat terer la...


Bahan-bahan

(inti)
Ubi kentang/ keledek
Serbuk kari ayam
Cili Kering (kisar)
Udang kering
Daun kari
Bawang Besar (tumbuk)
Bawang Putih(tumbuk)
Air

Cara-caranya
  • Tumis bawang besar,bawang putih,daun kari,cili kering,udang kering,serbuk kari ayam sampai kering sikit
  • Kemudian masukkan ubi kentang/keledek dan air
  • Kacau sehingga masak dan sejukkan

(Kulit)

Tepung gandum
Air Garam
Minyak Panas

Cara-caranya
  • Tuang minyak panas ke dalam tepung, dan gaulkan (jgn pakai tangan,pakai senduk kayu ke)
  • Lepas tu masukkan air garam dan uli pakai tangan sampai jadi doh..

3 comments:

  1. Siqah suka makan karipap terutama karipap sardin. Hii. Nak buat tu yang malas :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)