Please jangan guna perkataan ini dalam Interview

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


lepas stpm sehinggalah sekarang ini nieyl pernah sekali je kena interview dalam bahasa English..
itupun time nak kerja GOV nie lahh..
sesi pertama dalam bahasa melayu..
keluar dari bilik interview di beri masa 10 minit..
untuk prepare jawab soalan in English..
berdebor-debor jantung nie..

Kalau interview  berlangsung dalam Bahasa Inggeris, please dan berhati-hati dengan 5 perkataan ini:

 1. Whatever 
 Biasa kan cakap 'whatever-lah' dengan kawan-kawan? Ha, hati-hati dengan perkataan ni semasa sesi temu duga! Sebabnya, survey mendapati bahawa perkataan whatever adalah perkataan paling annoying pada tahun 2015. You don't wanna annoy your future employer, do you? 

2. Stuff/Things
 Berikan hujah kita secara spesifik tanpa menyebut stuff atau things. Dua perkataan ini kedengaran samar, tidak matang dan membosankan. Kembangkan pembendaharaan kata kita menjelang temu duga, dan latih penggunaan perkataan-perkataan spesifik dalam huraian; contohnya "Some of the responsibilities/tasks/challenges/ that I took on was..."

 3. Honestly 
 Pernah dengar tentang over-emphasizing? Perkataan ini memberi implikasi yang sama. Jika anda asyik cuba meyakinkan penemu duga anda dengan istilah ini, sebenarnya anda sedang memberi persepsi bahawa anda sebenarnya tidak jujur.

 4. No 
 Jangan sekali-kali jawab "No" sekiranya bakal majikan bertanya sama ada anda mempunyai apa-apa soalan kepada mereka. Berkata tidak memberikan impresi bahawa anda tidak berminat terhadap pekerjaan tersebut. Sebaiknya, sediakan soalan seperti perjalanan perkembangan kerjaya atau aspek-aspek pekerjaan yang menarik minat kamu.

 5. Hardworking 
 Jauhi deskripsi diri yang klise seperti hardworking atau self-starter. Kualiti ini seharusnya boleh dipancarkan melalui cara kita membawa diri dan bercakap. Lebih baik jika kita mengetengahkan aspek lain seperti penyelesaian masalah dan kreativiti.

semoga ianya berjaya.. :)
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

  1. fuhhh..seumur hidup ni 2 kali je kot interview..seram kot interview nie

    ReplyDelete
  2. nice tips nieyl....

    akak plak mase keje private jek laa interview in english...masuk gomen dlm bm...tapi mase tu akak psh...ade laa kelebihan kat situ...heheeheheh siap mintak balik kkm balik utk posting...

    ReplyDelete
  3. tak suka interview...takuttt...hehehehe

    salam kenal dari Akak Kembang

    ReplyDelete
  4. btul2.. kdg2 wording yg kita gunakan seharian tak bolehlah nak guna masa interview kan ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...