23 July, 2018

Serangan stroke di bilik mandi

Pagi ni nieyl terbaca satu artikel berkaitan dengan stroke. Kebanyakkan serangan stroke ketika berada dalam bilik mandi, menurut atrikel tersebut ini kerana cara mandian yang salah! Terfikir seketika, mandi pun ada cara yang betul dan ada cara yang salah ek?

Menurut sumber seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala. 

Logik 'warm blooded human' dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi. Di bawah ni dikongsikan cara-cara mandian yang betul.

  1. Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.
  2. Segayung di betis. 
  3. Segayung di paha. 
  4. Segayung di perut. 
  5. Segayung di bahu. 
  6. Berhentilah sejenak 5-10 saat. 

Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.

Mungkin sesuatu yang baru untuk kita lakukan tetapi kalau kita berlatih dari sekarang, insyaÁllah ianya akan menjadi rutin yang baik untuk kesihatan kita. Jom sama-sama kita amalkan demi mendapatkan tahap kesihatan yang optimum...

8 comments:

  1. mak sha kena serangan stroke masa dalam toilet la, sampai skrang masih tak sihat sepenuhnya

    ReplyDelete
  2. memang selalu mandi mula dari kaki dulu pastu naik sikit sampai kepala

    ReplyDelete
  3. aida memang amalkan dan ajar anak2 utk amalkan mandi camtu, nieyl.
    dpt ilmu dari mak abah la.
    sebab utk elak demam, kata nyer.
    so memang betul la ekk cara tu. bukanla sekadar petua org tua-tua ekk.

    ReplyDelete
  4. bila umur macam akk, nak ke arah 40 kena banyak jaga-jaga dr segi kesihatan

    >> Nantikan GIVEAWAY Tollyjoy di blog wwww.azlindaalin.com 1 Ogos ni ! <<

    ReplyDelete
  5. Memang amalkan mandi dari kaki dulu..

    ReplyDelete
  6. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)