Petua : Kulit bahagian leher kering

Petua : Kulit bahagian leher kering | Khas untuk kaum wanita ni tau, terutama mereka yang berhijab seperti nieyl ni. Wanita dengan kecantikan tidak boleh terpisah, tapi jangan sesekali kita wanita abaikan kebersihatan dan kecantikan kulit di bahagian-bahagian yang terlindung seperti bahagian leher dan belakang badan. So, kita tak nak nanti orang kata muka cantik tapi kulit leher kusam kering,takmo..takmo ok..


Bahan :

1 Biji Limau nipis (perah jusnya)
1 sudu garam
Kapas
Air hangat

Caranya

Campurkan jus limau nipis dengan garam, ambil kapas celup dalam jus bersama garam dan gosok di bahagian leher yang kering tu,biarkan dalam 15-20 minit dan bilas dengan air hangat sehingga bersih.


Selamat Mencuba!

2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...