Tips Selfie yang super Hot

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

kepada yang dah selalu mai blog ni..
mesti dah tahu...ratu selfie ni..tapi xdelah mcm dalam iklan samsung tu..
sehari sampai boleh cecah ribu selfie..
Tak termampu la ahak nak kejar...

Nieyl memang mengamalkan tips² dibawah ini...
hu..hu..hu...

1. Tip Tampil Langsing: 
Untuk kelihatan lebih langsing, halakan sebelah bahu ke arah kamera dan luruskan leher anda.

 2. Tip Kaki Langsing: 
Ketika duduk, halakan badan anda ke sisi dan duduk sambil meregangkan sebelah kaki untuk ilusi 'kaki panjang'.

 3. Tip Raut Wajah Lurus:
 Hulurkan tangan selfie anda sehingga 120° dan condongkan kepala anda ke bawah untuk kontur yang lebih kurus.

 4. Tip Profil: 
Ambil profil, sudut 3 suku dan bahagian depan untuk mengetahui sudut terbaik anda.

 5. Tip Shading:
 Ketahui pilihan edit penapis, laraskan kecerahan dan kontras untuk menyembunyikan ciri-ciri yang kurang menarik.

 6. Tip 'Side View' Kurus:
 Untuk tona yang kurus, letakkan sebelah tangan anda ke paha.

 7. Tip Rambut Hebat: 
Untuk rambut kelihatan lebih tebal, tunduk dan tiup keringkan rambut anda bermula daripada akar sambil melurutkannya dengan jari selepas mandi.

 8. Tip Mata Segar: 
Jika mata anda kelihatan bengkak, redakannya dengan menekapkan sudu yang sejuk di bawah bahagian mata.

 9. Tip Paling Penting:
 Jangan selfie ketika sedang memandu!   Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. hahahah..wahh.hebat..nak berselfie pun ada tip.......hihihi thks for share ya

    ReplyDelete
  2. Tip last tu paling setuju... bahaya...!

    ReplyDelete
  3. Salam singgah... terbaik la tips ni... yg kat iklan tu mcm x percaya jer... dlm sehari selfie ribu riban... hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...