Cita² ku

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Masih teringat ketika berada di dalam class tahun 1 time tu 1992..
Salam perkenalan mesti cikgu akn tanya nama,tinggal mana,cita-cita apa kan..
Semua kalau boleh nak jadi yang hebat²..
Polis..
Cikgu..
Askar..
Professor..
Doktor...
Saintis..
Macam² lah..termasuklah diri ini bila cikgu tanya kamu nak jadi apa?
polis cikgu..
Cikgu tanya balik kenapa kamu nak jadi polis?
sebab saya suka tengok gerak khas..
 hahaha..bila terkenang balik jawapan tu,tergelak sendiri skrg nie..
kuat betul pengaruh tv ye...

Bila Meningkat tahun 5, cita² yang dulunya nak menjadi seorang polis tuh..
bertukar kepada nak jadi cikgu pulak..
bila cikgu suruh tulis karangan tentang cita²..
dengan bangga nya ku tulis..
Cita² saya ingin menjadi seorang guru kerana boleh mendidik murid² dan 
dapat cuti sekolah yang panjang..
Adoi..geleng kepala cikgu baca..haha..
Sebab zaman sekolah dulu nikmat cuti sekolah adalah sgt best..hihihi..

Tahun 2001 melangkah kaki ke sekolah menengah..
sekolah harian biasa saja sebab result tak berapa nak gempak sgt pun..
lagipun memang taknak duduk asrama time tu..
Bila dah sekolah menengah, pelbagai perasaan kita rasa..
manis,pahit tu orang kata kita dah boleh bezakan dah.
lelagi bab cintan cinton ni kan..haha..

Cita² time tu pun ikut bertukar jugak..
nak jadi seorang pakar psikologi..sebab selalu menjadi tempat kawan²..
luahkan masalah tidak kira la cinta monyet ke..masalah kewangan ke..
Apa² sahaja lah..sejak itu lah nak jadi Pakar Psikologi lah pulak..adoi...
Lepas STPM mohon nak buat Ijazah Psikologi...
tapi sayang 2x di tolak..time tuh down gler...
lama jugak nak terima kenyataan..sbb klu nak buat kat kolej boleh je..
tapi degil nak wat kat U awam sgt kan..haha..

Tapi tak apa lah..mungkin semua tu ada hikmah di sebaliknya..
yang kita tak tahu kan..So,mane² adik yang dah dapat masuk U tu...
Study lah betul²..sbb kat luar sana ramai yang nak masuk U tp tak kesampaian..
sampai ke tua pun ada tau..so,jangan sia² kan peluang yang di beri :)

seindahcerita: Tidak semua perkara yang kita nak..kita akan perolehi :)

 

8 comments:

  1. hehe kadang2 gelak sendiri fikir dulu2

    ReplyDelete
  2. akak pun dulu konon nak amik Psikologi, tapi jadi Buss. Admin. pulak.
    betul, tak semua kita nak kita dapat.

    ReplyDelete
  3. cita2 masa sekolah rendah . heheee

    ReplyDelete
  4. Kita sama la ! dri dulu smpai sekrang nak jadi polis. tapi belum rezeki. doakan ye !

    ReplyDelete
  5. sy kecik2 dulu pn nak jadi mcm inspektor Aliza... hahaha kuat betui pengaruh dia.. skrg trjebak dlm dunia psychology.. hehehehe

    ReplyDelete
  6. bila kenangkan memang kelakar..tapi memang TV selalu pengaruhi cita-cita..dulu teringin nak jadi wartawan sebab banyak sangat tengok Superman..hehe

    ReplyDelete
  7. haha... menunjukkan betapa kuatnya pengaruh tv... tu zaman kita zaman skrg lg besar pengaruhnya...

    ReplyDelete
  8. nice story nieyl...
    aida ni pun byk cita2...
    tapi apa yg diamik kat U bukan la cita2 aida :( hu hu hu...
    paksaan abah...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...