Petua Buat Si Bulus Bebas Tekanan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ha..siapa cakap kucing tak ada tekanan..
ada tau..nak tahu cuba tengok kucing kita tu resah gelisah
tak duduk dalam rumah?Kadang² kita tak susah nak jangka kucing tu
mengalami tekanan atau kebimbangan yang melampau atau tidak..

Lebih buruk lagi bila kucing tertekan boleh menjejaskan kesihatan
dia dan kadang² boleh jatuh sakit tau..
so, orang kata mencegah lebih baik dari merawat kan..
so,nak share beberapa petua yang boleh kita amalkan untuk
anak bulus kita kat rumah =)

1. Litter Box
Menyediakan litter box untuk si bulus merupakan perkara yang sgt penting..
bukan itu je, size bekas tu pun kena amek kira..
kalau size die besar, jgn lupa kita sediakan litter box yg kecik..
Kebersihan pun kena amek kira..sebab anak bulus yg duduk indoor nie..
jenis yang pembersih mcm mieka ngan nieki...

2. Jenis Makanan Yang berkualiti
Ada orang yang nak bela kucing,tapi bagi kucing makan makanan yg murah²..
bukan tak boleh, kita kena tengok jugak keperluan kucing tu..
Boleh rujuk ngan doktor.. Macam mieka ngan nieki banyak jenis makanan
yang dieorang tak boleh makan..contohnya pernah try bagi makanan
jenama blackwood..kita boleh tgk lepas makan tu,najis dia mcm mana..
kalau tak sesuai..biasanya dia akan cirit birit..so far, nieyl setia pakai RC,
walaupun harga dia mahal sikit dari makanan yg lain..Tapi untuk menjamin
kesihatan anak² bulus nieyl..rela kan jiwa..hihihi..

3. Sediakan Tempat Bertenggek
Kebanyakkan kucing suka duduk di tempat yang tinggi, supaya boleh
tinjau² kawasan. Kucing akan terhibur kalau kita sediakan tempat 
bertenggek dia tu dekat ngan tingkap... Macam anak² bulus nieyl,
nieyl ajar dieorang duduk atas lantai je..hihihi..
kalau boring dieorang akan sandar kat tepi dinding =)

4. Layan Kerenah Kucing
Pastikan kucing kita terangsang dan membantu mengurangkan tekanan
dieorang dengan senaman serta mainan interaktif yang mampu menarik minat
dieorang. Nieyl setiap kali pergi pet shop,nieyl akan belikan bola sebab mieka dia
suka bola yang ada loceng.. Macam nieki die dah kurang aktif sebab dah tua..
Dan cuba luangkan masa 20-30 minit bersama anak bulus kita,supaya dia rasa
dihargai..wah!jangan main² kucing pun ada perasaan tau...

5. Jangan Lupa masa berdakapan
Kucing perkara yang di nantikan adalah perhatian..
nampak je dieorang binatang macam tu je kan..
kucing walau mcm mana pun dia nak perhatian dr tuan dia..
Biasanya yang nieyl akan buat, peluk dia...dukung dia..
mieka memang cukup sukaa...sebab itu mieka nie sangat manja...

Okey lah,itu je pun nieyl nak share...
sambil share pertua...nieyl share jugak pengalaman nieyl jaga anak bulus²..
sebab itu lah kucng nie dia pada nieyl sangat istimewa...
binatang yang sangat dekat ngan manusia...
tak kisah lah kucing indoor atau outdoor pun...
Jadi,sayangilah diaaa..hargai lah diaaa...
Lelagi kalau tak kedai makan..
kalau dia mai kat kita tu..tak berdosa atau tak jatuh miskin pun kita..
kalau kita beli seekor ikan bagi dia makan...
lagi Allah gandakan rezeki kita adalah...
Jangan la sesekali kita sepak² dia bila dia datang pada kita okey...

-LOVE uolls-
 

7 comments:

  1. kucing macam manusia gak kan.. ada perasaan.. :))

    ReplyDelete
  2. Tapi kakak tetap tak berani nak dekat dgn kucing
    Anak-anak kakak dgn papa mereka yg melayan kucing yg ada

    ReplyDelete
  3. btui tu.. klu dorg stress mkn pon xmau

    ReplyDelete
  4. Kunjungan balas..Fida pun ada bela 5 ekor kucing.satu hari 2 kali bagi makan..pagi dengan petang..

    ReplyDelete
  5. good sharing untuk pencinta kucing

    ReplyDelete
  6. aida ni penggeli kucing, nieyl.
    but anak2 aida bg kebebasan utk bergelumang dgn kucing.
    and... kat kedai makan, aida pasti akan bagi kucing makan.
    ajar anak2 utk juga bagi kucing makan :)
    in shaa Allah...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...