Siapa Sangka Diri Terkena | Nieyl sembang sikit macam mana nieyl boleh terkena virus influeza ni ya. Pada hari sabtu pagi badan dah rasa tak berapa best dah tapi nieyl tak layan sangat nieyl pergi pasar borang semua, sarapan dekat kedai abg nieyl lepas balik pasar tu. Bila sampai rumah kemas-kemas, masak semua siap, mandi dan nak rest..
Dalam masa rest tu lah tiba-tiba nieyl rasa badan nieyl nak demam, tekak dah mula sakit, batuk-batuk. Masa ni nieyl dah start pakai spray untuk sakit tekak, malam sabtu juga nieyl demam, hilang selera makan dan minum air je mampu masa tu. Nieyl masih fikir nieyl demam biasa lagi..
Hari ahad badan-badan nieyl ni rasa sakit sangat, selemah-lemahnya memang nak ke tandas pun rasa sangat tak larat. Sampaikan nieyl minum semuanya atas katil je, badan nieyl rasa sengal-sengal, bisa-bisa tahu tak. Lepas tu anak buah nieyl suruh pergi klinik check sebab takut influeza sebab simptom macam dah ada.
So, nieyl pun buatlah test dengan harapan bukanlah. Oh ye, nak buat test influeza ni kena cocok hidung macam covid tu. So, nieyl ni first time kena cocok hidung tu, Ya Allah pedih ya amat ya, menangis hahaha.. lepas tu takyah nak tunggu lama nieyl punya terus naik double line dekat line B tu. Selalunya orang kena influeza A je yang kita dengar kan, B ni ada cuma jarang-jarang.
Start hari isnin nieyl kurantin sampai hari rabu. Pada malam hari rabu tu nieyl kena buat test sekali lagi, sebab kalau dah negative nieyl akan start kerja pada Khamis. Buat test masih lagi ada double line jadi nieyl tambah lagi 2 hari kurantin.
Dan hari ini nieyl dah start bekerja semula. Alhamdulillah dapat masuk kerja semula sebab lama-lama kurantin dah boring hehehe...Korang diluar sana, jaga diri baik-baik ok, kalau rasa badan tak sihat cepat-cepat pergi jumpa Dr. tau, jangan tanya Dr. google pula tau hehehe..
betul..siapa sangka kan....ujian Allah....nak kasi Nieyl rest kat rumah..kuat keja sgt sebelum ni kann
ReplyDeleteAduhai....nasib kena time weekend..patut la perasan Nieyl banyak senyap...rupanya tak sihat..semoga cepat sembuh ye...sekarang ni macam2 virus ada
ReplyDeletememang sakit sengal badan tu kalau kena, Alhamdulillah Nieyl dah kembali ke pejabat dan sembuh, kuatkan semula imun badan makan makanan yang berkhasiat kay
ReplyDeleteAlhamdulillah sudah boleh masuk kerja semula. Semoga semua hati sepenuhnya. Sekarang ini kita hidup bersama pelbagai virus.
ReplyDelete