25 June, 2024

Kisah di Pasar Borong Selangor

by on June 25, 2024

 

Kisah di Pasar Borong Selangor | Kisahnya begini hari ahad pagi pukul6.30 pagi nieyl dah bergerak ke pasar borong bersama kakak nieyl, kak ipar ngan anak buah sorang.. Sekarang ni memang boleh dikatakan setiap minggu nieyl akan pergi ke Pasar Borong ni sebab sangat jimat membeli barang-barang basah. Nak dijadikan cerita, lepas selesai membeli barang basah dan sayur. Nieyl pergi ke kedai runcit area pasar tu juga, beli minyak dan beberapa barang runcit sikitlah. 

Lepas tu bila nak start kereta nak balik, tak boleh nak start. Selalunya kalau tak boleh start nieyl akan buat magic buka bonet depan tu acah-acah pandai lepas tu tutup balik, dia akan boleh start semula. Tetapi pada hari tersebut,bunyi start yang macam starter problem, check minyak hitam semua ok, bateri ok, air pun ada. 

Teruslah call husband, minta tolong dia datang ke pasar borong bawa kereta. Dalam sejam tu dia sampai, dia pun tak boleh buat teruslah dia bawa kteorang balik. Kemudia husband ajak Abi ( iman punya ayah, ada bengkel kereta) , Abi teman husband pergi pasar borong untuk check masalah kereta. Abi kata masalah starter dan apa ntah satu lagi tu. Tak boleh buat dekat situ, kena bawa pergi bengkel.

Husband pun call nieyl minta np telefon insurans untuk panggil towing. Sejam lepas tu towing sampai dan bawa kereta ke bengkel Abi. Nasib baiklah dari pasar borong ke bengkel lebih kurang 18 km je..so, free je untuk towing. So, now nieyl tumpang syida je pergi kerja beberapa hari ni nasib baiklah syida rumah dia tak jauh dari nieyl.

Cepatlah kereta siap, kalau tidak nieyl lambat sikitlah masuk kerja dan lambat balik rumah hahaha...

Tuesday

by on June 25, 2024

 


Assalamualaikum..
Selamat pagi Selasa..
Hari ini nieyl breakfast bihun goreng..
lunch nanti dekat lobi ada jualan..
dengarnya ada 33 buah gerai hari ini yang ada..
tgk lah nanti apa yang berkenan di hati...

Selamat bekerja semua...

24 June, 2024

Lunch di Richiamo Coffee Tamarind Square Cyberjaya

by on June 24, 2024

 

Lunch di Richiamo Coffee Tamarind Square Cyberjaya | Hari jumaat adalah hari berjimbara hihihi sebab hari jumaat waktu rehat panjang sikit jadi bolehlah kalau nak lunch dekat luar untuk ambil cahaya matahari sikit kalau tidak 8 jam duduk dalam bilik aircond je kulit pun jadi kering. Minggu ni syida baru naik kerja hari khamis dan hari ni, pukul10 pagi dah whatsapp nak ajak coffee-coffee lunch tapi biasalah syida ada discussion selalu hari jumaat habis lambat sikit, keluar jumaat hari tu pun pukul12.30 tengah hari. Tapi masih ok lagi sebab tamarind square tu dari office dalam 10 min je kalau jem tak panjang hehehe. 

Jom tengok apa yang nieyl dengan syida makan dekat Richiamo, sebelum-sebelum ni nieyl selalu beli coffee je ni first time nak rasa food dia pula. Selak menu dekat 10 minit juga sebab tak tahu nak makan apa, itulah dia perempuan kan..nak pergi makan dah sampai, tak tahu nak pilih makanan pula. Dekat sini dia ada set nasi, pasta, dessert pun ada. Jom tengok apa yang kiteorang order..

Nieyl pilih Speghetti Beef Bolognese sebab fikir kang petang balik rumah nak kena makan nasi lauk yang mak masak. Jadi, kita makan pasta jela. Untuk pasta ni , nieyl rasa biasa je sama macam pasta-pasta kedai westren yang lain. Harga dia Rm13.40.

Syida dia pilih Set nasi asam pedas ikan tenggiri , sebab syida ni dia suka makan asam pedas rasanya sebab dah banyak kali pergi makan mana-mana dengan dia, pilihan dia mesti asam pedas atau lemak. Untuk set ni harga dia RM16.40, rasa dia untuk nieyl biasa-biasa je..Maybe next time boleh try makanan lain pula..

For the first time syida suruh nieyla try kata dia croissant ni sedap sebab dalam dia ada telur masin. Dengar macam menarik kan dan tak pernah makan lagi selain dari kuih bulan tu la. Lepas dah makan habis speghetti tu, baru la kita potong-potong nak rasa. 
Nieyl zoom sikit dalam dia, nampak tak telur masin dia tu cair tapi rasa dia sedap, tak adalah masin pun, dia telur masin yang merah oren tu, rasa lemak-lemak masin dan terasa kasar telur masin tu ada lagi. Ya Allah memang sedap sangat sampaikan weekend dekat rumah nieyl asyik teringat je tau hahaha.. Nama dia Salted Egg Yolk Croissant Harga dia Rm10.40 je, topping atas dia tu kan rasa macam susu tepung. Nanti korang try la..sedapp tau hehehe..nanti nieyl nak repeat lagi hahaha

Happy Monday

by on June 24, 2024

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin..
isnin mesti berlalu dengan perlahan kan hehehe..
pagi ni 2 boss nieyl meeting dekat luar..
so, pagi ni nieyl standby untuk 1 bos je la..
ni tengah ready2 nak pergi mengadap kejap lagi...

happy working!

 

21 June, 2024

Bibir Makin Kering Sejak Kerja

by on June 21, 2024

 

Bibir Makin Kering Sejak Kerja | Kalau dah namanya perempuan/wanita , kecantikan walaupun simple macam mana pun mesti kita jaga betul tak? Sejak nieyl bekerja kembali ni kan, nieyl perasan bibir nieyl makin kering mungkin disebabkan terlalu lama duduk dalam aircond yang macam ais ni. Kalau pakai lipstik pun tak cantik sebab bibir kering, dia mengelupas..jadi, nieyl pun pergi watsons, cari lip balm untuk repair bibir yang kering tu..

Nieyl jumpa brand watsons, suka sebab dia warna pink hahaha..itu motif pertama kenapa beli. Yang keduanya dia perisa Rose Pink dan dia ada SPF 15, boleh dapat bibir yang moist lagi mungil hahahaha

Tengoklah..cute kan warna dia..dahlah kecil comel pula tu. 

Dalam dia macam ni, warna pink soft..

Nieyl dah try seminggu, Alhamdulillah..bibir nieyl kembali moist, glow dan tak kering lagi dah. Kalau nak pakai lipstik pun dah meletak cantik dah, cuma nieyl tak pakai lipstik lagi buat masa ni sebab bila pakai lip balm ni, dah nampak macam pakai lipstik dah, dari jauh nampak glow hahaha..



Singgah Lovely Lace

by on June 21, 2024


Singgah Lovely Lace | Hari selasa baru ni, nieyl teman pegawai nieyl pergi lunch dekat IOI Mall. Dia adalah barang yang dia nak beli, dan yang nieyl ni pun memang kebetulan memang nak pergi Lovely Lace nasib baiklah dekat IOI Mall ada, sebab plan weekend ni nak pergi Alamanda. Since nieyl dah duduk dekat dalam bilik ni kan, nieyl memang dari dulu lagi akan beli Air Freshener dari Lovely Lace ni. Nieyl nak orang masuk bilik ni , tenang dan wangi je..

Dulu nieyl memang suka beli dan harga dia taklah semahal sekarang ni ya.. Harga sekarang ni 1 pc RM18.90 , actullay kalau nak lebih murah kena beli 3 free 1. Tapi disebabkan poket tak berapa nak tebal ni kan, nieyl beli je satu dulu..hahaha..sebabnya bilik aircond kalau tak ada perfume tak sedap bau dia, dekat office ni ada je perfume tergantung dekat koridor ni yang jenis auto spray tu..sejam sekali hahaha..

Air Freshener yang paling nieyl suka dari dulu sampai sekarang adalah Teddy Dream. Bau dia yang swet, lembut dan tenang. Jad, orang yang lalu depan bilik nieyl ni, mesti rasa macam lalu depan kedai lovely lace hehehe..tapi nieyl ada tertarik dengan yang jenis oil tu, harga dia dalam rm30 lebih juga. Tapi nantilah bila dah tenang-tenang sikit poket ni hahaha...

Salam Jumaat

by on June 21, 2024

Assalamualaikum selamat pagi jumaat..
Pagi ni masa on the way ke pejabat..
hujan rintik sekejap..

Nieyl doakan semoga apa sahaja urusan kita hari ini..
dipermudahkan dan dilimpahi rezeki yang berkat..insyaÁllah...


 

20 June, 2024

Popia Oh Popia

by on June 20, 2024


Popia Oh Popia |  Minggu lepas saja je ajak kakak ipar nieyl pergi breakfast dekat luar. Sebab biasanya hari sabtu dia kerja, kebetulan minggu raya ni dia cuti jadi bolehlah ajak dia teman pergi breakfast. 2 kedai makan yang selalu nieyl pergi tu kebetulan tutup pula jadi tak ada pilihan, nieyl pun pergi la satu kedai ni kiranya first time la makan kedai ni. Presentation tempat kuih muih dia memang menarik dan kuih muih dia pun nampak sedap je semua, oleh demikian..nieyl pun ambil lah beberapa kuih dalam pinggan untuk share dengan kakak ipar nieyl. 

Antara kuih yang memang fav nieyl adalah popia. Boleh dikatakan mana-mana pergi pun nieyl akan cari popia goreng sira ni. Oleh kerana kedai yang nieyl pergi tu ada kuih popia sira tu nieyl pun ambil 2 ketul. Masuk je mulut, gigit..aduhaiii...hati sangat kecewa melihat inti dalam popia ni..dia gulung padat-padat, inti dia alahai..kau makan tak rasa inti pun, rasa kulit tebal tu..aduhaii..fail! Peniaga-peniaga ni pun kalau ya pun janganlah begitu, letak lah inti tu betul-betul..seketul 70sen tau popia ni..Tengok luar memang cantik , hati dalam dia adoi..ciput bebenor kome..hailah..Siapa pernah kena macam ni?atau kuih lain?karipap selalu kan kena mcnie juga..

Game Barang Berwarna

by on June 20, 2024



Game Barang Berwarna | Lepas BBQ selesai, kita yang perempuan duduk dalam rumah, lepak sambil berborak-borak. Sambil tu kitaorang ada buat game. Kalau ikutkan bukan game ni yang dieorang nak buat. Plan asalnya adik ipar nieyl suruh siap keluar pakai baju tidur dan bawa barang ikut warna baju tidur. Last minit nieyl bagi cadangan game yang dah lama nieyl nak buat sebenarnya, hihihi..saja jelah cadangkan, Alhamdulillah dioerang pun setuju.. Jadi nieyl senaraikan 5 jenis warna dan setiap orang kena beli barang makanan atau minuman mengikut warna yang telah ditetapkan.

Memang seronok walaupun game yang simple macam ni dia cipta memori terindah bersama keluarga. Yang paling excited anak-anak join sekali dan lepas selesai game, kita buat pembahagian makanan kepada anak-anak, siap masuk dalam plastik lagi masing-masing hehehe...seronok tengok dieorang..



Nasi Goreng Dan Telur Mata

by on June 20, 2024

Assalamualaikum...
Selamat Pagi...
Lewat sikit update entry pagi ni..
Pagi ni nieyl settelkan tiket flight boss nak pergi kursus di Langkawi..
Breakfast pun tak sempat pagi tadi..
Biasa pukul7 lebih dah breakfast..
Ni sambil taip ni sambil menguyah nasi goreng hehehe...

Selamat Bekerja di Hari Khamis..
eh..eh..esok jumaat dah hehehe...

 

19 June, 2024

BBQ Bersama Family Husband

by on June 19, 2024

 

BBQ Bersama Family Husband | Adik beradik husband nieyl ni jenis yang susah nak dapat berkumpul sentiasa sebab husband nieyl dan 2 adik dia duduk dekat dan seorang adik dia kahwin dengan orang UTARA, jadi dia stay dan bekerja dekat sana. Dia beli rumah pun dekat sana dan dekat dengan mertua dia. Jadi, setiap tahun kita akan cari peluang dan ruang untuk berkumpul. Selalunya yang akan jadi penyatuaan ni kiteorang yang perempuan ni lah. 

Contohnya bila adik ipar yang Penang tu kata dia raya sini, kita akan plan untuk buat BBQ adik beradik. Kita ada 4 family kecil dan setiap family akan bawa 1 jenis makanan. Macam hari tu nieyl bawa kambing perap, yang lain-lain bawa ayam perap dan seafood. Kitaorang tak ramai pun tapi Alhamdulillah, masing-masing sangat jaga silaturrahim walaupun mak ayah dah tak ada lagi. Susah senang sama-sama adik beradik. Nieyl pun berharap semoga keluarga besar nieyl juga sentiasa macam ni bila mak ayah nieyl tak ada lagi nanti...Aminnn..

Jom nieyl share menu yang ada malam BBQ sabtu lepas..

Ini nama dia Miang Pla..Ada salad, timun, tomato , suun dan ikan siakap. Actually ada sos dia lupa pula nak snap. Tapi sos dia senang je, guna sos thai, letak letak bawang putih dan daun ketumbar. Cara makan dia, ala-ala miang kham juga.. Ambil salad, letak ikan, timun, suun letak sos, balut dan makan..yumyum...


Korang jangan terkejut ya ayam yg hangus tu..adoi..itulah mula-mula membakar, semuanya hitam-hitam...Untuk kambing tu, nieyl perap dengan sos BBQ, kononnya nak cuba sos tu sedap ke tak sebab tak pernah try sebelum ni, so far..sos dia sedapp, cumanya orang yang bakar kambing ni terlalu kering hahaha..klu dia basah-basah sikit sedap terasa sos yang perap tu. Next time nieyl nak bakar sendiri kambing perap tu..

Last minit adik ipar kata nak celebrate father's day sekali..kebetulan dia bawa kek coklat banyak, kitaorang potong-potong susun macam tower hehehe..lepas tu yang tulis tu, kitaorang guna apa korang tahu x?choki - choki je hahaha..kreatif tak 

Alhamdulillah, walaupun simple, keluarga kecil tapi sangat bermakna memori ni untuk anak-anak ni.. Anak buah nieyl 4 orang je..yang pakai baju putih tu anak kepada anak angkat arwah mak mertua nieyl.
Selain BBQ nieyl ada juga buat 1 game dengan adik -adik ipar nieyl yang perempuan. Nanti nieyl share next entry okay...

Breakfast Apa tu?

by on June 19, 2024

Breakfast Apa tu? | Pagi tadi tengah bersiap-siap nak pergi kerja, mak nieyl bagitahu yang dia goreng bihun , tapi terlebih kicap jadi bihun tu hitam dan dia cakap dia tak bekalkan untuk nieyl sebab dia tahu nieyl memang tak makan bihun warna hitam. Bukan cerewet tapi nieyl memang tak suka bihun yang warna gelap, nieyl hanya makan bihun putih dan merah je. So, nieyl cakap tak apa la sebab dekat opis ada biskut..


Tadi masa boss nieyl sampai opis, dia tanya nieyl dah makan ke..nieyl cakap belum, hari ni makan biskut je. Lepas tu dia bagi nieyl cekodok dengan kuih ketayap, boss kata dia beli banyak.. Alhamdulillah, rezeki nieyl pagi rabu. korang breakfast apa pagi ni?


 

18 June, 2024

First Time Try Makanan Pop Meals

by on June 18, 2024

 

First Time Try Makanan Pop Meals | Lunch tadi nieyl pergi IOI Mall teman pegawai nieyl nak beli barang, kebetulan nieyl pun ada nak beli 2 barang dekat sana. Jadi, sampai-sampai je kita terus je pergi ke kedai yang nak di tuju, adalah dalam 6 kedai kita nak pergi. Agak rushing jugalah sebab rehat hari ni 1 jam sahaja. Bukan tak nak pergi hari jumaat, hari jumaat biasanya manusia lagi ramai dekat IOI Mall tu, jadi hari biasa ni fikir macam kurang tapi sama ramai juga lupa hari ni ramai yang sambung cuti dan masih cuti sekolah. 

Kalau dah pergi 6 kedai, memang tak sempat nak singgah makan lah jadi kita take away jela. Memula nak pergi Secret Recipe tapi ramai orang confirm lagi lambat dapat makanan, kebetulan depan tu ada Pop Meals, so fikir pun macam sekejap je kalau take away tu so,kita pun order dan tunggu lebih kurang 15 min dan makanan siap. 
Nieyl order ayam gepuk sambal gajus. Macam ini lah rupa dia, ada 1 biji tauhu, ayam goreng, nasi, kicap , keropok sayur dan kobis goreng. Take away makan dekat pejabat je, sampai-sampai pejabat terus cuci tangan, makan dulu..So far, nieyl rasa lagi sedap ayam gepuk pak gembus tu hehehe..tapi sambal dia pedass, ayam dia terlalu garing tapi sebab nieyl dah lapar sangatkan, telan jela..hehehe..maybe lepas ni boleh try menu yang lain pula tengok macam mana.

Dulu dan Sekarang Tetap Hantar

by on June 18, 2024


Dulu dan Sekarang Tetap Hantar | Sejak nieyl kahwin memang nieyl ajar diri nieyl untuk hantar makanan setiap kali hari raya aidilfitri dan aidiladha kepada mak mertua nieyl. Walaupun nieyl tahu dia pun masak menu raya tetapi mesti mak mertua kita nak makan juga masakan kita kan. Alhamdulillah sepanjang menjadi menantu ni memang nieyl hantar makanan walaupun 1 menu je tapi biasanya lebih dari 1 menu nieyl hantar pagi raya masa arwah mak mertua nieyl masih ada.

Sekarang ni walaupun mak mertua nieyl dah tak ada, tapi nieyl masih lagi teruskan rutin tahunan tu untuk hantar makanan raya pada adik ipar nieyl yang duduk dekat rumah arwah mak mertua nieyl. So, macam raya haji ni, adik ipar nieyl yang dekat Penang tu balik raya sini, dan dieorang memang tak masak sebab diaorang nak pergi raya rumah pakcik makcik dieorang jadi, pagi raya tu lepas solat raya tu nieyl minta husband nieyl hantar makanan dekat dieorg, bolehlah dieorang breakfast dulu sebelum pergi raya tengah hari tu. 

Inilah dua adik ipar perempuan nieyl, umur kitaorang semua ni tak jauh berbeza pun. Adik ipar nieyl yang erma tu (tak pakai spek) sebaya nieyl dan kawan sekolah nieyl. Dan yang adik ipar bongsu nieyl tu pun dah 32 tahun..hehehe..Bila berkumpul tu, memang nampak semua sebaya je hahaha... Alhamdulillah adik ipar nieyl yang penang tu, malam tadi dah gerak balik penang pukul2 pagi selamat sampai Penang. Jadi, hari ni masing-masing kembali ke rutin biasa....


Menu Hari Raya Aidiladha

by on June 18, 2024

 


Menu Hari Raya Aidiladha | Tahun ni raya aidiladha nieyl sama seperti tahun-tahun yang sebelum ni. Kebiasaannya sehari sebelum raya, nieyl lah orang yang kena pergi beli barang-barang yang nak dimasak untuk hari raya. Selalunya mak nieyl akan sebut barang-barang yang diperlukan dan nieyl akan tulis sebabnya kalau ingat guna otak sepenuhnya confirm nanti ada je benda yang terlupa nak beli dan balik kena marah dengan mak.

Tahun ni mak nieyl plan memang nak buat rendang ayam, pecal dan rebus nasi impit. Kuah lodeh tu pun pagi nak beli barang tu mak baru cakap suruh nieyl masak kuah lodeh sikit. Itupun memang nieyl buat sikit je satu periuk sederhana je. 

Kuah lodeh yang nieyl masak semalam, dapatlah beri adik beradik sikit yang dikeliling rumah ni.  Kuah lodeh ni paling simple nak buat dan tak perlukan bahan yang banyak dan paling penting suun tu jangan masukkan terlalu awal, sebab dia akan kembang dan serap kuah tu akan jadi pekat. 

Kalau orang jawa,pecal ni memang kena adalah. Macam nieyl ayah nieyl jawa, jadi pecal ni memang selalu ada waktu perayaan terutamanya hari raya aidilfitri ataupun aidiladha. Tapi kadang-kadang bukan musim perayaan pun boleh je buat untuk makan. Sayur-sayur dia pun mudah je, macam pucuk ubi tu mak nieyl petik je belakang rumah tu, ada timun, tauhu, kacang panjang, tauge ni option tak pun boleh letak sengkuang juga. Kuah pecal ni nieyl tak buat, biasanya nieyl akan beli dekat biras nieyl mak dia memang jual instant punya sedap sangat-sangat. Nanti nieyl review mana tahu korang nak beli, boleh nieyl tolong poskan..hehehe..

Last sekali rendang ayam. Selalunya mak nieyl petang sehari sebelum raya tu akan masak rencah-rencah rendang dulu dan masukkan ayam seketika, kemudian pagi raya mak nieyl akan panaskan sampai kering. Supaya ayam tu tak hancur, cantik je ayam dia.. Mak nieyl punya cara, dia tak suka kelam kabut masak pagi raya semua benda, yang mana boleh buat awal, dia akan buat awal.. Macam nieyl, suka jenis rendang basah macam ni, mak nieyl pula suka jenis kering..Tapi kali ni mak nieyl buat jenis basah jadi, cepatlah habis rendang ayam dia..

3 menu je yang kiteorang masak untuk aidiladha tahun ni. Itupun ngam-ngam je tak membazir,dapat bagi adik beradik rasa. Korang pula menu raya apa tahun ni?

Salam Aidil adha

by on June 18, 2024

 


Assalamualaikum...
Salam aidil adha...
Ada yang sambung cuti ke hari ni?
nieyl dah start kerja dah hari ni tapi bos-bos nieyl masih bercuti..
nieyl kerja sebab nak simpan cuti...
Untuk hujung tahun nanti..

Selamat bekerja untuk yang bekerja
dan selamat bercuti untuk yang masih bercuti hari ini...

14 June, 2024

Dari Kecil Minat Memancing

by on June 14, 2024

 

Dari Kecil Minat Memancing | Nieyl ni ramai anak-anak buah yang meningkat remaja ada, yang kecil ada dan hidup nieyl memang tak pernah sunyi dengan ragam-ragam dieorang. Masa cuti sekolah seminggu tu, anak buah nieyl yang sorang ni memang hobi dia memancing, dia ikut ayah dia suka memancing. Boleh dikatakan setiap hari dia akan pergi memancing dan kadang-kadang tu dia balik memang bawa ikan walaupun 1 ekor. 

Hari tu pagi dalam pukul 10 pagi dia datang rumah nieyl, tanya ada plastik besar tak dia nak simpan ikan. Lepas tu nieyl tanyalah, besar sangat ke ikan yang dapat tu sampai nak plastik besar-besar. Sekali tu dia bawa ikan yang dia dapat tu mak ai..9kg sister..hahaha. dan 2 ekor lagi dia dapat sederhana tapi yang dalam gambar ni paling besar. 

Nieyl tak tahu ikan apa ni..nieyl tahu makan je hehehe, sedap isi ikan ni manis. Anak buah nieyl sorang ni memang suka memancing, hasil-hasil ikan yang dia dapat tu weekend mak dia akan masak. Tak apalah dah dia minat memancing kan, biarlah nieyl kata daripada dia melepak bergaul dengan orang-orang yang merokok ke apa ke itu yang nieyl lebih takutkan..betul tak..

Salam Jumaat

by on June 14, 2024


Assalamualaikum...
Salam jumaat semua...
Pagi-pagi lagi nieyl join boss side visit bilik sebelah nieyl ni..
boss nieyl ajak pindah bilik.. 
sebab bilik boss nieyl ni bersebelahan dengan toilet..
dia kata bila orang flush, dengar sampai bilik dia..
bunyi air mengalir, jadi dia nak fokus tak boleh...

Ini bermakna nieyl pun kena pindah jugalah nanti ke bilik sebelah..
Nasib baiklah nieyl tak start deko bilik lagi..hehehe..
kalau tidak, jenuh nak buka semua...

 

13 June, 2024

Dengar Radio Setiap Hari

by on June 13, 2024

 


Dengar Radio Setiap Hari | Kalau dulu kan nak dengar radio waktu buat kerja agak susah sikit sebabnya nieyl workstation nieyl jenis yang open space, kalau nak dengar lagu selalunya akan pakai headphone itupun time bos tak ada ataupun tak nak orang kacau kita tengah buat kerja.

But now!heaven sikitlah..nieyl ada bilik sendiri yang tidak mengganggu orang lain, sekarang ni setiap pagi nieyl akan buka zikir dan surah-surah quran dari pukul7.30 pagi sehingga pukul10 pagi. After tu nieyl akan buka radio suria sampai petang. Jadi, sambil nieyl buat kerja tu memang layan radio, kalau dah boring dengar radio..layanlah lagu-lagu sambil buat kerja. 

Tapikan nieyl rindu duduk dekat workstation open space sebab boleh take 5 sembang dengan orang. Kalau duduk dalam bilik ni kan, kena tunggu orang datang dekat kita, kita tak leh nak bergerak sangat kang boss panggil kita tak ada dekat tempat. 

Ha..begitulah rutin nieyl sekarang ni sejak jadi PA ni ha..kerja still ada je ni nak kena buat, nak elakkan rasa boring hehehe..

Rezeki Makan-Makan

by on June 13, 2024

 

Rezeki Makan-Makan | Sekarang ni musim Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk agensi-agensi kerajaan. Kebiasaanya kalau dekat pejabat nieyl ni mereka yang dapat APC ni dieorang akan belanja makan untuk bahagian. Untuk bahagian baru nieyl ni, semalam mereka belanja breakfast.

Menu yang ada lontong, kuih muih, nasi lemak dan air panas. Alhamdulillah, walaupun baru je join bahagian baru ni, tapi mereka pelawa nieyl juga untuk kongsi rezeki. Semalam nieyl cuma makan lontong dengan kuih je. Ada dua mangkuk longtong tu satu kawan nieyl punya, Alhamdulillah sedap lontong dia tu, cukup rasa semua patutlah dieorang kata lontong ni terpaling sedap. 



View Nieyl Setiap Hari

by on June 13, 2024

Assalamualaikum..
Selamat pagi...
Inilah view nieyl setiap hari berada di Pejabat..
workstation nieyl ni tak siap deco lagi..
setakat ni nieyl bawa apa je yang ada dekat simpanan nieyl dulu tu..
Banyak lagi nieyl nak buat ni , sebab kosong sangat..

Nampak tak warna kuning tu..
sakit je mata sebenarnya , tapi apakan daya..
seller tukar warna sesuka hati. 
nieyl order Pink, dia bagi Kuning..
sementara ni nieyl guna jela dulu..
Nanti dah ada modal lain, nieyl nak beli lain hahaha..

Nanti nieyl update kalau ada penambahbaikan..

 

12 June, 2024

Cerita tentang kerja

by on June 12, 2024

 


C erita tentang kerja |  Sebelum nieyl berbicara lanjut tentang workstation baru nieyl, mungkin ada yang baru tahu, nieyla dah kembali berkhidmat untuk negara cehwahh..Alhamdulillah, awal bulan 6 nieyl selamat lapor diri di salah satu jabatan kerajaan. Masa iklan jawatan kosong dikeluarkan tu nieyl mohon jawatan Pembantu Tadbir/Kerani. Bila dapat surat tawaran kerja, jawatan yang ditawarkan kepada nieyl Pembantu Setiausaha Pejabat. Agak mengejutkan la sebabnya  nieyl fikir nieyl akan kembali ke bahagian lama nieyl tu, tapi bila dah dapat surat tawaran tu, nieyl pasrah dan redha jela berpindah ke bahagian baru. 

Hari isnin baru ni 10 Jun, nieyl official jadi PA kepada 3 orang boss. Ha..bukan seorang tau, dia kasi 3 orang terus. Tapi tak apa, nieyl anggap ini cabaran dan nieyl akan guna segala pengalaman nieyl jadi PA yang bertahun-tahun tu. The part yang paling best adalah 3 orang boss yang nieyl jaga ni semua kenal nieyl dah. Boss 1 adalah boss nieyl masa dekat agensi lama dan nieyl PA dia dulu..hehehe..kembali berjodoh orang kata. Boss 2 pula adalah pegawai yang sama-sama satu bahagian lama dengan nieyl, dia naik pangkat tukar bahagian dan boss 3 pula pernah duduk satu ruang dekat bahagian lama nieyl dulu.

Ya Allah tak tahu nieyl nak gambarkan perasan bersyukur nieyl, Allah sentiasa mudahkan urusan nieyl. Rezeki dapat bos-bos yang kenal dan baik-baik. Semoga nieyl sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menjalankan tugas-tugas rasmi..

Pisang Goreng Mak Juga Sedap

by on June 12, 2024

 


Assalamualaikum...
Selamat pagi..bertemu di hari Rabu..
kalau dulu setiap kali hari rabu, pejabat nieyl kena pakai baju dan tudung warna korporat..
skrg ni pengurusan semua dah bertukar, masih tak tahu lagi macam mana..
jadi hari ini tema color nieyl adalah Pink hehehe..

Pagi ni nieyl bawa breakfast pisang goreng je..
kebetulan semalam kakak dekat office nieyl tu bagi pisang..
nieyl bawa balik, pagi ni mak nieyl goreng..

Selamat bekerja pada yang bekerja hari ini..


11 June, 2024

Rezeki dari Boss Baru

by on June 11, 2024

 

Rezeki dari Boss Baru | Hari ini dekat lobi pejabat nieyl ada jualan bulanan. Lunch tadi nieyl pergilah juga cuci-cuci mata walaupun mak nieyl dah bekalkan makana untuk makan tengah hari. Nieyl beli jeli kelapa rm2 je, pusing-pusing kejap lepas tu naik makan bekal. Dah habis makan, nieyl balik ke bilik nieyl tiba-tiba ada 1 plastik buah-buahan, tak tahu siapa yang bagi. Kebetulan boss nieyl tak ada pula dalam bilik nak ditanyakan. 

Nieyl pun whatsapp boss no.2 kot-kotlah dia yang letak kek kan, dia kata bukan dia. Lepas tu boss no.1 masuk bilik, dia cakap dia yang bagi..Alhamdulillah..terima kasih boss, syukur sentiasa dikelilingi orang-orang yang baik..


Belajar lain, kerja lain..

by on June 11, 2024

Belajar lain, kerja lain | Semalam masa jalan-jalan blog kak ayu , tertarik dengan perkongsian kak ayu tentang belajar lain, kerja lain ni. So, nieyl pun nak share sikit pengalaman nieyl juga. Masa nieyl SPM dulu nieyl ambil jurusan sastera masa tu subjek elaktif dia Kesusasteraan Melayu, Perdagangan, Teknologi Maklumat. Kiranya tahun 2005 tu subjek terbaru adalah IT. SPM nieyl ambil 10 subjek, subjek tambahan nieyl tassawur islam.  

Lepas habis SPM tu, nieyl sambung ambil STPM pula. Dalam 5 ahli geng nieyl hanya nieyl sorang je yang ambil STPM masa tu, kawan-kawan yang lain ada yang masuk IKBN dan Universiti swasta. Tapi tak apalah, kena pakai pakaian seragam sekolah 1 tahun setengah lagi. STPM nieyl ambil aliran Perniagaan, masa tu subjek yang nieyl ambil Pengajian AM, Bahasa Melayu, Sejarah dan Perniagaan. 

Lepas STPM, nieyl dapat kerja sebagai Kerani dekat sektor awam lantikan kontrak masa tu asalnya hanya 1 tahun 6 bulan, tak sangka pula lepas tu sambung-sambung sampai 10 tahun hahaha. Dalam masa 10 tahun tu dekat 1 agensi je tau, nieyl jadi kerani dan juga Setiausaha Pejabat (PA). 

Kemudian, nieyl bertukar agensi lain sebab follow boss naik pangkat, jadi PA dan kemudian jadi Kerani selama 3 tahun. Lepas tu hujung 2023 tu tamat kontrak, tak disambung sebab masa tu ada perubahan agensi. Awal bulan 6 baru ni, nieyl dilantik kembali sebagai Setiausaha Pejabat dan kembali berkhidmat. 

Sambil-sambil bekerja tu, nieyl buatlah bissness kecil-kecilan sebab masa STPM tu ada sedikit ilmu yang boleh diapply dalam masa sekarang ni kan. Kita jangan sia-siakan. Tapi sekarang kalau tanya nieyl bidang yang nieyl suka, nieyl suka pengurusan dan pentadbiran. 

Ok, sekian cerita nieyl hehehe..dulu korang belajar apa?share la....
 

Breakfast Apa Tu?

by on June 11, 2024

 


Assalamualaikum...
Sekejap pula masa ni dah nak pukul10 pagi..
start semalam lagi nieyl dah bawa bekal pergi kerja seperti biasa..
Hari ni nasi goreng, lepas tu teringin pagi-pagi nak makan pisang goreng rangup..
korang dah breakfast ke?breakfast apa ...

10 June, 2024

Breakfast di D'Pangkin Nilai

by on June 10, 2024

Breakfast di D'Pangkin Nilai | Sepanjang tidak bekerja hari tu nieyl memang tak nak stresskan hidup, jadi memang akan keluar dengan kawan-kawan untuk jalan-jalan cari makan. seminggu sebelum lapor diri , nieyl keluar breakfast dengan syida dekat Nilai..Dah lama video kedai ni lalu lalang dekat TikTok nieyl, saja je la nak pergi try makan situ.

First yang menarik minat nieyl nak cuba tu sebab dia punya konsep dan juga suasana ala kampung yang diwujudkan. Plannya nak gerak awal, tapi biasalah bila hari cuti badan nak kemalasan lama sikit atas katil tu, jadinya nieyl gerak dengan syida dalam pukul8 pagi. Kitaorang sampai kedai tu dalam sebelum pukul9. Masa sampai tu ada barisan panjang untuk tunggu turn tapi tak lama pun kena beratur tu sebabnya orang-orang dekat sana jenis habis makan dan balik. 

Masa ni nieyl tengah beratur , sambil-sambil tu boleh cuci mata melihat keindahan pokok-pokok bunga yang ditanam di sekeliling kedai. Masa beratur tu,akan ada pelayan yang akan bagi buku menu dan kertas untuk kita pilih menu yang kita nak makan terlebih dahulu, bila dah sampai turn kita nanti dieorang akan bagitahu no.meja kita. Lepas dah dapat meja tu, korang dah boleh beratur untuk buat payment dikaunter, semasa dikaunter,akan ada meja kuih muih yang korang boleh ambil siap-siap sebelum buat pembayaran.

Inilah seksyen kuih muih dekat sini. Ada macam-macam jenis kuih yang boleh dibeli, macam nieyl hari tu tak ambil banyak pun popia 2 dan kuih mona manis 1. Sebab dah order makanan yang berat-berat.

Selepas kita dah buat pembayaran dikaunter, kita duduk semula di meja kita tu. Ala, tak lama pun kalau kita sembang-sembang tu dalam 5 minit macam tu satu-satu makanan kita dieorang hantar. So, macam nieyl hari tu order soto 1, lontong darat 1, roti jala 1 set dan lempeng kelapa 1 set untuk makan 2 orang. Total makanan untuk dua orang ni dalam rm60++ cmtulah termasuk air. Banyak-banyak makanan yang nieyl try paling suka lempeng kelapa dia dan kuih popia. Soto dia tu ok je cuma untuk nieyl tak suka kalau dia letak suun terlalu banyak,sebab bila suun banyak dan dah kembang jadi tekak pun ikut kembang juga hehehe. 

Kalau korang yang berhampiran nak pergi makan dekat situ, bolehlah nanti nieyl share alamat dia dekat bawah okay. 


Lot 1564, Kampung Bukit Kadir,
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi 
Isnin- 7-12 pm
Khamis-Ahad 7-12pm
Tutup pada hari isnin dan selasa