18 June, 2024

Dulu dan Sekarang Tetap Hantar


Dulu dan Sekarang Tetap Hantar | Sejak nieyl kahwin memang nieyl ajar diri nieyl untuk hantar makanan setiap kali hari raya aidilfitri dan aidiladha kepada mak mertua nieyl. Walaupun nieyl tahu dia pun masak menu raya tetapi mesti mak mertua kita nak makan juga masakan kita kan. Alhamdulillah sepanjang menjadi menantu ni memang nieyl hantar makanan walaupun 1 menu je tapi biasanya lebih dari 1 menu nieyl hantar pagi raya masa arwah mak mertua nieyl masih ada.

Sekarang ni walaupun mak mertua nieyl dah tak ada, tapi nieyl masih lagi teruskan rutin tahunan tu untuk hantar makanan raya pada adik ipar nieyl yang duduk dekat rumah arwah mak mertua nieyl. So, macam raya haji ni, adik ipar nieyl yang dekat Penang tu balik raya sini, dan dieorang memang tak masak sebab diaorang nak pergi raya rumah pakcik makcik dieorang jadi, pagi raya tu lepas solat raya tu nieyl minta husband nieyl hantar makanan dekat dieorg, bolehlah dieorang breakfast dulu sebelum pergi raya tengah hari tu. 

Inilah dua adik ipar perempuan nieyl, umur kitaorang semua ni tak jauh berbeza pun. Adik ipar nieyl yang erma tu (tak pakai spek) sebaya nieyl dan kawan sekolah nieyl. Dan yang adik ipar bongsu nieyl tu pun dah 32 tahun..hehehe..Bila berkumpul tu, memang nampak semua sebaya je hahaha... Alhamdulillah adik ipar nieyl yang penang tu, malam tadi dah gerak balik penang pukul2 pagi selamat sampai Penang. Jadi, hari ni masing-masing kembali ke rutin biasa....


2 comments:

  1. Alhamdulillah.. Linda memang menantu hantu... Hahaha...dah 13tahun kawen pun, tak biasa lagi masak dekat umah MIL... Dasyat betul...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. family mertua pun family kita juga

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)