07 June, 2024

Bukan Selalu Dating

 

Bukan Selalu Dating | Bak kata orang, bila dah lama berumahtangga ni mana ada nak dating-dating ni kan. Nieyl dengan husband pun jenis buat selalu dating berdua, dulu masa awal-awal kahwin tu mood honeymoon, bila dah berusia ni kan memang makin jarang nak pergi dating. Kalau keluar berdua tu memang ada tujuan ataupun pergi makan.

Cuma sekarang ni nieyl tetapkan sebulan sekali mesti kena pergi dating berdua. Dating tu selalu nieyl akan ajak husband pergi coffee-coffee ke, makan-makan ke berdua supaya kita berdua boleh sembang berdua bukan dekat rumah tu tak boleh sembang, tapi feel dia tu lain kalau berdua-dua dekat kedai makan , minum , sembang , gelak ketawa.

Hari tu nieyl teringin sangat nak makan roti bakar old town, so..kitaorang pergilah makan minum semata-mata nak makan roti bakar je, sembang-sembang, minum air habis semua, kitaorang balik sambung borak dalam kereta. Sesekali tu buat macam ni seronok dapat mengembalikan moment-moment cinta cinton dulu...

Lagi lama usia perkahwinan itu, kena lebih sayang menyayangi antara suami dan isteri, tak kisahlah anak berapa sekali pun, anak-anak dah besar ke ok..Kalau yang single tu pun boleh dating dengan kawan-kawan perempuan, mak boleh dating dengan anak..sebab feel dia tak akan sama macam di rumah..

4 comments:

  1. Anak2 tgh sekolah dan masing2 keje nie.. Tak sempat... Hahaha.. Sebab anak ada je selalu bersama...
    Tapi, hari tu dpt tgok wayang sama2... Syok ahhh... Boleh layan cite hantu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Nieyl sebab berkongsi ilmu perkahwinan ini. Berguna untuk Syaza aplikasikan! ^^ Semoga bercinta hingga ke syurga. Ameen.

    ReplyDelete
  3. Agree kak. Saya sampai skr pun msh rutin dating dengan suami. Apalagi dulu sebelum nikah kami buat perjanjian, tiap tahun hrs ada masa liburan berdua paling lama 10 hari. Hanya berdua, utk refresh hubungan. Anak2 kami tinggal dengan babysitter mereka. Yg saya dah percaya sangat.

    Dan memang itu berpengaruh utk menjaga hubungan dengan spouse

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)