30 August, 2024

Dah tengah hari baru nak up

by on August 30, 2024

 

Assalamualaikum...
Semua dah keluar makan tengah hari ke tu?
nieyl baru ada masa nak update breakfast..
Pagi jumaat rezeki bos belanja nasi lemak sambal paru..

Bagus seller ni sambal paru tu dia asing letak dalam plastik...
sebab nasi lemak ni dah ada sambal dah,
klu nak makan sambal lagi boleh campur semua tu..
macam nieyl suka makan sikit -sikit sambal tu..
sebab kang bayk sambal dari nasi tak boleh nak makan pula..

Alhamdulillah semoga Allah murahkan lagi rezeki mereka yang bersedekah hari ini...

29 August, 2024

Wrapping Time

by on August 29, 2024

 

Wrapping Time | Sesi penyerahan hadiah untuk pertukaran hadiah family day nieyl dah tamat least week. Jadi, ada free time nieyl dengan ajk membalut semua hadiah-hadiah yang telah diserahkan. Itupun ada je lagi tak habis balut, total semua 43 hadiah. Alhamdulillah..macam-macam jenis hadiah yang best-best dieorang bagi. Sangat supportive usaha menggembirakan semua ahli yang akan hadir. Bila dah berbalut macam ni kan, dah tak tahu siapa punya dah, sebabnya nieyl ada masukkan kotak dalam kotak bagi mengelirukan orang hahaha.. Ala..sesekali apa salahnya... 

Plan nieyl untuk pembahagian hadiah pertukaran ni, bila semua hadiah dah berbalut..nieyl akan letak no. secara random pada kotak-kotak tersebut dan pada hari kejadian nama-nama ahli keluarga akan dimasukkan dalam kotak, jadi nama akan di cabut dan hadiah akan diberikan mengikut nombor turutan kecik ke besar. Cuma nasiblah kalau dapat hadiah sendiri hehehe..nama pun random kan...





Terima Lawatan Pegawai

by on August 29, 2024


Assalamualaikum..
Lambat hari ni nieyl update blog..
pagi-pagi nieyl dah kena standby menunggu..
lawatan dari Unit Registri Untuk Khidmat Nasihat..
Actully ini berkaitan dengan fail-fail yang penting, yang kena simpan di tempat yang sepatutnya..
Dan pegawai tersebut dah pun ambil semula fail-fail tu untuk disimpan di tempat asalnya...
Settel masalah semalam..legaaa...




 

28 August, 2024

Lama Tak Bawa Roti Canai

by on August 28, 2024

Lama Tak Bawa Roti Canai | Pagi ni nieyl tak bawa bekal dari rumah sebab tak sempat nak memasak pagi tadi. Jadinya, nieyl singgah kedai abg nieyl beli karipap 2 biji dan roti canai 2 keping untuk breakfast pagi ni. Kuah tu nieyl isi sendiri, roti tu pun nieyl bungkus sendiri hahaha..cepat sikit kalau sendiri buat kan, kalau nak tunggu pekerja buat, dieorang tengah sibuk. Kalau nak tahu kan, nieyl memang makan roti canai kedai abg nieyl ni je sebab dah sejuk pun sedappp...

So, sesiapa yang jalan-jalan ke area Dengkil tu..boleh singgah kedai abg nieyl setiap hari isnin- sabtu pukul6.30 pagi -2.00 petang. Ahad kedai tutup..Kalau nak singgah, boleh search dekat google map Warong Gomen, Jalan Anggerik, Kampung Dato Ahmad Razali,43800 Dengkil. 

 

27 August, 2024

Lambat Lunch Hari Ni

by on August 27, 2024

 

Lambat Lunch Hari Ni | Hari ni office ada jualan dekat lobi, biasanya setiap bulan akan ada jualan biasanya lepas-lepas gaji la. So, tadi nieyl turun lobi awal sikit dalam 12.20 cmtu..sebabnya nak beli tauhu begedil gemoks ni sebab biasa cepat habis. 

Selain itu, nieyl beli speghetti dan ayam bakar . Total hari ni habis RM19 huhuhu..Saja je hari ini tak nak bawa bekal, cuti bawa bekal hari ini. Esok bawa bekal semula ya...kena jimat gaji lambat lagiii nii..

Pukul1 tadi nieyl tak terus makan, nieyl terus tidur dulu rehatkan kepala dulu, pukul2.10 tadi baru nieyl lunch sambil menaip entry.. Hari ni slow sikit , sakit baki sakit kepala semalam ada sikit-sikit lagi..adoi ingatkan dah hilang habis dah..boleh pula ada sakit baki dia hari ni sabar je...

korang dah lunch ke?lunch apa arini..

Happy Tuesday

by on August 27, 2024


Assalamualaikum...
selamat pagi..
Hari ni lewat bersiaran..
selesaikan kerja-kerja yang tertunggak semalam..

Semalam lepas lunch nieyl ke migrain teruk..
loya, muntah dan tak boleh tengok monitor..
nieyl minta time off..

Sampai rumah, mandi cucui rambut..
terus makan ubat, masuk bilik..
gelapkan bilik..letak kain dekat mata..bagi gelap..
dan tidur..bangun tidur, Alhamdulillah...
migrain hilang dah...

26 August, 2024

Repeat Lagi TheNoor Coffee

by on August 26, 2024


Jumaat lepas lunch dekat luar dengan syida..
sebab dah lama kitaorang tak lunch sama-sama..
masing-masing sibuk dengan urusan kerja..
Syida banyak kena pergi bengkel sana sini..

So, jumaat lepas kitaorang pergi lunch..
lepas tu singgah TheNoor Coffee beli Latte dan cake..
Kali ni nieyl try cake Rose Laici..
Sedap sangat cake dia, untuk yang tak suka manis..
memang boleh try cake dekat TheNoor Coffee ni..
Manis dia sedang elok dah, sekejap je cake tu habis nieyl makan..
hahaha..sebab tak manisss...

Nieyl ambil yang promo cake hari tu 50%..
jadi total air dengan cake tu rm18..

 

Mengundang Monday Blues Betul Laa

by on August 26, 2024


Dugaan betul pagi isnin ni..
kalau benda lain boleh sabar lagii..
tapi kalau bab air pump tak ada, air tak ada dekat office..
memang tak boleh nak bersabar ya sis..
kena pula jenis perut pergi sekolah ni..
dia memang ON TIME..

hahaha..sedaya upaya juga pagi tadi cari toilet aras yang ada air..
memang orang kata muka rezeki lahh..
ada satu aras tu ada air, selepas pump..
terus tak ada air dah untuk pump hahaha...
nasib baik sempat tanpa meninggalkan apa-apa kesan hahaha...
now, bila nak makan dah takut dah ni..
sebab admin bangunan bagitahu,dieorang tengah monitor pump..
ambil masa sikit..hopefully cepatlah settel..
nak minum air pun takut ni hahaha..



 

Hi Monday, Today..

by on August 26, 2024


Assalamualaikum...
Selamat Pagi isnin...
Kenapalah sabtu dan ahad ni lagi cepat berlalu dari hari lain-lain..
Rasa macam tak puas betul rehat 2 hari ni..
dah jumpa ISNIN kembali..

Apa-apa pun semoga perjalanan hari isnin kita semua..
dipermudahkan..

 

23 August, 2024

Bila ada event je..

by on August 23, 2024


Bila ada event je | Alhamdulillah seminar 2 hari berjalan dengan lancar. Setiap kali event dekat luar, perkara yang paling penting adalah warna TUDUNG hahaha. Kalau boleh nak semua sama warna , oleh itu si kembo nieyl ni duk bersidang dekat bilik nieyl nak bincang pasal warna tudung yang nak pakai 2 hari nanti. Terus terang cakap, kalau nak pilih warna sila pilih warna yang nieyl ada sebab takdan nak pergi beli la..

Untuk hari pertama Wani pilih warna hijau abg askar dan hitam. Kalau tengok dalam gambar memang semua pakai tone warna hijau yang sama. Tak ada yang pekat , cair kan semua nampak sama je..suka-suka..

Untuk hari ke-2 , wani pilih warna biru abg polis pula. Pun sama juga team ni memang bagus sangat tengoklah semua pakai warna biru yang tone sama..nampak cantik je kan sampai ada yang tanya beli tudung kedai yang sama ke..hahaha..taklah pakai tudung yang ada dekat rumah masing-masing aje ni..

Kalau ada event lagi, dua warna ni dah tak boleh pakai lagi tau waniii...kena cari warna lain pula..





Rehearsal Day

by on August 23, 2024

 

Rehearsal Day | Selasa selepas lunch, nieyl dengan team dah bergerak ke Hotel untuk sesi rehearsal. Ini kali pertama nieyl pergi Hotel Mercure Putrajaya untuk bekerja, rupanya selalu je lalu lalang depan hotel tu cuma tak tahu itu rupanya itu hotelnya. So, semalam memang kita buat rehearsal sampai lewat petang. 

Masa rehearsal nieyl berlakon menjadi Ketua Perkhidmatan (KP) , kalau tengok gambar tu macam ye..ye je nak berucakap kan hehehe..padahal cakap " Assalamulaikum, terima kasih" hahaha..

Ini adalah event pertama nieyl sejak berpindah ke bahagian yang baru ni. Alhamdulillah, dapat partner yang best dan team yang supportive. Nieyl memang suka join event-event macam ni sebab dapat keluar jumpa orang kalau tidak duduk dalam office je kan. Sesekali tu seronok keluar jumpa orang ramai. 

Rehearsal habis pun dah lewat dalam pukul6.30 macam tu, so..nieyl terus balik ke rumah tapi biasalah area putrajaya ni dah macam KL, banyak kereta dan jem sesetengah tempat tu. Sampai rumah dalam pukul7 petang. Alhamdulillah.



Kongsi Rezeki Jumaat

by on August 23, 2024

 


Assalamualaikum...
Salam Jumaat..
Yeay!hari ni dah masuk opis dah...
rindu bilik nieyl....

Pagi ni Alhamdulillah..
Ada hamba Allah berkongsi rezeki di sudut kongsi rezeki..
Nasi lemak paru dan ayam...

Semoga murah rezeki mereka yang berkongsi rezeki...


22 August, 2024

Obses dengan budak ni

by on August 22, 2024


Dua bulan yang lepas, nieyl timbang anak buah baru..
Baby girl yang sangat comel..
Now dah 2 bulan usia dia..
Nama yang diberi adalah Rayhana, nieyl panggil baby hana..
tak tahu kenapa nieyl suka sangat dengan nama hana tu...
so, nieyl sorang je yang panggil dia hana..
orang lain panggil dia Rayhana. 

Hana ni kalau nieyl yang pegang dia..
Auto tidur..lenaaa...
geram je kan..Alhamdulillah now berat dia dah 6kg...
peha macam ayam goreng hehehe..gebu...

 

Lebih kurang 1 bulan je lagi

by on August 22, 2024

 


Lebih kurang 1 bulan je lagi | Hari ini genap tinggal sebulan sahaja lagi Family day besar nieyl insyaÁllah bulan depan 14-16 Ogos  September. Seperti biasa nieyl dah start buat preparation slow-slow sebab tak nak kalut bila hari dah dekat. Nieyl mulakan dengan pencarian doorgift, actually doorgift ni bukan benda yang wajib pun, tetapi nieyl memang buat supaya ada kenangan untuk semua ahli keluarga. 

Masa mula-mula baru buat family day ni tak ada pengalaman lagi, bajet pun nieyl keluarkan sendiri untuk sediakan something untuk semua orang bawa balik , nieyl buatkan keychain untuk setiap seorang. Dan untuk kali -dua ni, Alhamdulillah nieyl dah masukkan siap-siap dalam bajet so untuk doorgift nieyl dah tak perlu nak keluarkan duit sendiri lagi hehehe..itu namanya pengalaman dan improve dari tak ada kepada ada hehehe..

Untuk doorgift sediakan 1 untuk dewasa dan 1 untuk kanak-kanak. Susah juga tau nak fikirkan doorgift yang sesuai dengan bajet dan kuantiti yang nieyl nak tu. Tapi Alhamdulillah setelah berbulan survey harga, akhirnya nieyl buat keputusan untuk beli terus , sebelum harga dia naik. Nak tengok tak?nieyl share dalam blog ni je, sebab adik beradik nieyl tak baca blog pun jadi dieorang takkan tahu apa-apa. 

Sekali sampai besar ya kotak dia, nieyl tak boleh angkat sorang kena berdua. Mak nieyl ngan husband dah tanya-tanya apa dalam tu, eh..mana boleh bagitahu..rahsia..dan sampai hari ini dieorang tak tahu apa dalam kotak tu..Korang nak tahu ke apa dalam tu?

Tadaaa..nieyl beli tumbler kaca untuk orang dewasa. Dalam kotak ni ada 50 botol pelbagai warna nieyl beli. Nieyl beli macam ni sebab berguna untuk semua orang. Ada satu lagi pilihan nieyl yang macam mug ada straw tu tapi harga dia tak boleh kurang walaupun nieyl ambil banyak, so kalau boleh kita nak cut price selagi boleh jimatkan, jangan membazir hehehe

Yang ini pula untuk 9 orang kanak-kanak bawah 12 thn. Dieorang kan suka kartun-kartun ni kan boleh bawa pergi sekolah. Semua ni nanti nieyl akan masukkan dalam moven bag dan nieyl pun dah beli dah. Tinggal nak masukkan semuanya dalam bag dan kotak je.Cuma nieyl rasa macam nak tambah color pensel untuk kanak-kanak ni..nantilah nieyl cari..

Ada lagi yang dah siap, nanti nieyl story lagi okay...


Last day outstation

by on August 22, 2024


Assalamualaikum..
Selamat pagi...
Hari ni last day nieyl dekat hotel..
Masuk hari ke-2 dah seminar..

Semoga hari-hari kita dipermudahkan...

 

21 August, 2024

TheNoor Coffee di Tamarind Square

by on August 21, 2024


TheNoor Coffee di Tamarind Square | Dah lama tahu dah yang TheNoor Coffee ni dah ada dekat Cyberjaya tu tapi tak berkesempatan nak pergi merasa coffee dia lagi. Minggu lepas kan nieyl ada pergi makan dengan pegawai nieyl tu, sebelum balik office tu kitaorang singgah kononnya nak tapau coffee dengan cake je makan dekat office sekali tu ubah fikiran kita nak lepak sekejap dekat cafe dia ni. 

Kalau nama pun kedai coffee ni kan dia punya makanan dan minum tu sama je bezanya rasa cake dan coffee dia tu. So,decoration dia pun minimalis, nieyl suka tak serabut sangat simple je. Mainan lampu tu yang buat cafe ni cantik.

Kali pertama ni nieyl try spanish latte ice dia. Selalu nieyl minum yang zus punya, kali ni nieyl try TheNoor punya pula. Hurm..totally nama je sama tapi rasa dia thenoor punya coffee ni strong rasanya.  Sedap untuk korang yang suka bau coffee dan rasa yang strong. 

Pegawai nieyl order Mocha, memang rasa dia strong.. Selain dari coffee, ada macam-macam jenis cake yang nampak sedap, tapi memang sedap pun cake-cake dia. Pegawai nieyl dah pernah rasa semua cake TheNoor, so..dia pun cakap cake dia sedap. So, nieyl try Macadamia Cheese Cake dan Peanut butter Chocolate sumpah sedappp...Cuma harga dia keras sikitlah macam cake sepotong tu RM15.90.. next lah nieyl nak try cake dia yang lain pula..

Korang dah pernah try ke?



Outstation 2 hari

by on August 21, 2024


Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Hari ini dan esok nieyl tak ada dekat office..
Nieyl akan bertugas di Seminar anjuran Bahagian Nieyl..
Tak jauh pun, kitaorang buat dekat Putrajaya je..

Korang jangan lupa breakfast okay...

 

20 August, 2024

Lunch di Duer Cafe Cyberjaya

by on August 20, 2024

 

Lunch di Duer Cafe Cyberjaya | Nieyl ingat, nieyl je suka hunting cafe best-best rupanya pegawai nieyl sorang ni pun sama. Jadinya, jumaat lepas dia ajak nieyl pergi cafe sebab dia kata dia baru pergi sekali dan dia nak bawa nieyl makan situ. So, nieyl pun ikutlah.. Seriuslah, nieyl suka betul la masuk-masuk je cafe ni mata memang pusing tengok kelilingi..cantiknya kombinasi warna cafe ni.. Pink + Yellow. 

Cafe ni dia dah setkan meja untuk 2 orang, 4 orang, 6 orang dan ada juga private area dekat belakang sekali tu kalau kita nak buat birthday ke apa ke..boleh request dekat situ. 
Nieyl dengan pegawai nieyl order speghetti dua-dua. Pegawai nieyl order Speghetti Salted Egg dan nieyl Aglio Olio Seafood. 
Kita close up sikit yang ni speghetti Salted Egg yang sumpah sedap, rasa dia tak masin tetapi lemak berkrim telur masin tu memang sedappp..nieyl rasa sesudu je, maybe next time nieyl akan amek yang ni pula.Harga around Rm24-25 macam tu.

Yang ni nieyl punya, dia masak dengan perfect sebab seafood tu tak kering, just nice memang sedap pedas-pedas manja. Udang besar tu pun fresh..Yang ni pun harga pun lebih kurang macam speghetti salted egg tu.

Nieyl add on chicken pop corn korea. Rupanya sos korea ni kan dia masin tapi lama-lama terasa kepedasan dia. Jenuh tau nieyl nak habis kan 1 pinggan ni sebab pegawai nieyl tak makan pedas. Oklah nanti nieyl share lagi kalau ada jumpa mana-mana cafe yang best okay...

2 Minggu Bos Tak Ada

by on August 20, 2024

 


Start hari ni sampai hubung bulan boss no.1 nieyl tak ada..
dia ada seminar dekat oversea..ce teka dekat mana?
Barcelona, Spain.. Sambil seminar boleh la teroka negara orang kan..
seronoknya... jadi, nieyl tetap jaga 3 lagi boss yang ada dekat opis ni..



Hello Tuesday

by on August 20, 2024

 


Assalamualaikum...
Selamat pagi..
Hari ni pagi nieyl ada dekat pejabat..
lepas lunch nieyl kena pergi hotel untuk sesi rehearsel untuk seminar rabu dan khamis..
Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar okay...

19 August, 2024

Beli kasut lagi..

by on August 19, 2024

 

Beli kasut lagi | Minggu lepas nieyl jumpa kawan opis nieyl dekat tempat dia aras 3. Sempatlah mengadu pasal tumit sakit ni, sebab dia ada pengalaman tumit dia sakit sampai ke Fisio. Nieyl pun takut kena macam dia yang ada tumbuh tulang tu, dia pun ajar la macam mana nak hilangkan sakit tumit tu macam yang dia buat fisio tu. Lepas tu dia  suruh nieyl tukar kasut kepada tapak yang lebih lembut. Dia bagi try kasut yang dia tengah pakai tu, nieyl pun try la sebab tak sakit langsung tumit tu. Terus je nieyl minta dia share link dan niey terus je beli.. Semalam baru sampai...

Ok ini kasutnya, tapak dia lembut dan kasut ni pun jenis getah je tapi pagi ni nieyl pakai pergi kerja sangat selesa. Legalah nieyl sebabnya esok nieyl ada rehearsel dekat Hotel untuk seminar 21-22 Ogos ni. Lepas tu hari kejadian mesti sibuk berdiri kan, mesti sakit tumit kaki ni, jadi dah ada kasut lembut ni harap dapat membantu nieyl.

Sakit tumit ni betul-betul menggangu ruti seharian nieyl, sebab itulah nieyl tak boleh biarkan lama-lama nieyl kena cari solution. Nieyl beli kasut ni dekat shopee, murah je kalau korang nak beli juga, nieyl share dekat bawah ni okay..













Menu paling simple dan sedap

by on August 19, 2024

Menu paling simple dan sedap | Kadang-kadang malam yang konon-kononnya tak nak makan malam tu, kecundang juga dilewat malam tau tapi taklah selalu..kadang-kadang aje.. Nak menu yang simple dan sedap. Inilah menu yang nieyl selalu masak kalau tengah malam tu dah lapar sangat.. Petai tu option je sebab kebetulan memang ada..selalu tak ada pun..goreng pula telur mata sebiji, bubuh kicap makan dengan nasi panas..boleh licin pinggan tu hehehe


 

it's Monday, go to work!

by on August 19, 2024

Assalamualaikum...
Selamat pagi isnin..
kan hari tu nieyl cakap nieyl sakit tumitkan..
jumaat malam berurut dengan harapan cepat baik..
Hari sabtu pagi macam biasa 6.30 pagi pergi pasar borong..
dekat pasar dalam 2 jam cmtu, berjalan berdiri kan..
Ya Allah dia punya sakit tu Allah je yang tahu sampai kan..
nieyl terpaksa singgah kedai beli salonpas untuk tampal dekat kaki..

Bila dekat rumah, nieyl roll kaki nieyl dekat alat yang kawan nieyl kasi pinjam..
nnt nieyl share, rasa lega sikit..
lepas tu nieyl pakai stokin dan selipar dekat rumah...
dan dalam rumah nieyl kurangkan berjalan hari ahad..
memang hari ahad nieyl berehat betul-betul...

Petang smlm , secara tiba-tiba nieyl bangun dari kerusi pergi rumah kakak..
tiba-tiba nieyl rasa lain, kaki nieyl macam dah tak sakit sangat bila pijak lantai..
so, pagi ni bangun tidur pun Alhamdulillah..dah makin kurang sakitnya...
Ya Allah Syukur sangat..sebab pilihan terakhir nieyl kalau tak baik juga nieyl dah nak refer hospital dah..

Nanti nieyl share apa yang nieyl buat sepanjang nak baikkan sakit tumit ni..

Selamat bekerja semua..


 

16 August, 2024

Apabila kita redha...

by on August 16, 2024

Assalamualaikum...
Selamat pagi jumaat...

Hari ni MAPPA 2024 kan..
Ramai penjawat awam ke PICC pagi ni...
nieyl tak pergi, pagi ni nak settelkan follow up agensi yang masih belum respon..

Kalau cakap pasal kekecewaan kan..
selagi kita ini namanya manusia..
pastinya perasaan kecewa itu kita pernah rasa kan..
ke ada yan tak pernah rasa?

Kekecewaan memeng menyakitkan..
ambil masa untuk kita redha..
tetapi apabila kita redha, insyaÁllah Allah akan gantikan dengan benda yang lain..

selamat bekerja semua..

 

15 August, 2024

Calling

by on August 15, 2024

 

Calling | Fuhhh..penat jari jemari menekan button telefon pagi ni, hari ni nieyl dah start kena follow up 31 agensi untuk pengesahan kehadiran untuk seminar minggu depan. Alhamdulillah, nieyl ditugaskan untuk follow up pengesahan kehadiran. Lepas breakfast tadi nieyl terus call agensi sana sini. Ini baru selesai untuk hari ini. 

Daripada 31 agensi , ada 3 agensi yang nieyl tak dapat contact sebab tak berjawab-jawab..So, cukuplah setakat hari ini nieyl call, kita tengok feedback pegawai nieyl update. Esok nieyl akan call sekali lagi yang mana tak bagi feedback. Kang kalau call hari ni lagi kang, buat orang marah pula kan..hehehe..so, kita call jela esok last day. 

Ok kerja nieyl dah selesai..legaa..


Morning....

by on August 15, 2024

Assalamualaikum...
selamat pagi..
Semoga hari ini semuanya baik2 je..
siapa dekat sini pernah kena sakit tumit, tapi sebelah je?
actually, nieyl dah seminggu dua ni sakit tumit kiri tiba-tiba..
tak boleh pakai kasut tapak keras..
nak berjalan tu macam sakit..
belah kanan tu ok je..
kalau pakai selipar yang lembut getah tu tak sakit...

Siapa pernah kena?macam mana nak buat eh?




 

14 August, 2024

Bila Putus Cinta..

by on August 14, 2024

Bila Putus Cinta | Nieyl tak ingat topik radio suria hari apa tentang bila putus cinta, gift -girt yang ex bagi kita buat apa..macam-macam jawapan pendengar Suria bagi, kelakar pun ada..siapa ada dengar? nieyl tertarik nak share pengalaman nieyl tapi bukan dekat radio la..nieyl share dalam blog je okay.

Dulu ex nieyl zaman sekolah, adoi..sekolah lagi dah macam2 nieyl ni..Masa tu tingkat 5 dah, so..kita berkawan sampai nieyl tingkatan 6 baru kita break..So, dalam tempoh berkawan tu ex nieyl ni ada bagi bantal bentuk love 2, satu warna pink dan satu warna merah dan sebentuk cincin emas..nampak romantikkan..puihh...hahaha..

Kita break pun bukan dengan cara yang baik so, apa yang nieyl buat..nieyl tak pulangkan semua barang-barang yang dia bagi tu, bantal tu nieyl still ada lagi sehingga sekarang, sebab bantal tu best selesa bawa tidur dan cincin tu pula nieyl jual dekat kedai emas hahaha.. Bantal tu nieyl tak buang bukan sebab ex punya, sebab kualiti bantal tu dan benda elok lagi, jangan membazir untuk di buang, nak beli mahal tau, lovely lace punya bantal tau....

korang ada pengalaman tak?share la..


 

Bila Parcel Sampai...

by on August 14, 2024

Bila Parcel Sampai | Dah lama nieyl tak membeli dekat shopee untuk diri sendiri. Nak tengok apa nieyl beli ?jom nieyl share..nieyl beli perfume kebetulan tengah live dan suka tengok botol dia yang cute dan cantik. Lepas tu kebetulan, shopee bagi voucher 80%  so, nieyl terus grab 2 botol perfume 30ml dan 1 perfume 10ml untuk simpan dalam handbeg untuk emergency. 

Review customer kata bau perfume ni tahan around 4-5 jam ,so..after tu if  nak spray lagi boleh la tapi macam nieyl so far, ok je bau dia sampai petang. Petang-petang tu bau dia dah hujung-hujung ok la kan.. 

Pagi ni nieyl pakai perfume ni, bau dia macam wanita-wanita kaya dan bekerjaya macam tu. ha..sesuailah untuk orang yang kerja pejabat ni kan. hehehe

Yang ini pun best juga, wangiii..yang ni nieyl simpan dalam handbeg sebab kadang-kadang nieyl ni kalut-kalut pergi kerja terlupa nak spray perfume..ini la penyelamatnya..

Perfume yang 30ml ni harga dia Rm15 dan yang 10ml tu RM6..so, total besar rm36, guna voucher tolak-tolak nieyl kena bayar RM26..banyakkan kurang dia..berbaloi la beli kalau boleh jimat banyak. Berbelanja dengan bijak..(itupun curi-curi buka parcel dalam bilik, takut husband nampak..hahaha)




 

Good Morning..

by on August 14, 2024



Assalamualaikum...
selamat pagi...
semalam nieyl dah dapat task job untuk next week..
jadi urusetia pendaftaran untuk seminar..
Yeay..akhirnya dapat buat kerja luar..best2...

Semoga hari ini semuanya baik2 ok..
jangan lupa breakfast ok...