30 October, 2024

Sibuk sampai baru sempat breakfast

by on October 30, 2024

 

Sibuk sampai baru sempat breakfast | Pagi tadi teringin nak makan pisang goreng panas-panas dekat cafe tu, rajin nieyl turun pergi beli hari ni. hahaha..sebab nieyl memang jarang-jarang nak turun sebab bawa bekal breakfast dan lunch. So, belilah pisang goreng rm1 dan keledek goreng rm2.. Sambil-sambil buat kerja tu, makanlah...

Bila perlu bergerak ke sana ke sini, ke atas dan ke bawah..breakfast salad pun nieyl tak sempat nak makan, konon nak makan pukul9 pagi.. last-last pukul11 baru boleh duduk dengan tenang dan makan breakfast. 

Sudahnya plan nak makan nasi lunch nanti, di batalkan sebab masih kenyang lagi. Kita tukarkan dengan kopi-kopi dan makan dessert je kot. Plannya macam tu la, nanti tengoklah kejadiannya hehehe...

Selamat Pagi

by on October 30, 2024

Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Hari ni last day nieyl kerja untuk minggu ni..
esok cuti umum kan, so kita ambil la cuti tersepit ni..
Jumaat nieyl ambil cuti, so..total dapatlah cuti 4 hari hehehe...

Untuk perancangan esok dah ada dah..
esok nak celebrate birthday mak nieyl yang ke 72..
nieyl buat makan-makan potluck dari beradik beradik...
unyul makan tengah hari..

Belah malam pula nieyl ada buat aktiviti badminton santai..
dengan adik beradik, anak2 buah..
court pun dah sewa 2..
sebab dah alang-alang berkumpul tu kan..
kita buatlah aktiviti sikit...

Sebelum ni futsal..
so, ni kita buat badminton pulak..
Next mungkin bowling insyaÁllah....

Ok , happy working semua...

 

29 October, 2024

Tambah Baju Kerja Lagi

by on October 29, 2024

Tambah Baju Kerja Lagi |  Sayangggggg...baju yang dekat almari tu tak cukup lagi ke?Persoalan dari seorang lelaki bergelar suami.. Soalan yang tidak pernah ada jawapan.. Sebab itulah kalau beli baju nieyl akan sorok dulu, nanti bila pakai nanti dia akan tanya baju baru ke?nieyl selalu akan cakap tak laa... Dah lama beli, baru pakai hahaha..

Nieyl dekat opis memang suka pakai kemeja dengan blouse. Baju kurung biasanya nieyl akan pakai hari khamis sebab kena pakai baju batik. Isnin, selesa, rabu dan Jumaat tu biasanya nieyl akan pakai blouse atau kemeja. Dipadankan dengan Skirt ataupun seluar slack. 

Jadi, bulan ni nieyl beli 2 helai kemeja baru warna pink dan mint green. Kalau dah beli baju ni, biasanya nieyl akan shopping juga tudung untuk match kan dengan baju. Itu yang hari jumaat lepas tu nieyl pergi cari tudung untuk matchkan dengan baju baru nieyl beli tu hehehe..

Last week kononnya nak beli sehelai dua je tudung. Tapi biasalah bila dah sampai kedai, sehelai dua tu boleh beranak pinak. Hahaha..Tapi nieyl beli 3 helai je tudung, kalau ikutkan nafsu ni tak cukup..Tapi kena berlawan dengan nafsu membeli ni. Nieyl beli 3 helai, satu plain hitam actually kan tudung plain hitam ni dekat rumah dah ada 2 helai dah tapi biasalah orang rajin kan tudung dia masukkan dalam mesin basuh jadi berbulu-bulu la dia. 

Lepas tu, memang kena membeli je tudung hitam tu. Kemudian nieyl beli tudung corak satu warna dark blue dan satu lagi corak mint green. 



Cantik tak?






 

Dapat Ole-Ole Dari Kakak-Kakak Sayang

by on October 29, 2024

 

Dapat Ole-Ole Dari Kakak-Kakak Sayang | Dikelilingi orang yang baik dan orang yang sayang kita itu adalah rezeki tau. Kali ini nieyl dapat ole-ole dari nun jauh tu terbang dia hehehe..dari Turki. Salah seorang kakak officemate nieyl pergi holiday dekat sana 2 minggu dan kakak tu bagi nieyl sejarah yang sangat wangi guys. Masa kakak tu bagi dalam paper bag, satu paper bag tu wangi sangat2.. Alhamdulillah terima kasih kak milah♥

Yang kedua, nieyl dapat ole-ole dari Kak Maziah mesti korang dah boleh agak dah kan dia pergi mana hehehe..dia ada kursus dekat Langkawi, jadi dia bagi lah coklat² langkawi dekat nieyl. Alhamdulillah.. Semoga mereka semua di murahkan rezeki selalu. 

Good Morning

by on October 29, 2024

Assalamualaikum...
selamat pagi..
pagi ni mata agak kelayuan sikit laa..
sebab semalam balik kerja nieyl tak sempat nak rest..
abg nieyl mina tolong jagakan rayhana, sebab mommy dia mesyuarat balik malam..

Mommy rayhana ni baru bertukar keluar ke agensi baru..
tak sangka pula dekat agensi baru ni..
Mesyuarat sampai pukul9 malam hahaha..
kesian juga la sebab ada anak kecik kan..

Hopefully tak adalah selalu bos dia tu meeting sampai pukul10 malam hahaha..
Sesekali tu ok la..kalau hari-hari menung member...
hehehe..

Happy working..



 

25 October, 2024

Rezeki Hari Jumaat

by on October 25, 2024


Balik dari Sesi Townhall Parkir tadi..
Atas meja ada orang letak nasi lemak telur bungkus..
Nieyl tanya bos siapa bagi, 
Bos kata dia pun tak kenal tapi bos pun dapat juga hehehe...
Lepas tu tengok atas meja depan bilik nieyl ,
semua ada nasi lemak..Alhamdulillah..

Yang satu lagi tu dapat nasi lemak ayam goreng dari sesi Townhall Parkir tadi..
Alhamdulillah rezeki jumaat..
So, lunch nanti nieyl tak makan berat dah laa..
sebab makanan dah banyak dah ni...



 

Salam Jumaat

by on October 25, 2024

Assalamualaikum...
Salam jumaat..
Pagi ni pukul9 kang ada sesi Townhall dari pihak pengurusan..
berkaitan dengan parking office..so, nieyl nak pergi dengar nanti..

Hari ni nieyl breakfast salad dan ayam grill..
Lunch hari ni nieyl plan nak pergi cari tudung hehehe...
So, lunch tak bawa bekal hari ni..
rehat lama kan hehehe..

Happy working

 

24 October, 2024

Kisah di Hospital

by on October 24, 2024

 

Kisah di Hospital  | Kisah semalam nieyl minta kebenaran bos untuk keluar awal sikit waktu lunch untuk ziarah bekas pegawai nieyl di bahagian lama nieyl. Nieyl panggil dia kak aisyah, sekarang ni dia buat phD dan cuti study. Minggu lepas, nieyl dapat info dari group yang kak aisyah warded di Hospital Putrajaya, Dr. suspek kuman dalam darah tapi belum confirm lagi setakat semalam. 

So, semalam nieyl pergi ziarah kak aisyah, bersama kak milah dengan kak emmy. Waktu melawat jam 12.30 tgh hari sampai pukul2 petang. Masa sampai ward tu ramai orang yang datang ziarah kak aisyah. Jiran-jiran, cikgu-cikgu sekolah anak dia. Masa ni kak aisyah dia macam tak sedar, mungkin Dr. baru bagi ubat dekat dia untuk dia berehat, dia macam sedar tak sedar bila orang panggil dia. 

Sebelum balik, nieyl bisik dekat kak aisyah , nieyl doakan semoga kak aisyah cepat sembuh dan sabar dan tabah..Lepas tu nieyl beransur keluar dari ward.

Siapa kenal nieyl, tahu lah kalau sesiapa yang pergi hospital putrajaya nieyl akan order pau hospital. Tak tahulah kenapa suka sangat dengan pau hospital ni. So, semalam sebelum keluar dari hospital teruslah menuju ke kedai yang menjual pau ni tapi malang nasib ku pau belum masak..sedihnya tak dapat makan pau hospital semalam. 

Disebabkan hati kita sedih tak dapat makan pau hospital tu, kita bawa diri menuju ke pintu keluar, on the way tu ternampak dah masa datang tadi mesin kopi. Jadi, marilah kita mencari sedikit kegembiran dengan coffee. Ini kira first time nieyl guna coffee machine brand ni. Seperti biasalah fav nieyl adalah latte so, kita try Ice latte dia. 

Apa yang nieyl suka brand ni, kita boleh control tahap coffee, gula dan susu mengikut selera kita guys. So, macam nieyl suka tahap sedang-sedang je semua, so nieyl tak ada nak ubah apa-apa pun. Macam kak milah dia tak nak gula, jadi dia 0 gula. Lepas air dah siap, kita ambil dekat tempat dia tu, dan tutup sendiri dekat sebelah tu ada disediakan penutup dan juga sarung coffee yang comel.

Ha..macam nieyl tunjuk ni, nampak macam beli dekat kedai coffee kan padahal kita beli dekat coffee machine je. Nieyl ambil gambar coffee machine ni nak minta office nieyl sediakan machine ni dekat lobby office hahaha..cuba nasib...

Lepas settel hal hospital, kitaorang singgah makan dekat paparich dan nieyl makan kuey tiew goreng je cepat dan sedap. Air sejuk kosong je kitaorang bertiga order sebab masing-masing dah minum coffee. Ok begitulah kisah nieyl semalam, korang doakan kak aisyah kembali sihat ya dan boleh kembali menjaga anak-anak dia dan mak dia. Amin.. 









Selamat Pagi

by on October 24, 2024

 
Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Pagi ni opis nieyl agak sunyi sebab ramai staf depan bilik nieyl ni pergi bengkel kot..
bos nieyl pun tak ada hari ni berbengkel..
Jadi, nieyl tutup pintu bilik..privasi sikit hari ni hehehe..
kejap lagi lah nieyl buka hehehe..

Semalam bos nieyl bagi buah jambu dari hasil tanaman dekat rumah dia..
so, pagi ni nieyl potong-potong bawa pergi kerja..

Sambil-sambil buat kerja tu, makan buah jambu ni..
Sedap betul laa rasa dia manis..minggu lepas nieyl beli juga dekat pasar, 
rasa masam-masam sikit hihihi..yang bos nieyl bagi ni memang rasa manisss...
2 biji settel pagi ni hehehe..

Happy working semua..



23 October, 2024

Plan Boarding Outing

by on October 23, 2024

Plan Boarding Outing | Sejak balik jalan-jalan JB tu, kiteorang bertiga dah lama tak bertentang mata berenam sebab masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Lagi-lagi si Afika tu dia semakin sibuk sejak duduk BP semula. Bekerja lepas tu dia sekarang layan gym, setiap hari nampak status dia pergi main gym. Lepas tu dia pergi travel sana sini. Kalau dia datang Cyberjaya pun tak sempat kitaorang nak jumpa sebab dia rushing jumpa kakak dengan anak buah dia lepas tu balik ke Batu Pahat semula. 

Yang si syida pula walaupun nieyl dengan dia satu opis tapi jarang-jarang dapat jumpa dia. Sebab dia sekarang pun sibuk meeting , bengkel dekat luar. Macam semalam pun nak jumpa, dia kerja duty dekat Parlimen , tapi pagi tadi naik lif terjumpa dalam lif hahaha..

So, nieyl tengah plan nak ajak dieorang jumpa sebagai penutup 2024 kononnya. Kalau tak buat plan, memang payah nak jumpa. So, nieyl tadi dah bagi suggestion date untuk kita bertiga berjumpa. So far, nampak positif date yang nieyl bagi tu. Now, nieyl nak fikir apa aktiviti yang kita boleh buat seharian nanti. So far dah ada beberapa yang bermain di fikiran nieyl hehehe.. Semoga perancangan yang baik ini dipermudahkan..Aminn

 

Breakfast Mee Kolok Goreng

by on October 23, 2024

 


Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Pagi ni kakak-kakak dekat bahagian lama nieyl ajak breakfast sama-sama..
Lepas check in dekat office..
terus pergi makan dekat area office juga kedai tu..
before pukul9 tu dah sampai office dah..

First time ni nieyl makan mee kolok goreng..
dia boleh pilih nak ayam ke daging, nieyl ambil daging..
Kak amy pulak dia amek mee kolok sup..


Happy working semua!

22 October, 2024

Pagi yang sibuk

by on October 22, 2024

Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Pagi ni nieyl sibuk settelkan kerja yang tertangguh seminggu MC..
breakfast pun belum sempat lagi ni..
kejap lagi nieyl breakfast..

Happy working semua..

Biskut Timbang

by on October 22, 2024


Biskut Timbang  | Sekarang ni nieyl suka beli biskut timbang. Setiap hari sabtu kan nieyl akan ke Pasar Borong selangor untuk beli barang basah dan kering untuk seminggu. Selesai memberi barang basah, nieyl akan singgah kedai Balaji dekat Pasar Borong tu, untuk beli bawang merah, ikan bilis, ikan masin dan biskut timbang. Dekat kedai Balaji ni ada macam-macam jenis biskut timbang, yang menjadi kegemaran nieyl ada 2 jenis. Iaitu Julies Peanut butter, selalunya nieyl akan beli dalam Rm5 itupun dah banyak dah, cukuplah makan seminggu dekat rumah. 

Ha..macam ini rupa biskut peanut butter dia, rasa masin-masin lemak. Biskut ni kalau dekat rumah nieyl memang laku keras selain biskut craker biasa tu. 
Yang kedua, biskut julies juga Finger Lemon Cream. Yang ni pun sedap juga ada rasa lemon cream. Yang ni pun nieyl beli untuk seminggu je. 

Nieyl beli untuk seminggu je, sebab nieyl memang setiap minggu akan membeli. Kadang-kadang nieyl tukar biskut lain yang nampak sedap. Banyak je pilihan yang boleh dibeli dekat situ. Rumah nieyl biskut memang laku keras sebab kadang-kadang husband tak nak makan nasi, dia akan makan biskut sama juga dengan mak nieyl. Cuma nieyl je tak berapa sangat, makan tu makan tapi bukan jenis yang makan hari-hari la..

21 October, 2024

Pepahat atau Siput Buluh

by on October 21, 2024

Pepahat atau Siput Buluh | Siapa suka makan pepahat ni?Selalunya ada dekat restoran seafood benda ni tak pun dekat kedai makan yang dekat-dekat dengan pantai. Kalau dekat tempat ni selalu ada dekat Bagan Lalang. Petang semalam husband nieyl cakap dia nak pergi banting , tengok pekerja dia ( orang asli) mancing dan cari pepahat, mana tahu dia kata boleh beli hasil dia. 

Sebelum ini pekerja husband nieyl ada bagi juga tapi dah lama dah rasanya. Pekerja husband nieyl ni bagus tau, kadang-kadang hasil tangkapan dieorang, sikit mesti dia akan bagi dekat husband nieyl. Tapi husband nieyl dia akan ambil tapi dia akan bagi duit poket dekat orang tu, tak kisahlah rm10 ke rm20 ke kan, sebab husband kata mesti penat cari-cari benda ni guna tenaga walaupun orang asli tu dia tak minta pun duit tapi sebagai manusia, kita kena ada common sense lah pada benda-benda macam ni kan.

So, balik petang semalam husband nieyl tunjukkan hasil yang dia dapat beli dari pekerja dia tu. Alhamdulillah, banyakk..seronok nieyl tengok. Plan petang ni nak masak untuk makan malam tapi tak ada idea lagi nak masak apa..korang pernah masak tak?ce lah bagi idea dekat nieyl masak apa yang sedap pepahat ni. 


 

Siapa Sangka Diri Terkena

by on October 21, 2024

Siapa Sangka Diri Terkena | Nieyl sembang sikit macam mana nieyl boleh terkena virus influeza ni ya. Pada hari sabtu pagi badan dah rasa tak berapa best dah tapi nieyl tak layan sangat nieyl pergi pasar borang semua, sarapan dekat kedai abg nieyl lepas balik pasar tu. Bila sampai rumah kemas-kemas, masak semua siap, mandi dan nak rest..

Dalam masa rest tu lah tiba-tiba nieyl rasa badan nieyl nak demam, tekak dah mula sakit, batuk-batuk. Masa ni nieyl dah start pakai spray untuk sakit tekak, malam sabtu juga nieyl demam, hilang selera makan dan minum air je mampu masa tu. Nieyl masih fikir nieyl demam biasa lagi..

Hari ahad badan-badan nieyl ni rasa sakit sangat, selemah-lemahnya memang nak ke tandas pun rasa sangat tak larat. Sampaikan nieyl minum semuanya atas katil je, badan nieyl rasa sengal-sengal, bisa-bisa tahu tak. Lepas tu anak buah nieyl suruh pergi klinik check sebab takut influeza sebab simptom macam dah ada.

So, nieyl pun buatlah test dengan harapan bukanlah. Oh ye, nak buat test influeza ni kena cocok hidung macam covid tu. So, nieyl ni first time kena cocok hidung tu, Ya Allah pedih ya amat ya, menangis hahaha.. lepas tu takyah nak tunggu lama nieyl punya terus naik double line dekat line B tu. Selalunya orang kena influeza A je yang kita dengar kan, B ni ada cuma jarang-jarang.

Start hari isnin nieyl kurantin sampai hari rabu. Pada malam hari rabu tu nieyl kena buat test sekali lagi, sebab kalau dah negative nieyl akan start kerja pada Khamis. Buat test masih lagi ada double line jadi nieyl tambah lagi 2 hari kurantin. 

Dan hari ini nieyl dah start bekerja semula. Alhamdulillah dapat masuk kerja semula sebab lama-lama kurantin dah boring hehehe...Korang diluar sana, jaga diri baik-baik ok, kalau rasa badan tak sihat cepat-cepat pergi jumpa Dr. tau, jangan tanya Dr. google pula tau hehehe..



 

Back To Work

by on October 21, 2024


Assalamualaikum...
selamat pagi semua..
ada ke yang tercari-cari nieyl seminggu lepas..
Tiba-tiba je menghilang kan..

Untuk pengetahuan korang..
nieyl baru baik dari Influeza B..
nieyl cuti kurantin selama 5 hari..

Hari ni nieyl baru masuk opis semula..
macam biasalah bila dah seminggu cuti..
hari ni nieyl nak settelkan kerja-kerja dulu ya..
ada free time nanti, nieyl update lagi...


 

11 October, 2024

Bila Nieyl Shopping Online

by on October 11, 2024

 

Bila Nieyl Shopping Online | Manusia yang susah untuk shopping selalu adalah nieyl. Sebab ntahlah pada nieyl kalau nak shopping ni dia kena ada mood. Kebiasaanya nieyl akan habiskan duit ke makan. Ha..kalau tengok nieyl selalu share makan sana makan sini tu, ha..time tu la kepuasan berbelanja nieyl hahaha. 

Disebebkan nieyl ni dah lama sangat tak shopping online kan, minggu ni nieyl shopping online macam esok dah tak boleh nak shopping. hahaha.. masanya dia jadi nampak banyak sebab boleh pula dia sampai semuanya serentak. Adoi husband dah jeling maut dah tu hahaha. 

Barang-barang yang nieyl beli ni dari Shopee dan TikTok. Sebab Tiktok ni asyik bagi free shipping je rugi pula rasanya tak beli hahaha..pantang benda FREE kan..

Jom tengok apa yang nieyl shopping tu...

Baju tidur yang sangat selesa, kain dia jenis sejuk kalau orang yang tinggi mungkin labih dia labur bawah lutut, sebab nieyl jenis rendah jadi labur dia tu sampai buku lali. Yang ni nieyl beli dekat TikToK harga dia sehelai RM13.90. Nieyl beli dekat SINI 

Seluar untuk pakai dekat rumah asalnya, jenis tak perlu nak iron. Jenis kain lembut dan sejuk. Yang ini pun nieyl beli dekat TikTok hahaha.. nieyl beli sekali 3 helai sebab harga sehelai RM7.90 sahaja. Dan kalau korang nak beli juga boleh beli SINI

Jus Kunyit nieyl dah sampai yang nieyl bagitahu semalam tu. Alhamdulillah boleh sambung consume. Yang ini kalau ada yang nak beli boleh beli SINI Sebotol RM18.00

Last item yang nieyl beli dari TikTok adalah Lip Treatment. Yang ni viral dekat Mira View Chin. Sebab sekarang ni nieyl tak boleh nak pakai lipstik sebab bibir cepat kering, jadi nieyl tengoklah review dia kata dia boleh repair masalah lip kita dan boleh pink kan lip kita macam pakai lipstik. Sebab itu jugalah nieyl beli tau. So, nieyl dah try pakai dah..memang nampak macam pakai lipstik tapi tak pakai pun dia ikut warna darah kita dan bila kita minum ke makan ke bibir kita still pink..Itu yang kita mahuu kan.. So, yang ini nieyl beli dekat SINI Rm29.00

Ingat tak nieyl pernah cakap yang nieyl sakit tumit awal bulan 7 hari tu?Siapa yang follow blog nieyl hari-hari mesti dia ingat pasal ni. Sakit tumit yang memang sakit sampai nak berjalan pun susah. One day kawan nieyl yang pernah kena sama macam nieyl sampaikan dia kena pergi hospital buat fisio masalah tumit tu. Dia suggest dekat nieyl, kasut yang tapak dia lembut untuk bagi rasa tumit rasa selesa dan nieyl pun beli lah..selama pakai 2 bulan, Alhamdulillah sakit tumit nieyl makin hari makin sembuh dan jalan pun dah tak ada masalah sampaikan nieyl boleh join Fun Run seperti biasa.

So, kasut yang nieyl beli tu tapak dia dah terbelah yela kasut jenis getah macam ni memang tak boleh tahan lama pun tapi disebabkan keselesaan tu walaupun harga dia murah. Nieyl beli lagi untuk kali ke-2 insyaÁllah akan beli dan beli kot sebab memang selesa. Harga sepasang kasut ni adalah RM13.50 dan nieyl beli di Shopee SINI

Barang yang kedua yang nieyl beli dekat Shopee adalah rak kasut. Memang dah lama nieyl nak beli rak kasut untuk letak dekat opis ni sebab biasalah bila bekerja macam-macam kasut ada. hehehe.. Murah je nieyl beli RM9.94 , beli SINI

Last sekali lapik Bathroom anti Slip. Nieyl memang dah lama nak beli lapik ni nak letak dekat tempat bilik air nieyl tu kadang-kadang licin dan satu lagi sebab dia serap air tak adalah basah-basah kaki kita keluarkan. Harga dia RM9.96 beli dekat SINI

Lepas ni kena puasa shopping online dah ni..hehehe..yeke puasa?diri sendiri pun tak yakin masalahnya ni hahahaha...

chicken wrap tortilla

by on October 11, 2024

 

Chicken wrap tortilla | Jumaat dah hari ni,pagi ni nieyl buat wrap lagi cuma kali ini buat style lipat pula, hari tu nieyl buat gulung kan. So, hari ni nieyl guna bahan utama ayam, salad, telur dan tomato . Bahan lain tu Chili Mayo, Sos cili sikit dan Chili flake. 

Semalam nieyl buat ayam grill kan. Untuk hari ni terasa macam nak makan ayam pedas-pedas crispy macam tu. So, nieyl goreng ayam dengan tepung beberapa pcs je buat syarat nak bagi sedap bila makan wrap nanti. 

Untuk wrap tu nieyl masak macam telur dadar tu ( lada sulah sikit, Chili Flakes sikit) . Kemudian nieyl akk potong sikit buat garisan, untuk senang nak lipat nanti.. Dekat side ayam tu nieyl letak Chili Mayo dan dekat salad tu nieyl letak tomato dengan sos cili sikit. Kemudia lipat segi tiga..

Serius..sedap dan kenyang sekarang ni. Mata pun adoi la kuyu pula dia hahaha. So, sesiapa yang tak ada idea nak buat menu breakfast..bolehlah try buat macam nieyl ni, simple je bahan-bahan ni.. Selamat Mencuba..



Salam Jumaat

by on October 11, 2024

Assalamualaikum..
Salam Jumaat...
Syukur kepada Allah swt..
Pagi ni dapat lagi nieyl menaip entry blog ini..
Semoga semua yang baca dan komen entry nieyl..
dipermudahkan semua urusan..
Diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu..
Aminnn


 

10 October, 2024

Sesi Gambar Korporat

by on October 10, 2024

 

Sesi Gambar Korporat | Since jabatan lama nieyl dulu dah dibubarkan, kita bangkit dengan jabatan yang baru daripada warna maroon kita bertukar warna royal blue. Actually masa sesi gambar korporat ni tudung royal blue belum beli lagi, jadi nieyl pakai tudung warna dark blue tapi bukan nieyl je ramai je pakai dark blue masa tu. Bak kata camera man tu as long gambar tak nampak gelap , itu ok la..hehehe..

Tujuan utamanya adalah nak seragamkan direktori dan juga untuk kegunaan jabatan. Yela kadang-kadang nak dapatkan gambar pegawai yang korporat bukan senang. Ini kalau nak buat carta organisasi pun cantik sebab semua pakai tudung seragam biru kan. 

Sekarang ni nampaknya nieyl kena beli tudung royal blue sehelai atau 2 helai la. Sebab biasalah kalau tudung bawal ni kan, kalau dah masuk mesin bukan tahan lama sangat pun kadang-kadang berbulu. Sebab nieyl tak rajin nak asingkan tudung ngan baju hahaha..

Ini gambar sebulan yang lepas, belum start diet lagi..harap-harap lepas diet ni kuranglah sikit besarnya tu hahaha.. lengan dah macam orang pergi Gym dah tu adoi..


Ole- Ole Sarawak

by on October 10, 2024

 

Ole- Ole Sarawak |  Hujung bulan 9 hari tu syida kena outstation dekat Kuching 3 hari. Bos dia siap tanya lagi "kamu pernah pergi kuching?", syida jawab tak pernah..Ok saya hantar awak ke Kuching ya 3 hari.. hahaha.. Kira oklah tu boss pagi peluang tu kan, jadi bekerja sambil jalan-jalan sana. Nieyl pun sarawak belum pernah sampai lagi, Sabah pernah sampai sekali.. Jadi, syida bagi ole-ole keychain dan fridge magnet. Keychain macam biasa nieyl akan gantung dekat dinding dan fridge magnet tu nieyl akan tampal dekat badan CPU ni hehehe..( tengah plan nak cari papap untuk fridge magnet) 

Dah alang-alang ke sarawak tu kan, benda wajib yang kena beli adalah Cake Mita ni. Nieyl kirim dekat Syida 2 kotak je. Nieyl suka cake ni tapi nieyl suka makan masa dia sejuk-sejuk. Nieyl tak suka makan masa dia suhu bilik. Sebab rasa dia lebih sedap kalau makan time sejuk-sejuk tu kalau tak percaya nanti korang try lah. Harga cake ni sekarang RM18.50 naik sikit sebab kos bahan mentah pun dah naik kan tapi ok je..benda sedap berbaloi pun beli sebab bukan selalu dapat nak ke sarawak tu kan hehehe..



Pagi-pagi dah bau ayam grill

by on October 10, 2024

Pagi-pagi dah bau ayam grill | Pagi mak nieyl keluar bilik, amboi sedapnya baru..masak apa tu anak ku..mak nieyl selalu akan cakap macam tu.. hihihi... Pagi ni nieyl buat mix salad, ada telur, ada timun, salad, tomato dan ayam grill sikit.. Untuk Sos tu nieyl macam biasa Thousand Island dan Chili Flakes... 

Mix salad tu untuk breakfast , dan untuk minum pagi dalam pukul10 macam tu nieyl ada bawa snack sikit macam muffin dan cake.. Untuk air pula kan, nieyl memang minum air kosong sahaja, sepanjang hari. 

Korang breakfast apa hari ni?


 

Happy Thursday

by on October 10, 2024

Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Nak tahu tak..minggu ni je kan..
nieyl shopping online banyak..
Adoi..tak tahu lah macam mana nak sorok bila sampai ni..
Esok dah start sampai rumah dah tu..
Nanti dah sampai, nieyl share barang apa yang nieyl beli..

Happy working..

 

09 October, 2024

Lunch Out Paling Express

by on October 09, 2024

Lunch Out Paling Express | Kisahnya semalam kononnya tak nak ke mana-mana lunch hour , lepas tu kak emmy whatsapp ajak lunch dekat luar, lepas tu nieyl cakap ok..Selang 5 minit dia cakap macam tak jadi nak keluarlah dia cakap sebab perut dia macam tak berapa selesa. Nieyl pun ok je no problem pun sebab memang dari awal tak nak ke mana-mana. Lepas 10 minit dia ajak pergi Dpluze naik grab, nieyl pun cakap ok.. Lepas tu nieyl cakap akak orderlah grab sebab nieyl tak ada apps grab ni. Dia reply dia cakap dia pun tak ado hahaha..tergelak-gelak rasa perut ni..

Lepas tu nieyl cakap jomlah pergi naik kereta nieyl hahaha..lagi 10 minit kemudia kitrorang jumpa dekat basement dan pergi Dpluze. Kitaorang memang nak take away je nak makan dekat opis. Kak emmy nak pergi beli 4Finger, kita beli 2 box satu untuk nieyl dan satu untuk kak emmy..seorang 6 ketul hahaha..

Lepas pergi 4finger, kita pergi Coffee Bean pula sebab kak emmy nak beli air double chocolate dia guna card dalam buy 1 free 1 hehehe.. nieyl first time rasa air Double chocolate + coffee + cream yang ni nieyl punya, kak emmy punya dia tak nak cream.. Nak bagitahu double chocolate ni buat rasa kenyang. Lepas dapat air terus kitaorang gerak balik ke opis, nieyl singgah bilik kak emmy untuk makan ayam sambil sembang...Ayam dengan air chocolate ni kak emmy belanja nieyl Alhamdulillah rezeki, semoga kak emmy sentiasa murah rezeki...

Tengah sembang-sembang, kak emmy cakap dia beli 1bitescones, satu untuk dia dan satu untuk nieyl, dia belanja..Ya Allah, tak tahulah nak cakap macam mana ngan kak emmy ni..dia selalu belanja nieyl dan nieyl masih mencari ruang untuk belanja dia semula ni..sebab nieyl tak ada ruang nak buat begituu sebab dia selalu mendahului nieyl. Pagi tadi nieyl pergi ambil 1bitescones ni, belum rasa lagi, nanti nieyl share apo rasa dia sebab first time juga rasa ni...

Untuk pengetahuan korang, selain syida peneman nieyl. Kak emmy juga salah seorang peneman nieyl dan geng coffee hehehe..Selalu kalau nak minum coffee nieyl akan pergi dengan kak emmy, sebab dia pun layan coffee juga. Dan semalam nieyl keluar lunch 20 minit je hehehe...