30 September, 2024

Come Back On Track 2024

by on September 30, 2024

 

Come Back On Track 2024 | Rasa gementar bila nak start balik join Fun Run ni tau. Last nieyl join tahun lepas bulan Disember 2023. Now nieyl start balik bulan September 2024 jarak dia dalam 8 bulan juga ya nieyl tak join. Jadi, semalam nieyl join semua sebagai permulaan yang baru  2024 ni nieyl ambil 5kn hahaha...3km tak ada lah sis jadi 5km kita redah sahaja laa..

Untuk kali ni bertemakan color biru untuk keluarga Malaysia. Bila cakap track di Cyberjaya ni actully nieyl dengan anak buah nieyl tu confident je track yang sama sebab kitaorang pernah sekali ke dua kali ikut track fun run area Cyberjaya ni. Jadi kita pun kejap-kejap lari, kejap-kejap brisk walk hahaha.. Sambil menikmati pemandangan indah pagi di Cyberjaya. 

Sekali tu kena Scam lah kali ini dia tak ikut track yang biasa nieyl lalu, kali ini dia bagi kita 4x mendaki bukit ya sis, memang rasa minta nyawa membawa beban ni hahaha. Kaki ni bila naik bukit rasa macam tak bergerak pun dia punya mendaki tu kan. Sampai minta anak buah nieyl tarik lah hahaha..

Mendaki bukit adalah sangat sengsara bila kita tak cukup stamina tau. Apa-apa pun Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke finish line tepat pada 8.30 pagi. Lebih kurang 1 jam jugalah sebenarnya itu dah lambat, kalau 5km sepatutnya kurang dari 1 jam tapi tak apalah kita santai-santai dulu untuk permulaan ni. 

Tadaa cantik tak medal dia, nieyl suka kalau medal yang ada lebih dari 1 color. Kalau jenis yang 1 color je tu macam biasa je rasanya. hehehe..Ini medal fun run nieyl yang ke 6 ke 7. Tak ingat..

Untuk kali ini special sikit medal kita boleh custom nama pada medal. So, nieyl ambil peluang ni ukur nama nieyl pada belakang medal untuk nampak dia lebih special. Tak semua tempat Fun run disediakan tempat untuk custom nama macam ni, ada sesetengah tempat je akan buka booth untuk custom nama. Harga dia pun pada nieyl ok la 1 nama RM10 kalau nak tambah date kena tambah lagi RM5. 
Nieyl bermula Fun Run ni sebab terpengaruh dengan budak sorang ni la.. Dia lagi hebat dari nieyl medal dia dah banyak. So, sekarang ni dia lah peneman nieyl kalau nak join Fun Run sebab husband nieyl dia tak minat dengan fun run. InsyaÁllah dalam perancangan ada 2 lagi Fun Run yang dalam short list nieyl. Target nieyl tahun ni atleast nak 5 medal. So, kita tengok nanti macam mana..nieyl akan share update hobi fun run nieyl dalam blog okay..

Nieyl ada share video-video Fun Run nieyl dekat TikTok nieyl nanti kalau korang nak tengok boleh Click Here okay..



Surprise Delivery Untuk Syida

by on September 30, 2024

 

Surprise Delivery Untuk Syida | Birthday Syida 17 Sept hari tu, kebetulan 17hb tu nieyl sambung cuti balik dari family day..So, memang dah plan nak buat surprise dekat dia untuk 17hb tu tapi 18hb tu baru sempat nieyl buat. Masa tu nieyl ada je dekat ofis tu, saja whatsapp syida minta tolong dia ambilkan barang dekat lobi nanti orang delivery tu akan call dia minta turun ambil barang..hehehe..

Selang beberapa minit, syida post dalam group whatsapp dia dah terima hadiah dari Afika dengan nieyl. Alhamdulillah..dia cakap dia terkejut dan surprise sangat sebab dia memang ingat dia kena ambilkan barang nieyl. Anything for both of you..Cantik tak nieyl pilih bouquet tu? Syida kata dia suka, dan fresh flower tu dia masukkan dalam pasu dan dia letak atas meja ofis dia. 

"Happy birthday Syida semoga sentiasa dimurahkan rezeki,
diberikan kesihatan yang baik, sentiasa senyum dan semoga diketemukan dengan jodoh yang baik-baik..Aminnnn'" 



Monday Again

by on September 30, 2024

 

Assalamualaikum...
Monday again..
Awatlah cepat sangat kita bertemu ni monday..
tak boleh ke lambat sikit hahaha..

Wake up..Wake up
First thing First..
Kita breakfast dulu ya..
lepas tu baru boleh susun atur perancangan untuk hari ini...

Happy working everyone!

27 September, 2024

Lauk Lunch Yang Mengoda

by on September 27, 2024

Lauk Lunch Yang Mengoda | Bila tinggal berdua dengan husband. Nieyl suka masak menu yang simple tapi boleh buat kita tambah nasi. Lagi-lagi ada tempoyak tu waduhhh..memang kegemaran husband nieyl. Tempoyak ni nieyl beli dekat kakak jiran arwah mak mertua nieyl, dia orang pahang dan dia selalu balik kampung, dia akan bawa stok. First time nieyl beli 1 bekas tu 1kg harga RM28. Nieyl suka beli dekat kakak ni sebabnya dia tak ada campuran. Kalau sekarang ni, kita tengok tempoyak kuning -kuning tu kan semua diaorang campur pisang, nieyl tak suka. Nak yang original 100% durian. 

Semalam tengok stok tempoyak tinggal sikit, nieyl dah order siap-siap kebetulan minggu depan kakak tu nak balik Kampung , bolehlah dia bawa sekali. Ulam tu biasanya nieyl seorang je yang makan sebab tulah kulit nieyl licin, hehehe..tak adalah gurau je.. ulam ni makan bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran juga. 

Dan nieyl suka masak sayur brokoli,buncis, kalau ada mak susah sikit nak masak sayur yang keras-keras macam ni sebab dia suka makan sayur yang masak lembut-lembut. Ha..masa mak tak ada dekat rumah ni lah nieyl boleh masak apa-apa yang nieyl suka hehehe..

Siapa sini suka makan tempoyak?

 

Breakfast Apa Tu?

by on September 27, 2024


Assalamualaikum...
Salam jumaat...
Pagi ni kan nieyl rasa happy je..tak tahu kenapa...
Hari ni nieyl breakfast roti canai 2 keping hahaha..
nieyl bawa kan sekali roti canai untuk Syida..
Kitaorang makan berdua sambil sembang2..
kebetulan hari ni bos nieyl pun tak ada..
Bos syida pun cuti boleh la makan2 sembang kejap..

Lepas tu naik bilik..
Terjumpa Kak Nora..
Dia bagi nieyl rendang dengan pulut kuning...

Cepat Allah gantikan rezeki nieyl..
Alhamdulillah..rezeki pagi jumaat..

Korang dah breakfast?
breakfast apa pagi ni..


 

26 September, 2024

Malam Majlis Penutup

by on September 26, 2024

 


Malam Majlis Penutup | Tepat jam 8.00 malam kita mulakan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada semua ahli keluarga. Sorry tau korang, kualiti gambar malam tak berapa nak terang sebab kitaorang memang tutup lampu untuk pancarkan slaid. Kita berkumpul duduk datu tempat untuk beri sepenuh tumpuan kepada majlis penutup.

Selepas bacaan doa, kita ada persembahan khas dari anak buah nieyl. Dia special dan berani untuk buat persembahan depan orang ramai. Kitaorang bangga dengan dia, walaupun dia special tapi English dia very excellent tau. 
Kemudian, disusuli dengan tayangan montaj special oleh Team Montaj yang super anak-anak buah nieyl ni. Sepanjang montaj ni temubual ayah nieyl yang menceritakan tentang perkenalan bersama-sama isteri , kemudian cerita tentang anak-anak dari no.1 sampailah 14 orang. Disertakan dengan gambar-gambar zaman kiteorang kecil dan sekarang. 
Tamat tayangan montaj, ayah nieyl selaku ketua keluarga berucap sepatah dua dan meninggalkan pesanan-pesanan kepada anak-anak, cucu-cucu dan cicit. 
Paling tak sabar menunggu pengumunan pemenang tempat ke- 6 hingga Johan sepanjang sukaneka indoor dan outdoor. Kali ni nieyl gunakan sistem point jadi setiap kumpulan perlu mengumpul point dalam semua sukaneka sepanjang 2 hari. Johan keseluruhan bagi tahun 2024 ni kumpulan PINK. 

Apa-apa pun ini adat permainan ada kalah dan ada menang tapi biasanya yang kalah tu banyak yang tak puas hati hahahaha...tak apa, akan datang boleh kita perbaiki lagi untuk jadi lebih baik. 

Majlis diteruskan lagi dengan cabutan pertukaran hadiah. Ada 43 hadiah kita buat pertukaran. Jadi, nama yang di cabut tu diaorang akan datang ambil hadiah. Alhamdulillah semua orang happy bawa hadiah balik. 

Kemudia kita sampaikan juga hadiah kepada pemenang karaoke. Ada 3 hadiah karaoke yang team hadiah sediakan. So, akan datang harapnya makin ramai yang join sebab hadiah dia buka biasa-biasa tau hehehe. 

Ada slot tambahan malam tu, dimana abg ipar nieyl dan anak berbesar hati memberikan hadiah kepada semua pasangan suami isteri. Semoga abg ipar nieyl dan kakak sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki Amin...

Yang ini nieyl buat surprise birthday untuk mereka yang lahir pada Bulan September. Dieorang ni semua tak tahu, gigih anak buah nieyl pergi cari kek dekat melaka tu dengan bajet Rm100 dapatlah 2 ketul kek . Seronok nieyl tengok dieorang happy diraikan. Walaupun tak mewah yang penting ingatan tu boleh jadi mahal kan. 
Yang ini nieyl pun tak jangka. Anak buah nieyl yang paling sulung ni dia macam ayah dia suka memberi. Dalam diam dia sedikan hadiah-hadiah untuk mereka yang celebrate birthday bulan September. Semoga dia dan keluarga juga dimurahkan rezeki selalu. 

Acara birthday adalah acara penutup majlis malam tu, semua balik bilik dengan penuh hadiah dekat tangan masing-masing. Alhamdulillah...Tamat sudah cerita family day nieyl untuk tahun 2024. InsyaÁllah perancangan seterusnya adalah pada 2026 dengan pimpinan penyelaras family day yang baru. 

Pada hari esoknya kitaorang buat postmoterm dan kita buat perlantikan penyelaras yang baru bagi family day 2026.  Doakan semoga mak ayah nieyl kekal sihat dan kita boleh bermain-main di family day 2026.













Sesi bergambar Hari Ke-2

by on September 26, 2024

 

Sesi bergambar hari Ke-2 | Seperti yang dijanjikan, hari ni nieyl nak share sesi bergambar nieyl dan family sebagai kenang kenangan. Macam yang dekat atas tu ada 6 kumpulan, itulah dia ahli-ahlinya mengikut cabutan warna bola. Rezeki nieyl dapat sekumpulan dengan husband hahaha..



Masih mencari jodoh


Kemudian, kita bergambar bersama keluarga masing-masing, inilah dia adik beradik nieyl dan keluarga mereka tapi ada seorang adik nieyl tak dapat join. Hopefully next family day dia dapatlah join sama-sama. Tinggal seorang je anak ayah nieyl tak belum bertemu jodoh, yang ni pun semoga jodohnya sampai tak lama lagi..untuk kami tutup buku..hehehe

ini keluarga besar nieyl insyaÁllah tahun depan akan bertambah lagi ahli keluarga baru..
Makin besar keluarga Hj. Parman 


Habis je sesi sukaneka dan bergambar, kita buat aktiviti bebas ada yang nak mandi pool, ada yang nak sambung tidur, ada yang nak prepare untuk acara malam kemuncak pula.

Pukul5 petang je Team BBQ terus beraksi membakar ayam, kambing, sosej dan lain-lain untuk makan malam. Nak membakar ni ambil masa juga, sebab tu nieyl setkan pukul5 dan kalau boleh semasa majlis penutup, semua orang berkumpul dan tak perlu lagi membakar bagai jadi semua orang boleh enjoy. 

Ok next nieyl share majlis penutup dan penyampaian hadiah pula okay...stay tuned!








25 September, 2024

Hari Ke-dua Family Day 2024

by on September 25, 2024

 

Hari Ke-dua Family Day 2024 | Untuk hari kedua dimulakan dengan senaman Aerobik oleh AJK senaman yang telah dilantik. Sesi senaman ini terbahagi kepada 2, satu panas badan dan ke dua hard sikit sampai berpeluh-peluh juga la kitaorang dikerjakan budak 2 orang ni. Tapi yang paling best semuanya sporting termasuk mak ayah nieyl ikut juga bersenam.

Selepas masing-masing dah kepenatan bersenam, kita breakfast dulu sebelum kita teruskan dengan game outdoor untuk dewasa, suami isteri dan kanak-kanak. 
Untuk game dalam kumpulan bagi dewasa kita ada game bola dalam botol dan juga bola dalam jaring. Untuk bola dalam botol tu setiap ahli kumpulan boleh baling sekali sahaja dan 3 kumpulan terbaik kita akan bawa ke final. Untuk game ke-2 ni pula bola dalam jaring dimana setiap ahli kumpulan diberikan chopstick dan kena fikir dan bekerjasama macam mana nak naikan bola keluar dari jaring tersebut tanpa pegang. Nampak simple je kan game ni tapi kalau tak bekerjasama bola tu takkan berjaya di keluarkan dari jaring. 

Orang dewasa berehat sekejap, kita bagi ruang untuk game kanak-kanak pula. Game pertama bawa bola dalam sudu, dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan 3 orang. Dan yang kedua collect gula-gula tengok group mana yang banyak collect gula-gula.

Kemudian kita main slot khas belon kasih sayang nama di beri. Game ni mak ayah nieyl akan jadi ketua kumpulan masing-masing, ada 4 kumpulan. Jadi, belon air akan di baling ke belakang dan orang belakang ke sambut sampai orang yang terakhir. Kelakar betul ada yang sempat sampai hujung dan ada yang tak sempat sambut belon-belon air pecah hahaha..

Game diteruskan walaupun hujan dah turun masa tu, kita cadang untuk stop dulu tapi yang lain kata teruskan sebab dah alang-alang basah. Jadi, kita teruskan dengan acara suami isteri iaitu kepit bola. Kepit bola di perut suami isteri dan juga celak kaki . Yang ini nieyl kalah sebab belon jatuh di tengah-tengah jalan. Memang kelakar betul game ni , kalau tengok video ada juga yang sampai seret, angkat isteri pun ada, yang terjatuh pun adoi lah..

Game yang ini tiada dalam perancangan, yang ni dieorang nak main sendiri tarik tali nak tengok siapa yang lebih kuat. Maybe next time boleh buat permainan tarik tali juga niii..

Last sekali yang lelaki ni terjun kolam ramai-ramai dan main bola air pula. Masa ni nieyl memang dah kepenatan, yang perempuan ada yang berehat dan ada yang prepare untuk makan tengah hari dan ada juga sambung tidur hahaha..sebab hujan tak berhenti masa tu,lepas zohor macam tu baru hujan berhenti..

Next entry nieyl share sesi bergambar pula ya..



Makan Malam Di Dapoq Ijan Terbakaq Ayer Molek Melaka

by on September 25, 2024

 

Makan Malam Di Dapoq Ijan Terbakaq Ayer Molek Melaka | Kalau ikutkan, makan dekat sini bukan dalam perancangan nieyl. Tapi masa nieyl tengah mencari tempat makan untuk nieyl dengan husband berdua, nieyl ternampak post TikTok lalu, nieyl pun saja je la tengok jarak dengan homestay nieyl dalam 12 min je. Sound good lah kan sebab dekat sangat dah ni dengan homestay. 

Cumanya bila tempat-tempat viral ni adalah penuh dan sesak dengan orang. Jadi, nieyl cuba nasib cari no contact kedai tu dan tanya kalau-kalau boleh buat reservation masa tu lagi 2 hari nieyl nak pergi Melaka. Bila dah dapat no kedai tu nieyl cuba tanya dan dia kata boleh tapi kena 25 orang dan ke atas. So, cun dah rasanya sebab keluarga nieyl dalam 53 orang. 

Tapi masa tu, nieyl cuba open dalam group family kalau-kalau ada yang nak makan sama kedai dengan nieyl dan nieyl tolong buat tempahan siap-siap. Tak sangka pula semua nak makan kedai yang sama jadi, nieyl ambil inisiatif untuk uruskan tempahan termasuk dengan order makan siap-siap.  Nasib baiklah kedai ni dia dah siapkan menu set-set yang memudahkan kita untuk order. 

Cuma kes family nieyl ni, masing-masing nak bayar sendiri. Jadi, untuk memudahkan nieyl dan kedai untuk uruskan, nieyl pecahkan meja mengikut bilangan ahli keluarga masing-masing dan order pun ikut meja masing-masing lebih mudah. Dan kedai pun senang nak hantar makan mengikut apa yang diaorang order.

Masa mula-mula sampai, adik beradik nieyl cakap macam pergi kenduri kahwin je sebab manusia memang ramai sangat. Tempatan nieyl dari meja 1-18. Setiap meja dah siap dengan nama adik beradik nieyl jadi bila dieorang sampai tu, dieorang dah tahu nak duduk mana..

Bila nieyl sampai je pekerja baru keluarkan makanan-makanan yang nieyl order tu. Tak sampai 10 min semua makanan dah ready atas meja masing-masing dan dah boleh menjamu selera. Seronok nieyl tengok semua orang makan dan makanan semua habis. 

Ini antara menu yang nieyl order untuk meja nieyl. Sebenarnya ada lagi, kerang rebus 1 pinggan, kerang bakar 1 pinggan, ikan siakap bakar sambal, tomyam . Udang tu 2 set, sotong pun 2 set, telur dadar lepas tu air laici 1 jug dan air teh o ais 1 jug..total makan nieyl untuk 8 orang ni rm250. 

Tapi nieyl memang high recommend kedai ni walaupun ramai orang masakan dia still sedap. So, kalau nak makan sini nieyl suggest korang buat booking dulu baru best makan tak yah nak tunggu lama-lama. Dan satu lagi dia punya sistem teratur, kalau nak order kaunter lain dan mana nak buat pembayaran kaunter lain jadi tak adalah berbaris panjang dan menunggu lama.

Dapoq Ijan Terbakaq
Lot 204-2, Solok Katan Sabtu, 
Kampung Pengkalan Minyak
75150 Melaka
No. hp : 60 17-637 9948













24 September, 2024

Hari Pertama Family Day 2024

by on September 24, 2024

 

Hari Pertama Family Day 2024 | Untuk hari pertama seperti tentatif yang nieyl sediakan tu, selepas masing-masing dah check in bilik, berehat sekejap kemudian nieyl teruskan dengan sesi taklimat dimana semua ahli keluarga perlu berkumpul di ruang tamu yang disediakan. 

Selepas selesai sesi taklimat, kita teruskan dengan pembahagian group untuk sukaneka indoor dan outdoor. Kali ini nieyl menggunakan bola berwarna untuk menentukan group masing-masing. 

Ya Allah..memang riuh rendah jadinya dan masing-masing excited nak menang. Kesemuanya ada 6 group dan setiap group 7 ahli. Nieyl campur kan dari umur 11 tahun dan ke atas. Selepas sesi pembahagian group kita teruskan dengan game indoor pertama dan kedua iaitu game BINGO dan BOLA BERACUN.. Untuk dua game ni tak ada gambar, semua video yang direkodkan. Semua nak main game ni jadi tak ada yang sempat nak snap gambar termasuklah nieyl sebab nieyl sibuk jaga music. 

Kemudian, kita teruskan dengan pertandingan karaoke. Ada yang adik beradik, solo dan juga anak beranak pun ada juga yang join. Karaoke ini kita buat suka-suka sahaja, sambil kita minum petang santau depan kolam tu, kita tengok persembahan mereka. 

Untuk pengetahuan korang, homestay ni ada sediakan bilik karaoke cuma kena bayar lain mengikut jam. Jadi, untuk cut cost kita, kiteorang bawa set karaoke sendiri dari rumah nasib baiklah abg ipar nieyl yang memang suka karaoke tu ada set lengkap, jadi kita bawalah ke Melaka. 
Nieyl bersama anak-anak buah nieyl yang dah besar-besar dan akan menyusul kahwin dah dieorang ni. Makcik dia maintain muda lagi kan hehehehe..
Anak-anak kecil semuanya dah berendam, mandi kolam petang tu. Kolam ni ada dua, satu untuk kanak-kanan dan satu lagi untuk orang dewasa. Memang puaslah budak-budak ni main manda dalam pool tu sampaikan tak nak naik. 

Masuk waktu solat maghrib kita berkumpul lagi diruang tamu untuk sama-sama solat berjemaah . Ini salah satu penambahbaikan yang nieyl buat selepas family day 2019. Alhamdulillah, semua mengikut tentatif yang diberikan. 
Selepas solat berjemaah, kita teruskan dengan bacaan Yassin dan Tahlil ringkas serta kita berselawat Nabi sempena Maulidur Rasul. Alhamdulillah AJK Agama kali ini menjalankan tugas dengan sangat baik memastikan perancangan mengikut jadual. 

Tepat jam 8.30 malam kita selesai Bacaan Yassin dan Tahlil, kita bersiap-siap untuk ke Restoran untuk makan malam pula. Untuk makan malam nieyl sambung next entry okay...


Homestay Family Day Pilihan 2024

by on September 24, 2024

Homestay Family Day Pilihan 2024 | Ok hari ni nieyl dah boleh start share pasal Family Day nieyl yang telah berlangsung pada 14-16 Septermber 2024 yang lepas. Dalam mesyuarat keluarga, kita telah tetapkan bahawa family day akan di adakan setiap 2 tahun sekali cuma 2020-2023 kita tak dapat nak buat sebabkan PKP. Tahun pertama kita buat pada 2019 di Melaka juga cuma homestay yang berlain. 

Untuk family day 2024 ini nieyl sebagai penyelaras bersama seorang kakak nieyl kami memilih homestay ini untuk mencipta memori bersama keluarga tersayang. Actually kan, nieyl booking homestay ni dekat dekat setahun, iaitu tahun 2023 nieyl dah bayar deposit untuk booking. Banyak faktor kenapa nieyl pilih homestay ni. Salah satunya adalah dia Private jauh dari rumah orang.

Private adalah salah satu ciri-ciri penting untuk keluarga besar nieyl ni, sebab kami ramai dan bising. So, bila private ni lebih sesuai dengan kapasiti yang ramai. Selain itu, homestay ni banyak bilik dan sesuai untuk keluarga nieyl yang ramai dah berkeluarga. 

Bergambar kenangan depan homestay masa ni baru je sampai homestay , sementara menunggu kereta-kereta yang lain sampai, kita lepak-lepak dulu bergambar. Dari Dengkil ke Melaka kita bergerak konvoi 8 buah kereta dan dari Melaka 4 buah kereta jadi total 12 buah kereta. 

Masa sampai tu nieyl tak dapat nak snap gambar dalam bilik sebab sibuk menguruskan check in semua.
Untuk rumah bawah ada ruang tamu yang sangat luar. Ada 4 bilik dan 9 katil. Untuk rumah besar ni nieyl tempatkan 7 buah keluarga, kita kongsi bilik. Manakala yang lain-lain nieyl berikan setiap keluarga 1 bilik. 

Ruang tamu ni sangat sesuai dengan keluarga nieyl yang besar. Kita buat aktiviti indoor, solat berjemaah semua dekat ruang tamu ni. 

Ini pun ruang tamu yang kita jadikan tempat orang wanita solat berjamaah dan tempat kita lepak-lepak tengok tv. 


Yang paling disukai oleh anak-anak kecil. Masing-masing tak sabar nak mandi pool bila sampai tu. Tapi tak boleh bagi mandi lagi sebab panas terik, petang-petang sikit baru bagi dieorang mandi. 

Lepas tu dia ada ruang dapur open di luar siap dengan peralatan masak, pinggan, cawan dan lain-lain. Ada juga meja makan yang besar untuk 6 orang duduk, ada juga tempat khas untuk BBQ. Dapur tu memang sangat sesuai untuk keluarga nieyl yang suka makan2 ni. Boleh dikatakan setiap petang dekat sana tu akan ada je minum petang yang sedap-sedap dieorang masak. Soory la gambar dapur tak ada nak tunjuk tapi kalau korang nak tengok review homestay ni dengan lebih jelas, nanti nieyl sharekan link-link dia okay..


Harga untuk keseluruhan homestay ni semalam RM2300. Dia ada juga bilik karaoke tapi kalau nak sewa harga lain. Macam nieyl kita tak ambil bilik karaoke tu sebab kita bawa semuanya sendiri dari rumah. 

So, far kan nieyl suka sangat homestay ni sangat bersih dan luas untuk keluarga yang ramai macam nieyl walaupun limit adalah 30 pax, tapi kalau lebih kita owner masih boleh bertolak ansur dan yang paling penting jaga kebersihan dan harta benda dalam homestay tu sebaik-baiknya sebab Duit Sekuriti kita RM500 tau, bukan sikit..masa check out kena check betul-betul supaya kita dapat balik duit RM500 tu semula. 

RR GUESTHOUSE MELAKA
Lot 2065, Lorong BN16 Km16,
Bukit Nibong, Paya Dalam.
Ayer Molek,75460 Melaka

FB : https://www.facebook.com/RRGuestHouseMelaka/
IG : https://www.instagram.com/rrguesthousemelaka/
TT : https://www.tiktok.com/@rrguesthousemelaka




~next entry♥