27 September, 2024

Lauk Lunch Yang Mengoda

Lauk Lunch Yang Mengoda | Bila tinggal berdua dengan husband. Nieyl suka masak menu yang simple tapi boleh buat kita tambah nasi. Lagi-lagi ada tempoyak tu waduhhh..memang kegemaran husband nieyl. Tempoyak ni nieyl beli dekat kakak jiran arwah mak mertua nieyl, dia orang pahang dan dia selalu balik kampung, dia akan bawa stok. First time nieyl beli 1 bekas tu 1kg harga RM28. Nieyl suka beli dekat kakak ni sebabnya dia tak ada campuran. Kalau sekarang ni, kita tengok tempoyak kuning -kuning tu kan semua diaorang campur pisang, nieyl tak suka. Nak yang original 100% durian. 

Semalam tengok stok tempoyak tinggal sikit, nieyl dah order siap-siap kebetulan minggu depan kakak tu nak balik Kampung , bolehlah dia bawa sekali. Ulam tu biasanya nieyl seorang je yang makan sebab tulah kulit nieyl licin, hehehe..tak adalah gurau je.. ulam ni makan bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran juga. 

Dan nieyl suka masak sayur brokoli,buncis, kalau ada mak susah sikit nak masak sayur yang keras-keras macam ni sebab dia suka makan sayur yang masak lembut-lembut. Ha..masa mak tak ada dekat rumah ni lah nieyl boleh masak apa-apa yang nieyl suka hehehe..

Siapa sini suka makan tempoyak?

 

5 comments:

  1. kak ayu x pandai makan tempoyak..tapi kalau patin tempoyak, dah jadi lauk tu makan jugak la...

    ReplyDelete
  2. Wow..Menarik..Tp sy x mkn sambal tempoyak mentah...Yg masak dgn ikan bilis tu sy mkn =D

    ReplyDelete
  3. PH makan tempoyak tapi husb & anak2 tak makan itu yg jarang ada stok tempoyak di rumah.
    Yup lauk2 simple camni yg buat bertambah nasi tu :)

    ReplyDelete
  4. Bestnya dedua suka tempoyak. Macam akak, akak sorang je makan tempoyak. So nak kena balik kampung jumpa adik-bradik baru makan. Makan sensorang, tak lalu tak lawan

    ReplyDelete
  5. Saya belum pernah coba tempoyak Malaysia. Tp tempoyak Palembang (sumatera selatan) pernah. Sama2 dari durian juga. Tak tahulah apa rasa tempoyaknya beda atau sama.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)