13 November, 2024

Ikan Siakap Masak Berlada

by on November 13, 2024


Ikan Siakap Masak Berlada  | Sekarang ni balik kerja nieyl akan masak untuk dinner mak dan husband. Nieyl dah tak bagi mak masak sangat dah sekarang ni, kalau dia nak masak boleh tapi bila ayah nieyl balik (turn) rumah mak baru mak akan masak untuk ayah dan kiteorang sekali.  So..kali ini nieyl masak ikan siapa berlada bersama terung telunjuk. Mak nieyl kan tukang masak, jadi dia ni susah nak puji masakan anak-anak dia. Tapi..tapi kali ni nieyl masak ikan siakap ni dia kata terpaling sedap hahaha...weh, kembang seluar macam nak pecah weh...hahaha. Nieyl kalau masak berlada cili api ni suka ada rasa manis,pedas, masam sikit, baru padu..

Selain tu, nieyl masak juga sayur park choy tumis je, sebab mak nieyl ni kena makan nasi ada kuah, siakap tadi nieyl masak kan kering sikit kan, so ada kuah sayur ni berselera mak makan ngan husband. Nieyl tak makan pun, nieyl simpan 2 ketul untuk bawa bekal. Tukang masak memang macam tu kot eh, dia masak untuk orang tapi dia kadang-kadang tak makan. Maybe time tu nieyl dah kekenyangan makan dekat opis..hehehe...bila mak tanya, tak makan ke?takkkk diet...yola diet la sangat nieyl oit...




 

Morning..

by on November 13, 2024


Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Dah breakfast ke tu..
nieyl baru breakfast karipap 2 ketul dan kuih bijan kacang merah 1..

Semalam afika minta tlg nieyl tanyakan beberapa soalan berkaitan dengan passport group..
nieyl tanya dekat kawan nieyl, husband dia kerja dekat imigresen..
Rupanya sekarang ni dah tak ada passport group macam dulu...
sekarang ni semua kena guna passport individu...
Baru nieyl tahuuu..hehehe...

Happy working..


 

12 November, 2024

Nasi lemak tanpa sambal

by on November 12, 2024

 

Nasi lemak tanpa sambal | Pagi tadi bangun-bangun terfikir ala nak bawa bekal apa ni, sebabnya petang semalam nieyl tak masak. Sementera mak nieyl tengah goreng bihun tu, nieyl sidai kain dulu. Lepas tu baru masuk dapur, masak untuk bekal. Last-last nieyl beli nasi lemak tanpa sambal dekat kedai abg nieyl tu. Kenapa tanpa sambal?sebab nieyl buat sambal tumis ikan bilis petai hihihi

Gigih tau masak sambal tumis pagi-pagi. Ikan bilis tu masih lagi garing tau, nieyl masak untuk makan nasi lemak dan juga untuk makan tengah hari dengan nasi panas..terlupa goreng telur tadi kalau tak power dah makan tengah hari nieyl. 



Selamat Pagi

by on November 12, 2024


Assalamualaikum...
Selamat pagi..
hari ni sampai opis seperti biasa 7.45 pagi...
waktu balik kang 4.45 petang...
boss nieyl tak ada 2 hari..ada bengkel dekat luar..hihihi..

Malam tadi nieyl sempat pergi melawat cucu baru nieyl..
Dia dah balik rumah dah..
nieyl pergi dengan husband bawa mak dengan kakak..

Ni gambar nieyl dengan cucu nieyl yang ke-4..
time ni sehari usia dia..

Nama di beri Muhammad Al Fateh
Semoga menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat..
Amin..



 

11 November, 2024

Aktiviti Badminton Santai Family

by on November 11, 2024

 

Aktiviti Badminton Santai Family | Ada dalam entry blog yang lepas-lepas, nieyl ada share perancangan nieyl nak buat aktiviti badminton dengan family tu, siapa yang ada baca tu dia mungkin tahu lah. Alhamdulillah segala perancangan yang nieyl puan mendapat sambutan dari sebahagian ahli keluarga. Nieyl suka arrangekan program-program yang boleh mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Badminton ni adalah kali pertama nieyl buat , tak sangka juga lebih 20 orang yang join. Nieyl happy sangat. 

Ini nieyl share dalam ni je, cabaran untuk menyewa court bukanlah sesenang yang disangkakan. First tu nieyl try untuk cari yang berdekatan dengan rumah sebab tak nak jarak terlalu jauh dengan rumah. Malangnya kebanyakkan court full, nieyl terpaksa minta bantuan husband untuk pergi ke Majlis Perbandaran untuk tengok court under majlis , juga tak ada rezeki court tengah renovation. 

Tanya pula area Cyberjaya ni ada tu memang ada tapi mahal sikitlah sebab nieyl nak ambil 2 court terus. Dan last sekali pilihan yang nieyl ada di KSL Sport Puchong. Actually kalau tengok pada maps dari rumah nieyl antara 20-25 minit sahaja. Dan dari segi harga pun yang paling murah dan selesa. 

Jadi, nieyl pilih KSL Sport Puchong booking 2 court badmintan dengan harga RM104 selama 2 jam. Dari pukul9.30 - 11.30 malam. Dan apa yang bestnya KSL Sport ni dia punya court bapak banyak ya..rasanya nieyl dekat 32 court badminton. Selesa untuk bawa family sebab setiap court tu ada kerusi panjang yang disediakan. 

Malam tu nieyl dapat court nombor 7 dan 8. Masa sampai tu ada lebih kurang 5 minit lagi nak tunggu orang yang tengah main dekat court kiteorang tu habis. So, sambil-sambil tu bolehlah borak-borak bergurau senda sesama ahli keluarga. 

Orang lelaki semangat turun ke gelanggang dulu. Satu court untuk dewasa dan satu court untuk perempuan dan kanak-kanak. So, kita main bergilir-gilir. 

Sebab main badminton ni penat hahaha..Bukan penat apa, penat kena kutip bola hahaha. Bab ni lah paling malas sekali hahaha. 

Seronok tengok anak-anak buah boleh bermain dengan pakcik-pakcik dia. Lagipun aktiviti ni boleh keluarkan peluh. Kita main santai-santai je.

Gambar wajib walaupun muka nieyl togel tak ada make up, nampak parut jerawat seketul yang degil betul nak hilang-hilang hihihi..

Yang ni sementara nak tunggu turn main, boleh duduk-duduk dulu dan tidak menggangu tempat orang lain pun.

Bergambar kenangan bersama husband. Sekarang ni masing-masing sama-sama naik..entah bila nak turun entah hehehe. Next aktiviti family nieyl adalah bowling insyaÁllah. Nieyl buat tournament bowling 2024 untuk family. Kalau tak ada apa-apa halangan next month....Doakan nieyl semoga dipermudahkan ya..







Good Morning

by on November 11, 2024

Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Bertemu lagi kita hari isnin...
mcner mood korang pagi ni?

Mood nieyl so far pagi masih ok lagi hahaha...
pepagi dah berpeluh ya..
sampai-sampai office takdan nak duduk..
atas meja dah ada dokumen yang perlu di hantar ke level 6 dan 3..
jadi nieyl settelkan dulu supaya boleh breakfast dengan tenangnya...

tengok jap..stakat jam 8.23 pagi dah 1274 step hahaha..
biasalah kita target 10k setiap hari...
hihihi..nampaknya macam lepas ni banyak duduk je ni hahaha...

Happy working semua..

 

08 November, 2024

Curi-curi

by on November 08, 2024

Curi-curi | Apa ni curi-curi..Tak adalah curi masa maksud nieyl tu. Kononnya nieyl nak ajak syida breakfast sama pagi tadi, so semalam tengah-tengah wasap tiba-tiba syida no respon , nieyl tengok jam dah pukul9.30 malam..Nieyl gelak sorang-sorang, sebabnya 9.30 malam selalunya syida dah ke dunia lain dah..dia dah tidur..so, tak sempatlah nak ajak dia breakfast.

Subuh pagi tadi dia reply wasap nieyl yang malam tadi sembang, terus nieyl cakap dengan dia jom breakfast sama dekat kedai sudin ( bersebelahan office) , tapi kalau boleh pukul7.30 laa.. Sebab kedai tu pukul8 memang ramai orang. So, syida pun kata ok..

So, pagi tadi masing-masing datang awal..dapatlah breakfast sama2 itupun before pukul8.30 kena sampai office sebab syida nak buat slaid untuk meeting pukul10 pagi nanti..Jadi, dapat jumpa kita breakfast sama-sama hari ini..niat di hati nieyl pagi ni nak belanja syida breakfast, lepas makan tu nieyl pergi bayar, adik kedai tu kata akk tu dah bayar dia punya. Melepas nieyl , tak apa..nanti kita kongsi rezeki lagi..InsyaÁllah..



 

Salam Jumaat

by on November 08, 2024

Assalamualaikum..
Salam Jumaat..
suka lahhh tu dah jumaat kan..
mestilah, esok dah weekend..

Semalam nieyl lunch dekat luar..
Bila sampai parking opis..
Mak nieyl call..
Mak  kata..
"hari ini tak payah masak"
"hari ni ada pasar kan, beli yong tau foo dengan roti john je"
Lepas tu nieyl saja je la tanya dengan nada bergurau..
Mak belanja ke?
"kau la belanja mak" sambil gelak...

Hahaha..baik mak..
Anakmu menurut arahan hehehe...
So, semalam petang balik kerja..
nieyl pergilah pasar beli makanan yang mak order tu..
Suka diaa..Alhamdulillah..

Happy working semua...




 

07 November, 2024

Majlis Birthday Mak

by on November 07, 2024

 


Majlis Birthday Mak |  Kalau ikutkan birthday mak nieyl jatuh pada 5 Oktober, Tapi kitaorang tak dapat nak sambut pada 5hb tu. Jadi, nieyl dan adik beradik bincang-bincang kita pilih date 30hb cuti umum Deepavali. Kebetulan semua orang cuti kan, jadi kita celebrate sekali dengan lunch. Actually decoration ni tak ada dalam list nieyl pun sebab nak buat simple je. Pagi tu nieyl pergi beli cake birthday dengan anak buah nieyl yang nabila tu, dia lah nak beli sangat nieyl layankan jela.. Balik-balik dari kedai masing-masing meniup belon sebab majlis start pukul 12 tengah hari. Dah settel tiup, susun lah dekat penjuru rumah nieyl tu..jadilaahh..

Inilah dia cake birthday mak nieyl tahun ni. Dua-dua ni nieyl beli dekat Baked Cottage je. Cheese Cake tu terpaling sedapp..licin dulu...

Yang ni sebahagian gambar di meja dessert . Memang meriah dengan makanan. Selain dessert makan untuk tengah hari (sorry gambar tak snap) Gulai Lemak Nenes Ikan masin, Sambal sotong petai, ayam goreng, sambal goreng, Sup daging, ayam masak kicap dan sambal ikan bilis. Semua makanan kita potluck sama-sama. Alhamdulillah semua memberikan kerjasama yang baikk.

Area depan rumah nieyl ni memang dijadikan tempat untuk kita berkumpul bersama. Apa-apa sahaja majlis kita buat dekat sini ataupun di kedai makan abg nieyl kebetulan 30hb tu dia buka kedai, jadi nieyl buat dekat depan rumah ni je. 

Acara memotong cake..
Gambar kenangan bersama cucu-cucu dan cicit mak kecuali nieyl dekat sini dengan opah.. Yang besar-besar tu semua anak buah nieyl, sekarang ni musim nieyl terima anak buah menantu je ni..hehehe...
Hai..nama saya Rayhana..Saya dah masuk 4 bulan dah ni..Comel tak saya hihihi.. Rayhana ni dia duduk diam je, dia pandang je semua orang. Kalau ada yang bercakap dengan dia, ha..mulalah mulut dia riuh..

Alhamdulillah..tahun ni banyak mak dapat hadiah dari anak, menantu, cucu, cicit.. Semoga Mak sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan terus berbahagia sampai akhir hayat..Aminnn...♥





Nasi Goreng Ikan Bilis Campur Telur

by on November 07, 2024

Nasi Goreng Ikan Bilis Campur Telur | Dah berminggu-minggu nieyl breakfast salad je tiba-tiba pagi ni teringin betul nak makan nasi goreng. Tapi nak masak yang simple-simple je sebab nieyl pagi tak ada masa yang banyak untuk memasak sebab nieyl bangun subuh dan terus masak. Biasanya nieyl akan settelkan masak memasak pagi untuk bekal 6.45 pagi paling lewat. Lepas tu nieyl akan mandi, siap-siap untuk pergi kerja. 

So, pagi tadi nieyl buat nasi goreng ikan bilis campur dengan telur je, lepas tu letaklah sayur sawi yang ada dalam peti tu dan yang paling penting nasi goreng wajib pedas untuk nieyl hehehe..baru nikmat pedas-pedas ni hehehe. 

Korang breakfast apa hari ni?


 

Good Morning

by on November 07, 2024



Assalamualaikum...
Selamat pagi..
Khamis dah eh hari ni...
esok dah jumaat...berjimbara kita hehehe...

Semalam nieyl masuk awal office..
sebab before pukul5 nieyl nak kena sampai rumah..
Sebab nieyl nak bawa mak nieyl ke klinik gigi..
Ada appointment pukul5.30..

Nieyl pergi klinik swasta sebab mak nieyl nak buat gigi palsu baru..
Rezeki mak tahun ni, kakak nieyl yang baru pencen bulan 9 tu..
dia nak sponsor kos gigi palsu baru mak..
Suka makk...raya tahun ni pakai gigi palsu baru...

Cumanya start semalam..
nieyl kena datang bawa mak ke klinik sebanyak 5x..
untuk proses-proses yang dah ditetapkan...
Untuk gigi palsu atas dan bawah mak semalam..
Kos dia RM2200 ..

Memang agak mahal sebab swasta kan..
kenapa tak pergi kerajaan, bukan tak pergi sis..
dah pernah buat dah, tapi tak berapa puas hati sangat dengan hasilnya..
that why , mak nieyl prefer swasta walaupun mahal, dia akan buat sampai kita puas hati..
sebab orang tua ni dia nak yang selesa, yang mudah untuk dia kunyah makanan dengan baik..

ha..itu lah ceritanya...

Happy working semua...

 

06 November, 2024

Top up Biskut Timbang

by on November 06, 2024

 

Top up Biskut Timbang | Dah jadi perkara wajib setiap minggu top up biskut dekat rumah. Tapi masa mula-mula kahwin dulu masa duduk berdua memang angan-angan nak ada satu sudut untuk letak biskut-biskut pelbagai jenis supaya bila ada tetamu datang, senang tak kalut nak sediakan ambil je..hehehe..itu angan-angan 10 thn yang lepas hehehe... 

Minggu lepas nieyl top up 3 jenis biskut yang atas sekali tu chocolate wafer memang laju habis, pagi tadi nieyl tengok dah tinggal bekas je hehehe..

Biskut wajib peanut butter, yang ini nieyl beli banyak sebab tahu mak ngan ayah pun suka makan. Pagi tadi tengok masih ada lagi sebekas. Sebekas lagi dah habis. 

Yang ini pun sedap juga, dia ada perisa chocolate, strawberry dan orange. Yang ni nieyl ambil yang strawberry sebab tahu mak nieyl suka strawberry. 

Untuk minggu ni, tak sure lagi nak top up biskut apa sebab banyak je pilihan dekat kedai tu cuma nak pilih makan tak makan je tu yang payah sikit. Next week nieyl share biskut timbang apa yang nieyl beli lagi okay.





Selamat pagi

by on November 06, 2024


Assalamualaikum...
Selamat pagi..
sejuk pagi ni, pukul6 pagi dah hujan tempat nieyl..
pagi ni pergi kerja pun masih lagi hujan...
hari ni nieyl datang kerja awal sebab nak balik awal hari ni..
pukul5.30 mak nieyl ada appointment dkt klinik gigi..

Happy working..

 

05 November, 2024

Simple Menu Untuk Dinner

by on November 05, 2024

Simple Menu Untuk Dinner | Semalam balik kerja nieyl teringin betul nak makan ayam gepuk. Whatsapp husband dia kata ok , so nieyl sampai je depan rumah takdan nak masuk pick up husband kita terus pergi kedai. Dah sampai kedai, order semua konon nak tahap kepedasan max ha..amekaw makan sampai berair mata hahaha. Balik dari kedai ayam gepuk tu, nieyl terus masuk dapur untuk masak dinner. Mesti korang tanya kenapa tak beli je bawa balik kan?bukan tak nak beli tapi mak nieyl dia tak makan lauk kering-kering macam tu, so nieyl kena masak lauk lain untuk dia. Tapi tak apa la.. Masak yang simple-simple je..

Malam tadi nieyl masak sambal sardin dan juga tumis taugeh. Sardin tu nieyl akan goreng dulu baru masak sambal. Inilah lauk dinner semalam tapi nieyl tak makanlah sebab dah makan ayam gepuk. Husband nieyl dia makan lagi hahaha..biasalah, dia kalau isteri dia masak..dia memang akan makan. hehehe

 

Pertandingan Mewarna

by on November 05, 2024

Pertandingan Mewarna | Masa program Fun Run nieyl tu, ada pertandingan mewarna untuk tadika kemas, raisya ni memang dia sukalah join-join tadika punya aktiviti sebab dia kata jumpa kawan-kawan sekolah. Nieyl lepas settel lari terus balik, raisya dia kena tunggu penyampaian hadiah dan abg dia temankan dia. Balik tu dia bawalah paper bag, dia kata dia memang No.20 lepas tu nieyl kata aik..nombor 1 , nombor 2 dah habis ke dik..dia jawab ala tak apa la janji dapat hadiah hahahaha...yola dik oi...

Lepas tu dia cakap, kawan dia pun menang juga..nieyl tanya yeke..wah..mesti kawan adik tu dapat nombor depan-depan kan.. dia cakap " Aah..no.19 " berdekah kitaorang gelak..adoilahh lawak betul.. Nada cakap tu , macam kawan dia tu dah tinggal jauh dah, rupanya nombor sebelah-sebelah je hahaha.. Tak apa la dik, suka-suka kan..

Dalam paper bag tu dia dapat hadiah 3 barang, pensel, magic pen dan set alat tulis. Budak-budak kan benda ni pun dah buat dieorang gembira. Kalau kita yang dewasa ni, kalau dapat EMAS, lagiii gembira hahahaha..Ok bye!




 

Good Morning

by on November 05, 2024


Assalamualaikum...
Selamat pagi..
hari ini nieyl tema black and white..
kadang2 sampai dah tak tahu nak pakai baju apa setiap hari...
padahal baju melambak tu..hahahaha...
itulah dia perempuan kan..
klu boleh, gomen ni ada baju uniform kan senang hahaha...
takyah fikir nak beli baju setiap bulan hahaha...
yang setiap bulan tu nieyl..hahaha

Happy working..
jangan lupa breakfast okayy...


 

04 November, 2024

Go Green Fun Run 2024

by on November 04, 2024

 

Go Green Fun Run 2024 | Kali ni nieyl join fun run dekat Kampung tempat nieyl tinggal. Ini program yang julung kali diadakan. Jadi, yang join fun run ni pun orang-orang kampung juga dan juga sekitar daerah sepang. Boleh tahan ramai jugalah, so nieyl 7.00 tu dah bergerak dari rumah jalan kaki ke padang. Sampai-sampai je kita join dulu zumba untuk regang-regangkan apa yang patut sebelum kita lari. Lama juga sampai berpeluh juga la buat zumba dia ni, belum lari dah kepenatan hahaha..lemahhhhh...

Kitaorang dilepaskan dalam pukul8.20 pagi, dan bermula larian sebanyak 3km. Walaupun dalam kawasan kampung je, tapi boleh tahan juga penat dia sebab naik turun bukit semua ada. Nieyl macam biasa half berlari, half brisk walk. 

Bila dah nak sampai ke penamat, jurukamera snap gambar masa ni kitaorang bukan terakhir tau..hehehe..walaupun belakang tu macam tak ada orang, kitaorang group yang tengah-tengah sampai dan ada lagi belakang tu yang belum sampai. 
Cantik tak medal dia?warna hijau grey. ini rasanya medal ke dua yang nieyl dapat warna hijau.

Setiap kali selesai larian, nieyl akan ambil gambar dekat tempat start/finish ni. Sebab nieyl nak cakap yang nieyl bangga dengan diri sendiri sebab berjaya habiskan 3km ataupun 5km. Bukan mudah ya nak habiskan bila kita dah start. Rasa macam kaki ni di seret-seret sampai ke garisan penamat tu hahaha. 

Sebelum balik tu, nieyl terjumpa dengnan mak andam nieyl masa kenduri belah husband. Ya Allah asal dia makin kurus, nieyl makan membesar ni hahaha. Mak andam nieyl ni sekarang memang aktif zumba-zumba ni. So, dia join dekat program tu pun sebab group zumba dia jadi coach zumba program tu. 

Apa-apa pun kena semangat untuk SIHAT..


Dugaan Pagi Isnin

by on November 04, 2024



Assalamualaikum...
selamat pagi..
Pagi ni kembali bekerja setelah 4 hari bercuti hehehe..
Sampai-sampai office pagi ni aircond tak ado...
Tahu-tahu jela kalau bangunan tertutup ni kalau aircond tak ada..
memang bahang, haba dia tu..memang boleh berpeluh-peluh..
Masing-masing berkipas pagi ni...

Dugaan...
Hopefully sat lagi adalah aircond..
Kalau seharian tak ada aircond mahu mandi peluh hahaha...

Happy working!