09 October, 2024

Roll Up Wrap Pagi Ni

 

Roll Up Wrap Pagi Ni | Pagi ni awal sikit nieyl siapkan bekal untuk breakfast sebab hari ni simple je menu breakfast nieyl. Nieyl buat Roll Up Wrap yang paling cepat, sedap dan kenyang InsyaÁllah... Sorry la nampak comot sikit sebabnya dia tergemok sikit nak wrap tu dia terbuka pulak hahaha..

Nieyl guna Roll Up Wrap dari Gardenia je ambil yang wholemeal. First nieyl ambil sebiji telur hancurkan macam nak buat telur dadar tu, tuang telur dalam pan macam nak buat telur dadar lepastu letak roti roll up wrap ni atas telur tu, agak-agak dah meletak tu terus angkat. Lepas ti nieyl grill potongan ayam tu sikit. ( guna sos BBQ, blackpepper, sedikit cili flakes). Lepas tu letak salad sikit dan timun. Yang ni ikut lah korang nak letak sayur apa je lagi ya..Nieyl ada salad ngan timun je..last sekali nieyl letak sikit mayo chili Kewpie tu untuk bagi sedap sikit hehehe..Sebenarnya kalau orang yang kuat makan pedas, boleh je letak cili potong sikit dalam tu baru terangkat makan hahaha..

Korang breakfast apa hari ni?



7 comments:

  1. geram taw...selalu telur dadar kita tak melekat ngan roll up dia..stress nak terbalikkan dia... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tips dia lepas linda letak telur tu terus je letak wrap tu..jangan terbalik-balikkan..agak2 dah melekat tu angkat je

      Delete
  2. MA dah beli dah wrap whole meal mcm ni..tapi x buat2 lagi wrap nya.... alahai

    ReplyDelete
  3. Wow sedap ni 😋
    Akk makan sandwich pagi ni...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)