16 July, 2024

Seronok Pergi Pasar Borong

 

Seronok Pergi Pasar Borong | Dulu bila sebut je pasar borong aduhai terasa malasnya nak pergi sebabnya nak mengadap jem seri kembangan tu. Itu masa nieyl rasa kuasa membeli paling murah adalah di Segi fresh dan  juga pasar pagi tempat nieyl tu. Tetapi bila harga barang makanan semakin hari semakin tinggi, nieyl kena fikirkan penjimatan dalam berbelanja walaupun hanya nieyl, husband, mak ayah je duduk di rumah tu. 

Sebelum ni setiap minggu nieyl akan berbelanja rm200 seminggu untuk bahan basah dan sayur-sayuran. Tapi bila nieyl dah jatuh cinta dengan pasar borong ni Alhamdulillah nieyl hanya bawa duit dalam wallet RM100 sahaja. Nieyl boleh dapat sayur-sayur dan bahan basah untuk seminggu. Bestkan dari seminggu RM200 sekarang hanya RM100 je..meloncat kegembiran nieyl dan duit lebih boleh saving dekat mana yang patut. 

Nieyl share sikit barang basah yang nieyl beli weekend hari tu, untuk stok seminggu nieyl. Nieyl sertakan harga sekali, pada nieyl murah dah tu tapi tak tahulah kalau tempat korang lagi murah dari nieyl kan. Oh ya, nieyl pergi pasar borong selangor tau.

Ikan kembung size XL ni paling fav nieyl setiap minggu memang wajib nieyl beli. Harga ikan kembung ni minggu lepas RM12.50 sekilo, nieyl ambil dalam 7 ekor biasanya boleh masak 2x. 

Ikan sardin size besar juga, sekilo RM9.50 dan sama juga nieyl ambil dalam 7 ekor. Ini kalau goreng panas-panas, makan dengan nasi , sambal belacan tambah ulam...yum..yum..bertambah nasi ya kawan-kawan..tak pun buat kuah laksa campur pula dengan ikan kembung..waduh..yang ni nieyl bayar RM8.50..

Ikan bawal hitam besar ni nieyl beli 2 ekor, minta dia buang insang, perut semua dan potong 3..yang ni nieyl lupalah sekilo berapa tapi yang ni nieyl bayar RM18. Yang ni masak kari pun sedap kan...
Last sekali nieyl beli Lala teringin pula nampak hari tu, sekilo dalam RM8.00, yang ni nieyl pilih sendiri, bukan yang dah siap paket tu.Ha..puas hati dapat pilih yang elok-elok..

4 item ni jela barang basah yang nieyl beli untuk seminggu. Kenapa nieyl tak beli udang, ketam sebab dekat rumah nieyl semua orang tak makan. Jadi, memang kitaorang makan daging, ayam, ikan sahaja. Selain dari tu nieyl akan beli sayur-sayur lah memang murah-murah ya, sayur pun nieyl habiskan dalam RM30 lebih kurang cmtu..ada baki tu nieyl akan beli minyak masak dan telur sepapan. Ha..habislah RM100 tuuuuu...

Ha..macam itulah nieyl berbelanja setiap minggu sekarang. Nieyl akan keluar rumah pada 6.30 pagi, sampai pasar borong tu dalam pukul7. Walaupun macam jauh sikit dari rumah tapi seronok dapat jimat dan dapat barang basah yang fresh... Serius tau , memang fresh walaupun ikan kembung tu dah 4 -5 hari dalam fridge, bila masak manis ikan tu masih lagi ada.  Sebab itulah mak ayah kita dulu suka pergi pasar pagi daripada beli dekat kedai acheh ke super market..sangat berbeza rasa dan nilai wang kita tu. Kalau nak berjimat, memang kena susah sikitlah kan. 

Ok itu je cerita tentang pasar borong, apa-apa pun harga barang dekat tempat korang macam mana?sama naik juga ke?

2 comments:

  1. seronoknya dpt beli bahan basah yg fresh2 mcm ni...

    ReplyDelete
  2. Paling suka pergi pasar...semua yg fresh2 memang rambang mata nak beli..kalau boleh nak beli semua

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)