17 July, 2024

Resepi Lala Masak Pedas

Resepi Lala Masak Pedas | Semalam kan nieyl share yang nieyl ada beli lala dekat pasar borong tu kan, so weekend nieyl memang akan masak. Nieyl bagi mak nieyl berehat masak. Dah beli lala tu, balik nieyl terus cuci bersih-bersih dan toskan dulu..Masa ni tak fikir lagi nak masak apa, selalu nieyl masak sos je so kali ni nieyl fikir nak masak ala-ala thai sikit lah..cumanyaa nieyl terlupa beli sos thai, jadinya nieyl masaklah mengikut citarasa tekak nieyl tapi sodap hahaha..puji diri sendiri pulak..

Bahan-bahan

Lala
Bawang Merah
Bawang Putih
Serai
Halia
Cili kisar
Sos cili kimballs
Sos tiram
Garam
Gula
Daun limau purut

Cara memasak
  1. Bawang merah, bawang putih, halia, serai dikisar kasar dan tumis dengan minyak sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar, kacau sehingga pecah minyak dan masukkan sedikit air
  2. Masukkan daun limau purut, garam, gula, sos tiram dan sos cili ,kacau sehingga sebati
  3. Masukkan lala , masak sehingga lala terbuka, kalau dah terbuka tu dah masak dan boleh dihidangkan.

selamat mencuba...

p/s: tapi kalau rumah korang ada sos thai tu, gunalah..tak yah guna sos cili kimballs tu tau...nieyl sebab tak ada pilihan itu je yang ada, kalau letak sos thai tu rasa dia lebih sedapppp...hehehe

 

5 comments:

  1. Nasib baik tengah batuk...kalau x..dah suruh dania pi beli kat pasar besar..haha

    ReplyDelete
  2. wahhhhh feveret ni Nieyl! sedapnyaaa!

    ReplyDelete
  3. Sedapnya...Dah lama x mkn lala sbb susah nk cari yg fresh =D

    ReplyDelete
  4. Sukanya Lala masak pedas ni. Nak buat la. Setiap kali nak buat kena tgk resipi dia. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)