11 July, 2024

Dinner di La Padella Western & Italian Puchong

 

Dinner di La Padella Western &Italian Puchong | Minggu lepas nieyl balik kerja, husband cakap dia teringin nak makan western sebab dia baru baik beberapa hari tu suara dia serak dan hilang. Jadi, nieyl ni pula jenis kalau bab makan, memang onz je hihihi. Tapi bila tanya husband nak makan dekat mana?dia kata alaaa sayang cari la..ha..bab tu sis memang tak suka buat last minit carian , sebab kalau cari last minit ni dia boleh tersalah pilih kedai nanti kecewa. Tapi nieyl dah cakap dah dengan husband kalau tak sedap jangan marah..

Dengan menggunakan kuasa viral TikTok nieyl jumpa satu kedai area Puchong. Kalau dari rumah nieyl tu kalau tak jem dalam 30-35 minit sampai lah. Kira ini kali pertama nieyl pergi kedai ni, nasib baiklah ada maze ni tau, kalau harap bergerak tanpa waze memang sesat barat lah weh..

Jom tengok apa yang nieyl order malam tu. Memang menjadi kebiasaan kalau makan western kena minum ais lemon tea, nieyl jarang order air lain. Husband nieyl order air asam boi rasanya. Lupa nak snap air dia. 

Menu pertama yang sampai adalah Speghetti Beef Bolognese . Sos dia memang sedap macam sos prego yang selalu kita buat sendiri tu, cukup rasa, portion dia banyak boleh makan 2 orang. Beef dia tak kedekut langsung. Nieyl makan sampai speghetti tu habis, tapi beef dia tak habis lagi hahaha.

Yang paling husband tunggu. Set ni nama dia grilled platter. Ada kambing , ayam grill, ikan, sosej, telur dan slide chicken ..So, set ni boleh makan 2 -3 orang sebenarnya. Sebab nieyl dengan husband pun jenuh nak habis kan berdua. Review ikhlas nieyl chicken dan ikan grill dia sedap cuma kambing dia tu mungkin kena masak lembut sikit lagi sebab jenuh nak kunyah lama-lama sebab liat sikit. Sos black pepper tu untuk nieyl kurang la, tapi kalau orang lain punya tekak mungkin ok kot..Lain tekak lain la ragamnya kan...

Dari segi harga, memang berbaloi sebab untuk set Grilled tu hanya rm42 sahaja dan Speghetti beef yang sedap tu harga dia hanya rm12 sahaja. Total nieyl makan malam tu tak sampai rm60 ..Kenyang Alhamdulillah. 

Jadi kalau korang pun nak cuba makan dekat sini bawa anak-anak boleh la, tapi kalau tengok dekat Tiktok tu memang ramai orang cuma masa nieyl pergi kebetulan belum ramai lagi, nieyl sampai order terus ramai orang penuh tempat dia hehehe...Cuma kalau yang tahan dengan kesesakkan jalan dekat Puchong ni je akan sampai kedai ni hehehe...Ok next time nieyl share lagi tempat-tempat yang nieyl makan okay...


La Padella Western & Italian 
Jalan 3, Kampung Pasir Puchong,
47100 Puchong, Selangor


5 comments:

  1. Set platter banyak ya jenuh nak habiskan. Semoga share banyak tempat lain pula ya

    ReplyDelete
  2. adoi Nieyl , grill platter tu mengacam sungguh noh hehe :)

    ReplyDelete
  3. Set tu kalau sis boleh share bertiga. Silap2 tapau lagi sebab meriah.

    ReplyDelete
  4. Nantilah kalo ke Malaysia lagi nak coba eksplor lebih banyak tempat kuliner di sana 😄. Kemarin tuh tak cukup waktu. Krn memang bawa kluarga besar. JD tak bisa cari tempat yg terlalu jauh 😄

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)