31 January, 2024

Berakhir di sini


Berakhir di sini | Entry sebelum ni tentang nieyl sakit tekak kan, nieyl ingat itu yang terakhirlah tapi Allah masih nak uji nieyl lagi. Hari jumaat malam nieyl dah punya tekak tu ok sikit jadi malam tu nieyl keluar dengan Syida dan fika pergi makan.  Afika bawa kerabu meggi nieyl satu, syida satu. So, nieyl tak adalah beli makanan lain sebab memang nak makan kerabu tu je.

Sambil makan, borak-borak tiba-tiba nieyl rasa macam gatal dekat beberapa bahagian badan tapi masa tu tak hirau sangat sebab tengah seronok sembang. Balik rumah bersihkan badan nak tidur, tak boleh nak tidur sebab rasa gatal-gatal termasuk dekat bahagian leher. Masa tu tak panik lagi sebab sebelum ni pernah jadi kalau gatal je nieyl akan makan ubat. So, bila dah makan ubat malam tu nieyl boleh tidur .

Bangun je pagi,tangan, kaki , perut , leher naik bengkak macam kena gigit serangga. Dah lah sabtu tu kenduri anak buah nieyl dekat dewan, nieyl pun pergi klinik jumpa Dr. macam biasalah alergik seafood, Dr. cucuk sekali lepas tu bagi ubat untuk nieyl rest. Jadi, nieyl tak pergi kenduri anak buah nieyl tu sebab keadaan nieyl yang tengah tak berapa ok, kang gatal-gatal dekat tempat kenduri dah bermasalah.

Lepas dah cucuk tu, semua gatal, bengkak hilang bagaikan magic. So, hati pun dah happy lah, tetapi pada belah malam masa tengah menaip, nieyl dah perasan ada timbul 3 kesan bengkak, tapi buat tak tahu jela, makan la ubat seperti biasa dan tidur. Nak dijadikan cerita bangun subuh pada hari ahad tu, satu badan nieyl bengkak merah yang teruk. 
Dia lebih teruk dari hari sebelumnya dan nieyl memang terkejut dan terus pergi refer hospital putrajaya sebab alergik tak boleh buat main-main sebab nieyl takut effect dekat saluran pernafasan nieyl. So, niey terus pergi kecemasan dan dapatkan rawatan . Alhamdulillah Allah permudahkan urusan nieyl pagi tu dan cepat nieyl dapat jumpa Dr. dan sekali lagi kena cucuk adoi la..dan Dr. ada tukar ubat dan Alhamdulillah hari ini nieyl dah pulih sepenuhnya. 

Dengan erti kata lain Dr. pesan jangan cari masalah hahaha.. so, buat masa ini nieyl terpaksa stop makan seafood semula sampailah nieyl buat test alergik nanti untuk tahu apa sebenarnya yang nieyl tak boleh makan. Dan terima kasih semua mendoakan nieyl dari sakit tekak sampai ke alergik.  Garu kepala nieyl dengan masalah kesihatan nieyl sejak-sejak jadi suri rumahtangga ni hehehe...


8 comments:

  1. Allahu..teruk jugak tu sampai 2 kali kena injection yer..apa pun, alhamdulillah dah ok dah ni.. kena la stop makan seafood dulu kan...

    ReplyDelete
  2. Allahhhh teruk betul allergic nya tu Nieyl sampai jd bengkak cam gitu! moga cepat Nieyl recover & dpt tawu mana 1 seafood yg tak boleh makan tu kan hehe aduhai cian Nieyl..

    ReplyDelete
  3. Nasib Baik cepat-cepat jumpa doctor. Alhamdulillah, dah kembali pulih.

    ReplyDelete
  4. seram pulak..yang masa 1st lepas injection tu, allergic ubat pulak ke cmne?

    ReplyDelete
  5. siannye awak, lepas ni kene jaga makan.. bawa sentiasa ubat alergik .. kalau termakan mknn yg gatal boleh terus makan ubat.

    ReplyDelete
  6. alahaiii teruk jugak tu...gws nieyl..mmg klu alergik seafood naik merah cmtu kt bdn tapi nya larat ke nak tahan je nafsu mkn seafood tu huwaaaa

    ReplyDelete
  7. Allahu. Nampak teruk jugak tu. Ya alergik memang tak boleh pandang ringan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)