10 September, 2019

Semua Orang Pandai Berjanji

Semua Orang Pandai Berjanji | Kalau cakap tentang janji, semua orang mampu mengungkap kata janji setiap saat dan setiap masa. tetapi tak semua mampu berpegang pada janji yang diungkapkan itu. betul kan?


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila ia berbicara ia dusta, apabila ia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.” 

Ditambah dalam riwayat Muslim : Walaupun dia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa diri muslim. Huraian Hadith: Sifat munafik ialah salah satu sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhi sifat tersebut. 

Tanda-tanda orang munafik ialah orang yang suka bercakap bohong, memungkiri janji apabila berjanji dan tidak menunaikan amanah. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jadi, selepas ini sebelum mulut ini mengeluarkan kata-kata janji , ambil masa untuk berfikir sama ada kita mampu atau tidak untuk menunaikan janji-janji yang akan kita katakan. Semoga kita semua di jauhi dari tanda-tanda orang munafik..InsyaÁllah...

4 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)