30 August, 2019

29 August, 2019

Tealive Thursday

by on August 29, 2019

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua...
pepagi dah dapat reminder tealive uolls...
yang mana berkesempatan tu..boleh la beli..

28 August, 2019

Dating Dengan Kekasih Halal

by on August 28, 2019
Dating Dengan Kekasih Halal | Assalamualaikum semua.. Dah lama nieyl tak up gambar bersama kekasih halal nieyl ni. Nieyl dengan husband ni lebih suka habiskan masa dirumah berbanding di luar. Tapi kadang-kadang tu keluar juga la untuk cari barang sambil tu boleh la dating berdua bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri. 





Orang kata asam garam berumahtangga tidak selalunya bahagia betul tak?sedikit sebanyak pasti ada, sama juga dengan nieyl. Bukan mudah untuk bertahan selama 7 tahun pada tahun ini pelbagai dugaan demi dugaan yang diri nieyl sendiri kena tempuhi lagi-lagi berperang dengan diri sendiri. Apa-apa pun dugaan , ujian itu besar atau kecil jangan ambil mudah, cepat bertindak menyelesaikannya okay..



Setiap wanita yang bergelar isteri , pastinya kita akan ada satu perasaan atau gerak hati yang betul tentang suami kita terutamanya kalau ada something wrong or something yang lain dalam diri pasangan kita tu, jadi..kalau ada..kita kena check dan siasat.. Kita tak boleh jadi isteri zaman dahulu kala yang hadam semuanya walaupun kita tahu akan kebenaranya. Isteri kena pertahankan hak kita okay.. Jangan disangka tenang tiada buaya ya..hihihii 



Manusia tidak sempurna tapi kita boleh berusaha untuk menjadi yang lebih baik walaupun tidak sempurna kan. Yang penting ikhlas dan belajar itu lebih diberkati InsyaÁllah...korang doakan semoga rumahtangga yang nieyl bina ini akan kekal bahagia hingga ke Jannah. Dan Allah makbulkan impian dan doa nieyl untuk melihat anak-anak hadir dalam kehidupan kami suami isteri ♥




27 August, 2019

Selamat Pagi

by on August 27, 2019

Assalamualaikum semua....
Mulakan pagi ini dengan tidak mempedulikan
apa yang orang kata..Semoga hari ni kita lebih senang dari semalam..


22 August, 2019

Jom ketahui fungsi lain garam dalam hidup seharian kita

by on August 22, 2019
Jom ketahui fungsi lain garam dalam hidup seharian kita | Masalah kesihatan yang sering kali berlaku dan kerap kali berlaku pada kita adalah demam, batuk dan selsema kan. Tapi masih belum ada lagi ubat yang boleh membunuh virus yang menyebabkan penyakit ni betul tak. Biasanya kalau kita pergi ke klinik atau hospital doktor akan beri kita ubat demam, antibiotik dan ubat-ubat lain yang berkait dengan batuk dan selsema. 


Tahu tak korang,garam yang biasa kita buat masak tu boleh digunakan untuk menyembuhkan selsema dengan lebih cepat. Nieyl terbaca jurnal iaitu Nature dimana, seorang pesakit disuruh untuk berkumur air garam yang pekat dan juga menitiskan air garam ke dalam hidung , dan hasilnya sangat memberangsangkan.
  • Demam selsema dapat dikurangkan hingga kepada 2 hari sahaja
  • mengurangkan penggunaan ubat farmasi
  • mengurangkan jangkitan orang terdekat
  • Dapat mengelakkan penyalahgunaan antibiotik
Ini kerana sel tubuh kita akan menggunakan klorida dari garam untuk menghasilkan hypoclorus acid iaitu cecair peluntur yang berfungsi sebagai pemusnah virus. Untuk yang ada masalah selsema tu hanya titiskan air garam di hidung. Air garam berfungsi sebagai agen mencairkan mukus pekat yang menyumbat saluran pernafasan dan membunuh virus.

Jika keadaan masih lagi tidak berubah, korang dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor ya. Amaran keras anak kecik dibawah usia 3 bulan tidak sesuai menggunakan kaedah ini okay...Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua😉

sumber : Nature dan KKM Putrajaya




Hadiah Giveaway Mummy Ayu dah sampai

by on August 22, 2019
Hadiah Giveaway Mummy Ayu | Terkejut bila kakak nieyl whatsapp kata ada barang sampai, terpinga-pinga juga la sebabnya nieyl bulan ni belum sempat shopping online lagi. Bila ambil ,rupa-rupanya hadiah giveaway dari mummy ayu . Alhamdulillah ini hadiah kedua nieyl dapat dari mummy ayu, tak sangka selalu bertuah hehehe..Rezeki..rezeki.. Tq kak ayu, nieyl suka kraftangan akk...nieyl dah ade 3 kraftangan dari akk...



20 August, 2019

Ketuk remote ni baru elok..Geram betul

by on August 20, 2019
Ketuk remote ni baru elok..Geram betul | Kadang-kadang kalau dekat rumah kita kan cepat boring bila tengok sesuatu siaran yang banyak iklan kan, kita mesti akan tukar channel lain, tapi kalau nak tukar tu time tu la remote kita tiba-tiba tak berfungsi, korang pernah tak? Nieyl selalu sangat kena selalunya nieyl akan ketuk remote tu hahaha..lepas tu berfungsi balik ..sabar je la kan..

Pelik kan?kalau ketuk-ketuk pun tak jalan juga tu tandanya bateri dah habis la tu, pergi ganti bateri baru ya.. Menurut Science ABC, terdapat satu lapisan oksida pada terminal bateri yang terdapat dalam remote TV, selepas bateri diletakkan pada satu tempoh masa. Lapisan oksida nipis yang terbentuk pada terminal bateri ini menyebabkan remote TV gagal berfungsi.

Jadinya, kalau ganti bateri pun tak fungsi, moh ler kita baling remote tu ya..hahaha :P 

19 August, 2019

Layan Lion King With Kids

by on August 19, 2019
Layan Lion King With Kids | Selalunya perancangan yang last minit mesti menjadi tau. Kalau plan selalu payah nak jadi. Hari tu last minit adik ipar ajak join layan Lion King bawa Adam, Ellsa ngan Putri . Excited masing-masing bila movie start biasalah budak-budak kalau tengok banyak tanya nya. Jadi korang yang dewasa tu kenalah faham, tak boleh la nak marah-marah ke ya..

Tapi yang bestnya, budak-budak ni excited sekejap ya, sebabnya movie dalam bahasa English kan so, dieorang tak berapa nak faham sangat, jadinya mak-mak ni la yang melayan movie sampai habis. Yang gelak ketawa tengok pun mak-maknya juga termasuk nieyl la..hahaha

Satu pengalaman yang baru untuk nieyl bawa anak-anak kecil pergi tengok wayang, mencabar juga sebenarnya sebab emosi budak-budak kita tak boleh nak ramal. Jadi, tawakal sahaja la dalam panggung tu.

Gambaran bila nieyl anak 3..hihihi..



16 August, 2019

14 August, 2019

Stylish tudung orang tunang

by on August 14, 2019
Stylish tudung orang tunang | Dalam keluarga husband semua adik beradik dia dah kahwin, dah takkan ada kenduri kahwin lagi dah lepas ni InsyaÁllah lah doa yang baik-baik ya. Jadi, keakraban jiran-jiran MIL nieyl ni bukan sahaja takat mak-mak sahaja, malah kami yang anak-anak menantu pun Alhamdulillah rapat seperti keluarga. 


Baru-baru ini anak jiran MIL nak bertunang, jadi adik ipar nieyl ambil bahagian make up dan nieyl ambil bahagian tudung, walaupun tak biasa pakaikan orang tudung tapi try my best lah untuk pakaikan juga. Sebab kalau diri sendiri yang pakai kita tahu dekat mana lebih, dekat mana pendek semua tu kan. 


Nampak kegigihan sampai jarum pun dekat bibir tu..


Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan InsyaÁllah tahun depan akan berlangsung majlis pernikahan dan persandingan. Kami ini adalah penyeri majlis orang, nampak keceriaan di muka masing-masing. 


Sedikit pesanan untuk diri sendiri dan yang lain.Dalam pada kita berkawan jangan sesekali kita ada rasa sikap iri hati ataupun dengki terhadap kawan-kawan kita. Berkawan itu biarlah ikhlas, sebab kalau kita ikhlas InsyaÁllah Allah itu akan jaga persahabatan kita tu hingga ke akhir hayat ♥


05 August, 2019

Tempat Rekreasi Di Ayer 8 Putrajaya

by on August 05, 2019
Tempat Rekreasi Di Ayer 8 Putrajaya | Seronok sesekali dapat spend time dengan ipar duai dan adik ipar ni sambil bawa anak-anak bermain aktiviti outdoor macam ni. Hari-hari cuti ramai parent yang ambil peluang beriadah dekat tempat ni, ada yang berjogging, berbasikal dan duduk bersantai bersama keluarga pun ada sebab tempat ni berdepan dengan tasik putrajaya. 


Sampai-sampai je kiteorang terus pergi tempat train , excited mak-mak yang nak naik train hihihi.. harga train 1 seat RM5 tapi 1 seat tu boleh duduk 2 orang jadi, mak ayah jimat lah kalau ada anak yang ramai tu boleh la duduk 1 seat 2 orang jimat sikit. Sebab banyak lagi duit nak kena keluar lepas naik train tu..hehehe..


Lepas dah puas naik train, anak-anak nak main bubble pula..beli 2 set bubble,supaya tak berebut bila main nanti. Bukan anak-anak je yang main, mak pun seronok nak main juga.. Adam dari tak pandai main bubble tu, lama-lama pandai banyak bubble dia ..


Time ni masing-masing dah masuk dalam train dah, sementara tunggu train nak bergerak tu..kita selfie kenangan dulu..


Nieyl pun terjebak juga main bubble ni seronok bila banyak bubble, teringat dulu masa kecil berejam-jam dalam bilik air main bubble buat dengan sabun guna tangan hahaha.. Kiteorang nak naik basikal tu rasanya kudrat 3 orang ni memang tak lepas, tak ada orang lelaki nanti langsung tak bergerak basikalnya..Next time ya Putri, Ellsa ,Adam.. nanti kita datang lagi...



02 August, 2019

Sakit Mata Boleh Berjangkit Dengan Pandangan?

by on August 02, 2019
Sakit Mata Boleh Berjangkit Dengan Pandangan? | Ayat ini selalu kita dengar kan, jangan pandang mata orang yang tengah sakit mata ataupun kena pakai cermin mata hitam kalau sakit mata nanti berjangkit..Betul tak? Tapi sejauh mana agaknya kebenaran tu ? jom nieyl kongsikan dengan korang, sebab nieyl sendiri pun baru je tahu..


Pernah dengar tak penyakit konjunktivitis? Kalau bahasa mudahnya sakit mata. Biasanya yang sakit mata ini akan mengalami mata merah serta gatal-satal rasa macam nak garu je mata tu kan. Itupun kalau boleh tapi itu benda yang mustahil lah. Ok penyakit sakit mata ini disebabkan oleh keradangan pada selaput yang terletak pada belakang kelopak mata akibat daripada jangkitan bakteria dan virus ataupun cedera akibat dari tumpahan bahan kimia pada mata.

Antara tanda-tanda sakit mata adalah :-
  • Mata pedih 
  • Mata gatal
  • Mata merah
  • Ada cecair kuning 
  • Kelopak mata melekat
Sakit mata boleh berjangkit?

Ya, sakit mata memang boleh berjangkit tetapi melalui sentuhan langsung daripada cairan mata pesakit. Contohnya melalui perkongsian tuala, barang peribadi itu memang boleh berjangkit. Pembentulanya kawan-kawan, kalau sakit mata tidak akan merebak dengan cara memandang mata pesakit. Kuman tidak akan sampai ke mata orang lain hanya dengan tenungan. Faham?

Semoga semuanya faham ya, kalau sakit mata jangan lupa segera berjumpa dengan doktor okay jangan pandai-pnadai nak rawat sendiri pula okay.. 


01 August, 2019

Hael Husaini - Hari Ini [Official Music Video]

by on August 01, 2019


Ditetapkan hari ini kau ku miliki

Digenggam erat tangan jangan kau lepasi
Dan tiba masanya untuk kita
Melangkah bersama-sama

Di hari ini kau ku cintai

Moga kan selamanya abadi sejati
Di hari ini aku lelaki
Di samping wanita yang ku gelar isteri

Ditatap erat wajah jangan kau tangisi

Dan tiba masanya untuk kita
Melangkah bersama-sama

Di hari ini kau ku cintai

Moga kan selamanya abadi sejati
Di hari ini aku lelaki
Di samping wanita yang ku gelar isteri

Hingga ke hari ini selamanya

Biar sampai ke hujung usia

Di hari ini kau ku cintai

Moga kan selamanya abadi sejati
Di hari ini aku lelaki
Di samping wanita yang ku gelar isteri

Janji ku pada mu

Hari ini kau milik ku

Ditetapkan hari ini kau ku miliki

Boba Pearl Homemade

by on August 01, 2019
Boba Pearl Homemade | Bila dapat cuti lama-lama dekat rumah ni, ada sahaja benda yang nak dibuat. Walaupun itu pertama kali nak buat. Selalu sangat tengok instagram, youtube ternampak cara nak buat boba pearl sendiri. Tengok bahan-bahan pun semuanya ada di rumah, tak perlu nak pergi kedai beli. Guna sahaja bahan yang sedia ada di rumah tu.. Jom nieyl share resepi nya.

Bahan-bahanya:
  •  1 cawan tepung ubi 
  •  1/2 cawan air panas (untuk uli doh)
  •  Pewarna hitam (pewarna biru+merah+hijau. Ada dijual pewarna hitam di bakery) 
  • *sukatan agak-agak Secubit garam halus 
  •  4 cawan air 
  •  1 cawan gula perang
*kebetulan dekat rumah nieyl tu tak ada pewarna hitam, jadi guna sahaja pewarna hijau uolls..

Cara-cara buatnya :
  • Tepung ubi dicampur sedikit garam, Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli sampai doh tidak melekat dekat tangan. Masukkan pewarna yang korang suka dan uli lagi.
  • Bentukkan doh bulat-bulat kecil macam pearl. Buat la kecik-kecil baru la comel. Masa bentukkan bulat - bulat tu jangan lupa letakkan dalam pinggann/ mangkuk yang tepung ubi untuk elak doh melekat diantara satu sama lain.
  • Masukkan air , gula perang ke dalam periuk, masak sehingga mendidih dan boleh letak daun pandan juga nak bagi wangi
  • Masukkan doh yang di bulat-bulatkan tadi tu ke dalam air gula yang dimasak tu, gunakan api yang kecil , masak selama 30-45 minit sampai likat air gula tu..
  • Selepas likat, korang kaut pearl tadi, rendam kan dalam air sejuk yang berisi ais dalam 10-20 saat, kemudian tos kan..Ok dah siap!



Ini boba pearl hijau versi nieyl yang dah siap dan boleh dihidangkan bersama apa sahaja air yang korang nak buat. Rasa pearl tu sangat kenyal sama macam pearl dekat tealive atau chattime. Selamat Mencuba semua :)