15 July, 2019

Bawang Putih, Bawang Merah dan Cili Kering SIAP

Bawang Putih, Bawang Merah dan Cili Kering SIAP | Kebiasaanya rutin sebulan 2 kali nieyl akan habiskan masa lebih lama di dapur untuk check barang-barang masak yang dah berkurangan ataupun habis. Yang paling popular dan laku keras dekat dapur tu bawang putih , bawang besar dan cili kisar lah. Sebab 3 barang ini boleh dikatakan hampir hari-hari digunakan untuk memasak. 


Untuk bawang putih biasanya nieyl suka beli yang dah siap kopek tu, senang balik cuci-cuci boleh terus kisar. Kalau tak silap nieyl, sekarang ni satu bungkus tu RM7.00 kalau dekat tempat nieyl. Mungkin tempat lain ada yang lebih murah lagi. Ok untuk bawang putih ni nieyl tak suka terlalu halus, nieyl biasa kisar kasar-kasar sikit. So, masa kisar tu jangan terlebih letak air pula ya..

Manakala untuk bawang merah ni, sebulan nieyl akan beli satu bandle besar bawang ya..jangan tak tahu..Dekat rumah nieyl ni memang kuat pakai bawang merah, sebab bawang merah ni dia manis walaupun time kau nak kupas kulit tu dia punya pedih sampai menangis-nangis dibuatnya. Selalu nieyl akan kisar separuh dan separuh lagi untuk potong-potong bila buat sambal ke.. Ada tips nak share dengan korang ni...
  • Kalau kisar bawang besar untuk kali pertama, biasanya kita akan letak air betul tak?nieyl pun buat macam tu juga tetapi bukan untuk kali kedua dan seterusnya..
  • Selepas kisar yang pertama tu, nieyl akan tapis bawang tu...(ini pun nieyl kisar kasar)
  • Nieyl akan guna air tapisan yang pertama untuk nieyl kisarkan bawang merah seterusnya..begitu la sehingga habis bawang dikisar.
  • Ini tujuan dia, tak nak kasi bawang merah cepat berair dan berbau...

Last sekali cili kering , ha..kebanyakkan kalau kisar masih lagi ada biji-biji cili tu kan?not good okay biji cili tu, nieyl selalu akan gunting cili kering terlebih dahulu sebelum rebus. Untuk keluarkan biji-biji cili tu. kalau rajin, ada orang suka belah cili kering tu ha itupun lebih bagus kalau rajin ya.. Nieyl tak serajin tu la..Lepas dah rebus tu, nieyl akan rendam cili tu dalam air, bila rendam..segala biji cili akan turun kebawah, so nieyl tak akan amek la biji cili tu masa nak kisar, Kalau kisar cili kering biasanya nieyl akan letak minyak sikit dan air..Mak nieyl kata untuk hancurkan biji cili tu..

Cara korang macam mana ?masa nak masak baru kisar atau buat stok sama macam nieyl buat ni?




7 comments:

  1. Akak plak jenis pemalas nak buat macamni..sebab tu bawang akak racik je..cili kering kalau nak hancur lepas rebus dan nak blender akak letak minyak skit...biji dia hancur dan tahan lama

    ReplyDelete
  2. wahh.. bagus ni.. senang nak masak.. dilah x penah buat macam ni.. kalau buat buat just kopek jer kulit tu tp x blender.. sbb biasa tumbuk je..

    ReplyDelete
  3. tak buat pulak macamni sebab takut tak tahan

    ReplyDelete
  4. tak pernah buat macam ni .. biasanya siap terus blend sekali dgn cili kering hii. kalau gini senang jugak, kalau nak guna bawang putih saja ambil bawang putih kisar..

    ReplyDelete
  5. cara ni memang mudah, Bonde pon dah mesin siap-siap senang nak masak bila balik kerja nanti

    ReplyDelete
  6. tulah memang kene buat cmni jugak, tp tulah memang kene ambik mood betul2 hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)