31 July, 2019

Back To Work Today

by on July 31, 2019


Assalamualaikum...
Selamat Pagi..
Alahai..rasa berat je nak pergi kerja hari ini..
Yela..dah cuti panjang 4 hari kan..
kan best kalau dapat cuti free lagi 3 hari hehehe..
Next week kita ada cuti free lagi kan...yeay...

26 July, 2019

Nak beli durian tapi takut kena tipu

by on July 26, 2019
Nak beli durian tapi takut kena tipu | Ya Allah sekarang ni pergi mana-mana tepi jalan banyak gerai-gerai yang jual buah durian. Di kawasan rumah nieyl sepanjang nak menghala ke rumah tu ada lebih kurang 4 gerai tepi jalan yang jual. setiap gerai ni ada jual pelbagai jenis durian. Antara yang nieyl pernah makan durian kahwin, durian kampung, durian kunyit dan lain-lain lagi.


Harga durian sekarang ni pun boleh tahan juga bukanlah kata murah sangat tapi masih ada lagi yang mampu milik la. Dalam pada itu kalau dah mahal, kalau boleh nak lah isi dalam pun cantik la..tapi pernah tak korang beli durian, bawa balik..isi dia tak berapa nak ok? Rasanya kita semua pernah je mengalami situasi macam tu. So, nieyl nak share beberapa tips yang mungkin kita boleh gunakan bersama. 

  • Duri - kata orang dulu-dlu cari duri yang panjang, besar dan tumpul. Sebab isinya mesti masak elok.
  • Bau - kalau durian tu berbau kuat dan manis, isinya berkualiti, berbanding kalau kurang bau,isinya masih muda.
  • Bentuk - Orang kata kalau bentuk bulat, isi dalam tebal, manakala kalau longjong, isinya agak kecil dan rapat
  • Kulit - Pastikan kulit durian tidak buruk ataupun luka, kalau ada berkemungkinan isi dalam dah busuk atau tidak elok.
  • Tangkai Buah - Jika tangkai masih berwarna cerah,maksudnya itu buah yang fresh dan baru.
  • Goncang Buah - ini selalu nampak penjual goncang-goncang buah durian, rupanya kalau ada dengar bunyi tanpa buah tu dah masak.
  • Makan je dekat kedai - hahaha..ini nieyl selalu buat juga sebab jarang nak bawa balik ni, lebih puas makan dekat kedai, kalau buah rosak , penjual akan tukarkan yang baru..yeayyy


Tak sabar nak paw en.husband durian hari gaji nanti, dah terliur nak makan durian lebih-lebih sikit hehehe..

24 July, 2019

Tayar Bocor Masa Pergi Kerja

by on July 24, 2019
Tayar Bocor Masa Pergi Kerja | Siapa follow Fb nieyl tahu la apa yang terjadi pada nieyl semalam. Dapat 2 m/call dari kakak ipar masa tu tengah drive memang tak sempat nak buka handbeg nak ambil handphone. Bila berhenti dekat trafik light tu memang akan ambil handphone dalam handbeg sekali abang nieyl call cakap tayar belakang kereta bocor..OMG! serius la..patutlah rasa berat time drive tu adoi.. 

Dah alang-alang lagi 2km nak sampai sekolah anak buah nieyl tu, nieyl drive slow-slow dan terus masuk parking area sekolah tu..Turun dan check waduh-waduh, bocor nasib baik masih ada angin lagi, kalau tak ada angin mahu koyak tayar nieyl tu kan..


Call husband, tanya nak buat macam mana..biasalah orang perempuan bab-bab kereta ni lemah sikit la..mesti nak call orang minta tolong. Lepas tu husband kata tinggalkan je kereta dekat situ nanti balik kerja baru pergi tukar tayar. Masa tu dalam pukul7.30 pagi, nak call kawan-kawan dieorang semua datang lepas pukul8..nak tak nak, terpaksalah minta tolong boss sebelah bilik nieyl ni. Puan tu selalu dapat sebelum pukul 7.30 pagi.. Nasib baiklah puan tu nak tolong pick up nieyl hehehe..Alhamdulillah selamat sampai pejabat jam 8.10 pagi..


Masa nieyl check dekat mana bocornya tu, rupanya kena paku kayu yang panjang tu..ish-ish..mendajal betul..dah la tayar baru lagi tu..sabar jela..harapnya boleh tampal jela.. Pengajarannya sebelum pergi kerja ataupun nak mulakan perjalanan tu, kena check 4 tayar kereta dahulu, kalau semua ok baru lah kita bergerak tapi tak boleh nak cakap juga kan,kadang-kadang on the wat drive tu pun boleh kena kan..



Sending you a smile

by on July 24, 2019
Assalamualaikum...
Selamat Pagi...
Nieyl skrg ni tgh sibuk sikit dgn kerja..
nanti nieyl curi-curi masa sikit time rehat utk singgah blog korang ya...
Pagi ni terima la kiriman senyuman dari nieyl ♥

23 July, 2019

SITI NORDIANA & KHAI BAHAR - SATUKAN RASA (Official Music Video)

by on July 23, 2019


Lamaku Simpan perasaan ini
Tanpa Terduga rasa cinta hadir
Puas Menafi bisikan d hati
Namun Tak terdaya
Tuk Menghalang rinduu

Aku, Pendam rasa
Dan Menjadi teman
Engkau Ingin ku miliki

Namun Aku tidak mampu
Untuk Memiliki cinta
Yang Semulia sepertimu

Dikaulah Bidadari
Temani Tiap mimpi
Diriku Diselubung rindu

Rasa Penuh prasangka
Dia Penguat jiwa
Kita Benta takdirnya
Pergilah Sepi

Bulan Bisik padanya
Benar Ku cinta dia
Kau Hidupkanlah rasa ini

Dikaulah Bidadari
Temani Tiap mimpi
Sungguhh Aku rindu

Cinta penuh prasangka
Kuatkanlahhh Hatiku
Agar Ikatan ini terjalin

Bulan Bisik padanya
Benar Ku cinta dia
Satukanlah
Satukan Rasa

22 July, 2019

Happy Monday

by on July 22, 2019


Assalamualaikum
Selamat Pagi Uolls..
Permulaan hari pertama bekerja di minggu ke-3..
macam mana pagi isnin korang?


19 July, 2019

Viral : Cha Bang Ang Sedap

by on July 19, 2019
Viral : Cha Bang Ang Sedap | Sekarang ni musim tak menentukan kalau panas, panas terik betul kalau mendung hujan. Nieyl nak share dengan korang ni, kalau musim panas, minuman yang paling sedap yang korang kena cuba adalah Cha Bang Ang ni. Apa benda tu? Cha Bang Ang ni ialah  dessert dari Thailand. Kalau dekat malaysia ada cendol kan, ini lebih kurang macam cendol juga tapi dia menggunakan susu caramel yang sangat sedap.


Setiap set akan diberi sebotol susu caramel 250ml , dua bekas cincau  dan 1 paket biji selasih yang dah rendam


First time nieyl beli sebotol, kongsi ramai-ramai lah sebab tak pernah lagi rasa time tu tapi bila dah rasa tu aduhai...rasa menyesal tak beli 2 atau 3 botol sebab rasa dia sangat fresh dan sedap.. Untuk kali kedua , nieyl beli terus lebih sebab sekarang ni stok cha bang ang dekat agen-agen sangat terhad. Cepat sold out, kira siapa cepat dia dapat lah.


Cara nak bancuh dia mudah je, korang hanya perlukan semangkuk ais kemudian masukkan cincau , biji selasih dan last sekali susu caramel. Ok kenapa perlu letak ais tu, adalah untuk imbangkan rasa manis susu caramel tu. Kalau korang letak ais kurang, dia akan rasa manis la..so, nieyl akan letak ais yang banyak, baru sedap..

Sekarang ni viral juga boleh buat sendiri Cha Bang Ang di rumah, cumanya nieyl nak cakap keaslian Cha Bang Ang tu korang kena cuba dulu..Takkan sama, terutamanya cincau dia.. Ok cincau Cha Bang Ang yang asli ni sangat kenyal, kental dan sedap.. Kalau homemade, korang guna cincau biasa je kan..so, cuba try Cha Bang Ang ni..serius sedap.. Kalau tak sedap, tak mungkin nieyl akan repeat order kan...

Kepada yang nak order , korang boleh pergi ke Instagram Cha Bang Ang Malaysia, nieyl ada link dekat bawah untuk korang, dekat situ korang boleh cari agent-agent negeri korang okay... Macam yang area putrajaya pula nieyl akan link kan Instagram dan No. hp agent sekali.. Selamat Mencuba



Instagram : Cha Bang Ang Malaysia

Untuk Area Putrajaya

Instagram : Cha Bang Ang Putrajaya 
019-9617931


18 July, 2019

Bila Anak Di Serang Sawan Demam

by on July 18, 2019
Bila Anak Di Serang Sawan Demam | Last week anak buah nieyl Raisya kena sawan tarik sebab suhu badan terlampau tinggi. Memang terkejut sebab sehari sebelum kena tu dia tak ada tanda-tanda demam ataupun badan dia pun tak ada rasa panas. Bila buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan suhunya tinggi, terus klinik hantar ke hospital serdang. Menurut doktor di kecemasan, dalam tempoh 24 jam berkemungkinan akan terjadi lagi sawan. Malam tu juga masa dalam wad, sekali lagi raisya kena sawan , terus nurse bawa pergi kecemasan zon merah..Suhu 39 sangat berbahaya.


Doktor ambil darah, untuk pemeriksaan lanjut so far keputusan darah semuanya bagus tak ada masalah. Cuma demam on off on off semalam 3 hari kena warded dan on antibiotik. Masuk hari ke-4 Alhamdulillah, Raisya dah baleh balik rumah..


Balik kerja hari jumaat lepas, nieyl terus ke hospital serdang melawat raisya..Ibu dia kata dari pagi merengek, tak nak minum susu, tak nak makan.. Bila nieyl datang, layan dia, main dengan dia..baru lah dia nak ketawa, gelak² senyum², banyak minum air...kalau tak, langsung tak ceria.


Kalau dalam family, bukan dengan semua orang dia nak..Biasanya selain Ibu ngan ayah dia, abg nieyl no 5 dan isteri dia dan nieyl je yang raisya nak..yang lain, dia tak nak..Sebab tulah selain Adam, putri, Ellsa, Raisya ni lah tempah nieyl curahkan kasih sayang.

Ok, dekat sini nieyl nak share perkara penting yang perlu ibu bapa jika anak di serang sawan demam sebagai pengetahuan.
  • Jangan terlalu panik, buat tindakan pantas
    Sesiapa sahaja jika terjadi, pastinya akan panik tetapi cuba kawal perasaan dan fokuskan pada cara mengelakkan tempoh sawan daripada berlanjuta
  • Alihkan anak ke tempat selamat
    Pastikan tiada objek keras yang boleh menyebabkannya terhantuk atau cedera. Terus menunggu dan jangan tinggalkan anak
  • Posisi mengiring ke kiri
    Letakkan anak dalam posisi mengiring ke sebelah kiri untuk mengelakkan anak dari tersedak atau tercekik air liur, muntah, lendir atau sebarang lendir. Jangan cuba untuk mengawal pergerakkan anak sewakti serangan sawan kerana tindakan ini barangkali akan mencederakan otot atau tulangnya
  • Jangan sesekali masukkan sebarang objek ke dalam mulut
    Perbuatan memasukkan sudu atau objek keras ke dalam mulut tidak sepatutnya dilakukan kerana dikhuatiri menyebabkan objek patah dan sekaligus lebih membahayakan anak. Selain itu jangan paksa anak minum air ataupun sebarang ubat-ubatan .
  • Perhatikan keadaan anak
    Catatkan tempoh dan tanda perlakuan anak ketika diserang sawan. Sebolehnya terus bawa anak ke hospital serta merta
  • Ia boleh berulang
    Risiko untuk berlaku lagi lebih tinggi jika ada sejarah mengalami sawan demam pertama berlaku pada umur kurang daripada 1 tahun. Tambahan, hampir separuh daripada kes sawan demam akan berulang dalam tempoh 6 bulan selepas kes pertama.
  • Peka pada suhu badan anak
    Salah satu usaha untuk mengawal daripada berlaku adalah dengan mengawal suhu badan anak. Semak suhu badan mereka dari semasa ke semasa dan lakukan teknik sponging untuk megelakkan suhu badan menjadi terlalu tinggi.



Allah Lebih Mengetahui

by on July 18, 2019

Assalamualaikum...
Selamat pagi..
Ya Allah sekejap saja masa sekarang ni berlalu kan..
Hari ini dah khamis..
Esok jumaat dah...
Kadang-kadang bila sesuatu ujian tu Allah beri pada kita..
Itulah yg terbaik dan selayak kita untuk melalui ujian tu..
Jangan pernah rasa itu satu beban..anggap ianya sebagai satu rahmat..
Allah beri kita ujian yang berbeza-beza sebab Allah tahu,
kesabaran, kekuatan setiap hambanya untuk melalui ujian tu...♥

17 July, 2019

Attend Wedding Anak Boss Di Nilai 3

by on July 17, 2019
Attend Wedding Anak Boss Di Nilai 3 | Lepas habis bulan Syawal, bermula episode makan lauk kenduri pula. Dah start dah orang buat kenduri kahwin , nieyl sempat pergi wedding anak boss tempat kerja nieyl. Biasalah kalau pergi kenduri jumpa kawan-kawan pejabat makin riuh dibuatnya. Nama je satu pejabat, satu bahagian tapi nak jumpa tu memang susah sebab kalau tak ada urusan memang tak berjumpa.  Bila kenduri-kenduri macam ni lah peluang nak bergambar dan beramah mesra gituu.. nak balik tertangguh-tangguh..hehehe


Ambil peluang bergambar dengan anak kak naz, medina.. Yang lain-lain tu tak pernah pagi jumpa Medina. Tu yang masing-masing excited tu dengan kecomelan dia tu..bam bam dia...


Kenangan bergambar dengan kak faezah, mak kepada farah Af2..dah lama pencen, bila majlis-majlis ni baru dapat jumpa kembali sekian lama..wajib bergambar sebagai kenangan..


Ini kawan-kawan opismate nieyl , kami duduk satu meja dekat dengan meja VIP..hihi..abaikan banyak pinggan di atas meja tu ya...itu baru 2 jam tu.. Meja kitaorang tu tak ada orang yang nak datang duduk sebabnya dekat dengan VIP dan jauh sikit dengan makanan..Jadi, memang kami je duduk situ sampai balik ...hehehe..



Sebelum pulang, ambil gambar kenang- kenangan bersama boss dan juga pengantin. Semoga terus berbahagian hingga ke jannah...InsyaÁllah Amin...


Bersama MC majlis , bidang terjun juga katanya. Apa-apa pun terbaik dan semuanya berjalan dengan lancar dan teratur sepanjang majlis berlanggung. 


Kenangan 4 sekawan sama rendang sama comel..hehehe..semua ni pangkat kakak kepada nieyl, kira nieyl ni adik paling bongsu gituuu...hehehe..jeles tengok kak zura dah makin kurus dah..adoi...kita ni bila nak teruskan diet ni..

Ok jumpa next entry :)


16 July, 2019

Cantiknya katak ni tetapi boeh bawa maut

by on July 16, 2019
Cantiknya katak ni tetapi boeh bawa maut | Nieyl tertarik dengan satu artikel tentang katak cantik ni, serius memang warna warni sangat cantik..Cuba korang tengok sendiri gambar-gambar yang nieyl share dari brilio.net ni..cantik kan?

Katak-katak cantik ni boleh dijumpai di Amerika Selatan dan ia bukan sahaja cantik tetapi sangat berbisa dan boleh membawa maut..Katak cantik ini diberi nama Poison Dart Frog di mana racunnya digunakan pada jarum sumpitan dan anak panah orang asli untuk tujuan memburu.

Katak-katak yang menghuni hutan Amozon adalah cantik dan berwarna warni. Satu perkara yang perlu kita tahu tentang rahsia alam adalah warna terang seperti merah dan jingga serta warna-warna terang yang lain adalah warna amaran ataupun petanda bahawa haiwan itu beracun.










Menariknya tentang katak beracun ini adalah racunnya datang dari sumber makanannya sendiri. Maksudnya tanpa makanan ia tidak boleh menghasilkan racun pada badan dia. Ha...cantikkan corak-corak di badan katak tu tapi jangan tertipu ya kawan-kawan ianya sangat merbahaya..hati-hati!

Value Of Life

by on July 16, 2019

Assalamualaikum...Morning...
tengah buat apa tu?
Kepada yang bekerja tu, happy working...
Gunakan masa yang ada sebaiknya..
jangan stress² tau...

15 July, 2019

Bawang Putih, Bawang Merah dan Cili Kering SIAP

by on July 15, 2019
Bawang Putih, Bawang Merah dan Cili Kering SIAP | Kebiasaanya rutin sebulan 2 kali nieyl akan habiskan masa lebih lama di dapur untuk check barang-barang masak yang dah berkurangan ataupun habis. Yang paling popular dan laku keras dekat dapur tu bawang putih , bawang besar dan cili kisar lah. Sebab 3 barang ini boleh dikatakan hampir hari-hari digunakan untuk memasak. 


Untuk bawang putih biasanya nieyl suka beli yang dah siap kopek tu, senang balik cuci-cuci boleh terus kisar. Kalau tak silap nieyl, sekarang ni satu bungkus tu RM7.00 kalau dekat tempat nieyl. Mungkin tempat lain ada yang lebih murah lagi. Ok untuk bawang putih ni nieyl tak suka terlalu halus, nieyl biasa kisar kasar-kasar sikit. So, masa kisar tu jangan terlebih letak air pula ya..

Manakala untuk bawang merah ni, sebulan nieyl akan beli satu bandle besar bawang ya..jangan tak tahu..Dekat rumah nieyl ni memang kuat pakai bawang merah, sebab bawang merah ni dia manis walaupun time kau nak kupas kulit tu dia punya pedih sampai menangis-nangis dibuatnya. Selalu nieyl akan kisar separuh dan separuh lagi untuk potong-potong bila buat sambal ke.. Ada tips nak share dengan korang ni...
  • Kalau kisar bawang besar untuk kali pertama, biasanya kita akan letak air betul tak?nieyl pun buat macam tu juga tetapi bukan untuk kali kedua dan seterusnya..
  • Selepas kisar yang pertama tu, nieyl akan tapis bawang tu...(ini pun nieyl kisar kasar)
  • Nieyl akan guna air tapisan yang pertama untuk nieyl kisarkan bawang merah seterusnya..begitu la sehingga habis bawang dikisar.
  • Ini tujuan dia, tak nak kasi bawang merah cepat berair dan berbau...

Last sekali cili kering , ha..kebanyakkan kalau kisar masih lagi ada biji-biji cili tu kan?not good okay biji cili tu, nieyl selalu akan gunting cili kering terlebih dahulu sebelum rebus. Untuk keluarkan biji-biji cili tu. kalau rajin, ada orang suka belah cili kering tu ha itupun lebih bagus kalau rajin ya.. Nieyl tak serajin tu la..Lepas dah rebus tu, nieyl akan rendam cili tu dalam air, bila rendam..segala biji cili akan turun kebawah, so nieyl tak akan amek la biji cili tu masa nak kisar, Kalau kisar cili kering biasanya nieyl akan letak minyak sikit dan air..Mak nieyl kata untuk hancurkan biji cili tu..

Cara korang macam mana ?masa nak masak baru kisar atau buat stok sama macam nieyl buat ni?




It's Your Decision

by on July 15, 2019

Assalamualaikum and Good Morning uolls..
Happy atau moody hari-hari kita adalah kita yang mencorak..
Nieyl pagi ni happy sikit sebab pakai baju baru pergi opis...
Dan yang keduanya hari ini nieyl plan nak cuba draf beberapa byk entry..
Sebab terlalu banyak yang nieyl nak share dalam blog tapi tak sempat-sempat...

Korang pula hari ni mcm mana?
mood pagi ni ok ke tak?

11 July, 2019

Perubahan Taman Mini

by on July 11, 2019
Perubahan Taman Mini  | Lama rasanya tak update laman/kebun mini nieyl dengan korang. 2 minggu yang lepas nieyl ada share dah gambar taman mini nieyl yang terbaru dekat IG dan FB. Tapi hari ini nak share dekat blog pula. Kolan yang warna biru tu husband recycle arwah ayah mertua nieyl punya dulu, bawa balik ke rumah nieyl dia nak buat kolam ikan Koi dan air terjun.. Tapi time nieyl snap gambar ni air terjun belum siap lagi. 



Ikan Koi tu kan mahal sikit harga dia kan, jadi kami baru beli 12 ekor anak ikan Koi... InsyaÁllah kalau ada rezeki bulan depan ke kan nak beli yang sederhana punya, kalau tak silap nieyl harga dia seekor rm28, lagi besar lagi mahal. Kalau ikut husband nieyl sekurang-kurangnya nak kena ada 30-40 ekor dalam kolam tu..baru cantik dia kata.. ha..nanti bila dah penuh dengan ikan nanti. Nieyl tunjuk dekat korang yaaa 

09 July, 2019

Photobooth Raya 2019

by on July 09, 2019
Photobooth Raya 2019 | Mesti pernah terjadi pada korang kan, bila kita dah plan lain terjadinya benda lain kan.. Bukan salahkan orang tapi salahkan diri sendiri sebabnya draf nak warna lain bila sampai kedai rambang mata nak tukar warna lain hahahaha.. Itulah yang terjadi time nak buat decoration photobooth raya hari tu. 

Kalau korang nak tahu, asalnya backdrop tu hanya warna hijau turquoise, bila dah sampai kedai kain bertukar warna purple gold pulak..hahaha.. sebab itu la orang perempua ni tak boleh pergi kedai kain. Ini lah jadinya. Tapi bila dah siap, not bad la kan dalam gambar sangat cantik sebab warna dia terserlah. Ramai yang bergambar dekat photobooth idea nieyl ni...Alhamdulillah... Ini untuk photobooth Jamuan Raya bahagian nieyl. 


Ini lah photobooth raya simple yang dapat nieyl fikirkan dalam masa yang singkat ya.. preparation pun memang tersangat singkat. Nasib baik ada yang sudi membantu melancarkan lagi preparation.



Bila tengah sibuk ke sana ke sini buat kerja , time tu la juga gambar ni kena snap..hampeh betul..abaikan muka nieyl tu..aduhai...sabar je la..


Nieyl banyak guna barang-barang deco yang sedia ada hanya pelbagaikan susunan sahaja. Jimat, tak perlu membazir beli-beli baru kan..


********************************************************


Yang ini pun bidang terjun juga, kena deco gerai roti jala  untuk jamuan jabatan. Setiap bahagian wajib ada 1 gerai. First nak cakap deco yang dibuat ni, bukan untuk menang pertandingan tau...ini orang kata asalkan ada je... kalau nak menang gerai tercantik perlukan masa la..ini 4 jam punya idea hahaha...guna apa yang ada je..


Bila kau ada 4 jam nak siapkan deco gerai, memang tak ada masa nak pegang hp ..ini pun kakak opismate yg panggil² snap..Kalau tak, memang tak ada gambar kenangan pun..Ini tahun pertama nieyl terlibat dengan deco jamuan raya jabatan dan bahagian.. Selalunya nieyl lebih tumpukan deco untuk gerai cawangan nieyl...



05 July, 2019

White Oreo & Dark Drizzle Mini Pretzel

by on July 05, 2019
White Oreo & Dark Drizzle Mini Pretzel | Tahun 2019 adalah tahun yang paling sedikit nieyl buat kuih raya tau. Kalau tahun-tahun lepas siap buat extra jual dekat adik beradik lagi. Tahun ni sememangnya mood nak buat biskut raya ke laut betul, tapi kebetulan mak nieyl baru sebulan operation jantung masa tu, dia pun dah cakap tahun ni tak payahlah buat kuih raya sebab mana nak jaga mak, mana nak buat kuih kan.. Baiklah saya yang menurut perintah ibuku..hihihi..

Disamping memang tak buat kuih raya tu, Alhamdulillah rezeki Allah beri.. nieyl dapat biskut raya dari kakak officemate nieyl yang paling nieyl sayang. Kalau tak silap nieyl, every year kakak tu akan beri nieyl biskut raya. So, untuk tahun ni dia kasi nieyl biskut raya moden..

White Oreo & Dark Drizzle Mini Pretzel nama di beri, ha..kalau nak disebutkan tu terbelit lidah ni ha..anyway biskut tersangat la comel korang tahu, adalah besar sikit dari duit 50 sen kita tu, kalau makan tu sekali ngap je dalam mulut hihihi..tapi sedap dia celup ngan white coklat pastu oreo...



Instagram : @atiqahhussain
Whatsapp : 013-6841727

04 July, 2019

Zizan Razak feat. Ismail Izzani - Berserah [Official Lyric Video]

by on July 04, 2019


Intro]
Magic Potion in the compound

[Chorus: Ismail Izzani]
Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah, kepadamu
Jika salah silap, puncanya aku
Berserah, kepadamu
Tapi ni pilihanku

[Verse 1: Zizan Razak]
(ay)
Sesamar malam
Nampak kelibat balik bambu
Terdengar berlagu keliru, pungguk atau hantu
Atau mungkin aku yang masih lagi ragu-ragu
Hingga terbalik baju, masih jumpa jalan buntu
Satu dua kali salah, ada peluang lagi
Tapi jadi tiga kali mana lagi mahu lari
Banyak hati ku sakiti, dan janji yang diubah
Bukan bersama Jebat walau gaya tolak Tuah (ay)
Bukannya tak sedar aku kekhilafan
Kadang ku digugat untuk baiki kesilapan
Jadi alang-alang nekad, ku sorokkan hakikat
Biar aku berserah kalau neraca ku diangkat

[Chorus: Ismail Izzani]
Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah, kepadamu
Jika salah silap, puncanya aku
Berserah, kepadamu
Tapi ni pilihanku

[Verse 2: Zizan Razak & Both]
Tiada benci yang kekal
Tiada kasih yang kekal
Penghujung tak sempurna bila cinta sukar tekal
Dibolak balik pasti
Dimainkan emosi
Diorak arik dalih
Menghalal yang tidak boleh
Makin hari makin aku dapat lihatkan dejavu
Indah yang dirasa berbeza tak macam di lagu
Rawan mencengkam hati, disalah dan dicaci
Aku berdosa lagi demi kau yang kekal suci
Jadi selagi ada nyawa jangan siapa hukum aku
Selagi ada nyawa, taubat itu hak aku

Jangan nak berdiri 'tara aku dan pencipta
Itu saja yang ingin ku pinta

[Chorus: Ismail Izzani]
Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah, kepadamu
Jika salah silap, puncanya aku
Berserah, kepadamu
Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah, kepadamu
Jika salah silap, puncanya aku
Berserah, kepadamu
Tapi ni pilihanku



* hayati setiap lirik dalam lagu ni, lagu ni banyak memberi mesej yang sungguh bermakna dan mendalam untuk siri kita yang bergelar INSAN, HAMBA Allah..

03 July, 2019

Jatuh Cinta Dengan Safi Balqis Whitening Hydration Lotion Gabungan Penyegar Dan Pelembap

by on July 03, 2019
Jatuh Cinta Dengan Safi Balqis Whitening Hydration Lotion Gabungan Penyegar Dan Pelembab | Rasanya korang tahu nieyl salah seorang peminat tegar rangkaian produk safi, so nieyl berpeluang untuk mencuba keberkesanan produk safi balqis yang terbaru iaitu Whitening Hydration Lotion Gabungan Penyegar Dan Pelembab.  Nak tahu apa review jujur nieyl tentang produk safi balqis yang terbaru ni?teruskan membaca sampai habis okay.


Sekarang ini pun nieyl guna Safi Rania 2 in 1 , nieyl memang suka semua benda yang 2 in 1 sebab nieyl ni bukan seorang yang rajin belek-belek muka lama-lama kecuali kalau ada jerawat hahaha.. Lagipun kalau benda yang 2 in 1 ni mudah kita nak bawa 1 je merangkumi 2 benda. Mengurangkan berat beg untuk travel. 

Awal Ramadhan yang lepas, kulit nieyl mengalami kekeringan di bahagian tulang pipi kiri dan kanan. Serius time tu memang panik la sebab memang kalau rasa dengan jari, terasa kasar dan kering. Setiap malam nieyl akan pakai mask nak kasi kulit muka lembab tapi tak berapa nak berjaya sehingglah Safi kirimkan safi balqis whitening Hydration Lotion Gabungan Penyegar Dan Pelembab memang tetap pada masanya. Tanpa tunggu lama lagi, terus nieyl cuba selama seminggu. 

Alhamdulillah masalah kulit kering dibahagian tulang pipi nieyl tu dah hilang dan kini kulit nieyl lebih lembut dan tidak lagi ada masalah kulit kering.. Nieyl amalkan pakai Whitening Hydration Lotion Gabungan Penyegar Dan Pelembab ini selepas cuci muka dan sebelum pakai make up. Jadi, pelembab ni dia boleh mengawal minyak dan muka sentiasa nampak flawless dan glowing. 


Safi Balqis Whitening Hydration Lotion adalah gabungan formulasi penyegar dan pelembap dalam satu botol untuk penjagaan kulit yang memberikan kesan lembapan yang optimum. Selain itu, ia memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan sahaja. Ia juga mengandungi 5 jenis Hyaluronic Acid 
  • Macro Hyaluronic Acid
  • Nano Hylyronic Acid
  • Bio- Hyluronate
  • Oligo-Hyluronic Acid
  • Super Nano Hyluronic Acid
Whitening Hydration Lotion Gabungan Penyegar Dan Pelembap ini sangat mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Ia juga mencerahkan kulit akibat radiasi infrared dengan pelindung. 

Cara menggunakannya mudah sahaja, bersihkan muka dengan pembersih muka, sapukan Whitening Hydration Lotion di seluruh muka dan dap dap kan sehingga meresap. Kemudian boleh relax tengok tv ataupun pakai foundation kalau nak make up. 

So, sekarang ini Safi Balqis Whitening Hydration Lotion sudah menjadi salah satu skin care yang wajib ada dalam senarai rutin harian nieyl. So, kalau korang selalu tanya macam mana nieyl jaga kulit muka tanpa jerawat dan sentiasa bersih.. Salah satunya korang kena pakai satu-satu produk itu secara konsisten baru dapat result yang korang nak. Jangan guna separuh jalan sahaja, lepas tu salahkan produk..itu salah ok.. Selamat Mencuba!

Teega Crispy Brownies by Teega

by on July 03, 2019
Teega Crispy Brownies by Teega | Ya Allah lama sangat menyepi rasanya kan. Banyak halangan dan rintangan sepanjang bulan syawal ni. So, ini pun gigih mencari masa untuk update juga blog kalau tidak nanti, nieyl akan jadi lupa diri dan lupa tanggungjawab yang di amanahkan.. Masih ada lagi beberapa review yang pending ni, sebab musin raya ni memang tak sempat-sempat nak memikir dan menaip entry yang panjang-panjang. 

Ok dah² cukuplah tu kata-kata pembuka ya..hihihi.. Tahun nie macam nieyl bagitahu korang, nieyl tak sempat nak membaking kuih raya seperti tahun-tahun yang lepas, jadi nieyl ada dapat beberapa kuih raya dari insan tersayang. Jadinya, nieyl nak share dekat korang mana lah tahu akan datang korang nak order juga untuk dihadiahkan pada teman-teman.


Selalu kita makan brownies berbentuk kek kan yang ini jenis cookies, serius sangat sedap sebekas tu nieyl makan tak sampai sehari dah habis, siap cari contact pengedar untuk beli lagi..hihihi.. Memang makan cookies brownies ni tak sedar, tahu-tahu je dah habis sebekas. Kepada yang rajin buat brownies tu cukup korang buat cookies pula..


Teega Crispy Brownies ini menggunakan chocolate premium yang rangup diluar cair didalam mulut sangat mengasyikkan.Aroma chocolate yang mengoda buat setiap kunyahan menjadi begitu bermakna ditambah pula dengan crunchy nut ..yumyum...

Facebook : Teega Food
Website : Teega Food
Instagram : Teega HQ