16 May, 2019

Menu Ramadhan

Menu Ramadhan | Assalamualaikum semua...Alhamdulillah, dah masuk 11 Ramadhan kan... Sekejap sahaja . macam mana setakat 11 Ramadhan ni? ada yang dah pergi bazaar ramadhan?atau ada yang masih bertahan tak pergi bazaar ramadhan ni. Nieyl so far, belum lagi berbuka di luar dan belum lagi jejakkan kaki ke bazaar ramadhan.. Kononnya tak nak pergi tahun ini sebab takut tergoda lebih dengan makanan-makanan yang banyak tu..

Niat di hati kan, tahun ni nak share dengan korang setiap hari menu ramadhan nieyl tapi tahun ni tak tercapai lagi niat tu, sebab kekangan masa nieyl yang terlalu sibuk dengan rutin harian nieyl. Nak snap-snap pun kadang-kadang dah makan baru teringat hihihi... Tapi tak apa..masih ada lagi yang sempat nieyl snap kalau teringat untuk memberi idea korang nak masak juadah berbuka nanti..


Ayam masak lemak cili api + ubi kentang


Taugeh hijau goreng udang, sayur ni memang menjadi fav nieyl skrg ni..


Cendawan goreng tepung yumyum...

Menu berbuka ni tahun ni sangat simple kena ada 1 lauk dan 1 sayur. Itu dah memadai dah..Sebab kalau banyak-banyak nanti tak termakan, membazir je..sebab sahur nieyl dengan husband tak makan nasi.Semoga menu nieyl ni boleh la bagi idea dekat korang masak hari ini okay..

5 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)