29 May, 2019

Lontong Dan Kuah Lodeh Mudah dan Cepat

Lontong Dan Kuah Lodeh Mudah dan Cepat | Bila dah hujung-hujung bulan ramadhan ni nak masak menu berlauk sampai kekeringan idea kan. Semalam tekak nieyl memang nak makan lontong dan kuah lodeh tau. Tapi nieyl sebelum ni memang tak pernah masak lagi, even hari raya semua mak nieyl yang masakkan..hihihi... so, sekarang ni mak nieyl dalam tempoh pemulihan, dia tidak dibenarkan masak jadi..nieyl kena lah masak sendiri. 

Ini salah satu menu pagi raya tau, tapi mak nieyl jarang buat sebab dia lebih kepada rendang, ayam masak merah dan sambal jawa. Tahun ni nieyl akan buat lontong kuah lodeh ni sebab dah pandai buat dah hihihi..


Bahan-bahan
  • Kobis
  • Kacang Panjang
  • Karot
  • Tempe
  • Pucuk Kering
  • Suun
  • Santai
  • Bawang merah (dikisar)
  • Udang kering (dikisar)
  • Kunyit
  • Gula dan Garam

Cara-caranya
  1. Masukkan bahan yang di kisar bersama suku air, masak sehingga mendidih
  2. Masukkan air mengikut berapa byk kuah yang korang nak
  3. Masukkan sayur-sayur yang keras dulu, masak sehingga mendidih
  4. kemudiaan masukkan santan, gula, garam dan serbuk perisa kalau nak lebih rasa.
  5. Kalau ada udang segar pun boleh letak juga..lebih manis lebih sedap..

Selamat Mencuba :)


6 comments:

  1. Lontong menu wajib ada pagi raya tp akak x suka..so jarang la buat lontong di pagi raya..kat kg yes..diorang suka..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya..hidangan pilihan Syawal untuk juadah keluarga dan tetamu yang sudi datang bertandang.

    ReplyDelete
  3. Saya baru ni teringin nak makan, cuba cari kat pasar ramadan, tapi tak jumpa yang betul menarik perhatian.

    Tapi alhamdulillah, isteri saya masakkan ... sedapppp .. hehe. Pastu kami ambik keputusan nak hidangkan menu ni masa raya.

    ReplyDelete
  4. Menu wajib masa raya rumah mak saudara Sha.. Tapi lepas dia meninggal memang tak merasa dah.. Nak kenalah masak sendiri..

    ReplyDelete
  5. thn ni lom melodeh lagi, nieyl.
    sebab beraya rumah mak aida. takde menu lodeh.
    akan melodeh bila kat rumah mak mertua. org johor kan.
    in shaa Allah raya haji nanti la kot melodeh di rumah mak mertua.
    dgn ayam masak merah, kuah kacang, ketupat mini,.... wow!!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)