17 May, 2019

Cara Simpan Bunga Kantan Wajib Tahu

Cara Simpan Bunga Kantan Wajib Tahu | Kalau pergi kebun ayah nieyl dekat cyberjaya tu memang ada pokok bunga kantan ni, kalau pergi memang kena ambil la kalau tak sayang .. Masalahnya bila dah bawa balik ke rumah, tak tahu cara nak simpan supaya bunga kantan tu tahan lama. Selalu kalau letak dalam peti sejuk tu, nanti dia akan jadi kering betul tak..lagi lah sayang bila nak guna. Kita bukan buat asam pedas hari-hari kan. 

Tadi nieyl ada terbaca cara nak simpan bunga kantan dengan lebih lama. Ilmu baru dapat ni nak share ngan korang yang baca blog nieyl ni..so, sama-sama kita kongsi ilmu dapur ya..


  1. Leraikan kelopak bunga kantan dengan tangan, sebolehnya jangan pakai pisau ya.kita tak nak dia akan jadi kehitaman nanti. Kita nak dia kekal cantik je..
  2. Masukkan kelopak tu kedalam bekas yang bertutup
  3. Dan simpankan dalam peti beku, jangan isi air..biarkan kering-kering camtu...
Nanti cuba korang try, nieyl nak try juga nanti..harapnya petua ini menjadilah..Sebab bunga kantan ni kadang-kadang bila musim dia tak ada, memang payah nak jumpa kan..selamat mencuba

14 comments:

  1. Oooo macam tu eh..akak suka bunga kantan ni..selain masuk dalam asam pedas atau laksa..akak hiris halus campur dalam nasi goreng

    ReplyDelete
  2. Terimakasih banyak infonya,.. http://bit.ly/2W3pYI4

    ReplyDelete
  3. oh yer ke? Kak ayu frozenkan je..memang kering la..but boleh je la..janji ada bau2 tu lagi.

    ReplyDelete
  4. Thank you ni for sharing. Selalu simpan je dengan tangkai2. Bila nak guna dah tak elok.

    ReplyDelete
  5. Beli bila perlu aje. Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  6. Jarang simpan bunga kantan.
    Nak pakai baru potong kat belakang rumah

    ReplyDelete
  7. Oooo kesahnya simpan kena leraikan kelopak ek...yang Sis masukkan semua sekuntum dalam ais plastik dan bekukan hahahaha

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas perkongsian. kalau bujang ni jarang la beli bunga kantang ni hehe

    ReplyDelete
  9. Suka makan bunga kantan ni bila masak asam pedas.. Malangnya susah dapat bunga kantan segar.. Biasa beli mesti lebam atau sangat muda.. Apa pun simpan petua Nieyl ni dulu untuk kegunaan akan datang..

    ReplyDelete
  10. Ohh .... macam tu caranya ya. Saya tak tahu pun .. tapi itulah, mungkin sbb tak selalu gunakan bunga kantan ni dalam masakan. Kalau beli pun terus guna ...

    Apapun tq sbb kongsi. Manfaat baik ni untuk orang lain.

    ReplyDelete
  11. Owh.. macam tu.. lepas nie senanglah.. Dah tahu cara nak simpan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)