10 January, 2019

Tarikh Pendaftaran Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019



Assalamualaikum..Dari bulan Disember 2018 ramai yang menanti tarikh sebenar permohonan dan pendaftaran untun Bantuan Sara Hidup. Jadi petang ni nieyl nak share dengan korang okay.

Tempoh Pendaftaran, Permohonan dan Kemaskini 
Bermula 1 Februari 2019 sehingga 15 mac 2019

Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut :

  • Berkahwin (Pemohon dan pasangan adalah warganegara)
  • Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Warga emas sebatang kara
Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut :
  • Berkahwin (pasangan bukan warganegara)
  • Bujang/ibu bapa tunggal tiada tanggungan
  • Bujang yang mempunyai tanggungan
Pembayaran Fasa Pertama BSH 2019
Dibuat mulai 28 Januari 2019 bagi pemohon yang lulus semasa BSH 2018

PENTING!
Kepada pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa Pertama 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan. 

Untuk maklumat lanjut dan sebarang kemaskini boleh kunjungi laman web https://bsh.hasil.gov.my/




4 comments:

  1. perkongsian yang bagus.. Tak lma je lagi untuk tarikh permohonan..

    ReplyDelete
  2. good info sebab kalau tengok dalam FB macam-macam tarikh ada untuk kemaskini mana satu yang betul pun tak tahu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)