30 January, 2019

Hasil Tanaman Pokok Nangka

by on January 30, 2019
Kalau bab tanam menanam pokok-pokok buah ni ayah nieyl memang terer , dulu kawasan rumah nieyl memang banyak pokok-pokok buah. Cuma sekarang dah kurang, ayah banyak tanam dekat kebun . Antara yang selalu membuahkan hasil adalah pokok nangka, boleh dikatakan setiap bulan akan ada saja ayah bawa balik hasil. Buah nangka madu ni selalunya mak akan potong siap-siap bahagikan kepada anak-anak dia. Kecuali nieyl sebab nieyl tak makan nangka sebab angin.


28 January, 2019

Bila Sel-Sel Otak berhubung

by on January 28, 2019
Bila dah lama tak update blog ni nak dapatkan balik mood blogging tu Ya Allah..susahnya..itula bila cuti lama-lama.Solute dekat korang yang sentiasa ada mood update entry setiap hari tau. Petang-petang ni nieyl saja je nak share video adam yang suka main dengan lego ni. Dah macam-macam benda yang adam buat dengan menggunakan lego ni..Antaranya jambatan, pistol dan lain-lain. Leka betul dia kalau dapat main lego. Kata orang kalau budak suka main lego ni dia seorang yang kreatif dan daya imaginasi nya tinggi. Ellsa pun rajin juga main tapi lebih kepada mengacau abg adam hehehe.. Semoga Adam menjadi seorang yang soleh dan berjaya dalam hidup..Insya'Allah..




23 January, 2019

Ukays - I Love You I Miss You [Official Music Video]

by on January 23, 2019

Kali pertamaku bertentang mata
Kali keduaku memendam rasa kepadanya
Kali ketigaku rindu padanya
Kali keempat aku jatuh cinta
                         
Siang dan malam ku terbayang-bayang
Hati tak tenang asyik memikirkan kau seorang
Mandi tak basah tidurku tak lena
Kerna kau saja gadis yang ku puja
                          
Oh baby oh sayang oh kasih
Sungguh aku cinta kamu
Oh kasih oh baby oh sayang
Sungguh aku sayang kamu
                          
Oh baby oh sayang oh kasih
Cintaku hanya untukmu
Ku akan menjaga mu sehingga akhir hayatku
Oh kasihku
                          
I love you aku sayang kamu
I miss you aku rindu kamu
I hate you jangan benci aku
Cinta kasihmu hanya untukmu
                          
I love you aku sayang kamu
I miss you aku rindu kamu
I hate you jangan tinggal daku
Sampai mati ku setia padamu

22 January, 2019

18 January, 2019

16 January, 2019

Majlis Birthday Ayah Yang Ke -70

by on January 16, 2019
Majlis untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran ayah nieyl telah diadakan pada 30 Dis yang lepas dengan meriahnya. Alhamdulillah kali ini dapat berkumpul dengan semua ahli keluarga besar nieyl, tak sangka sehari lama bilangan ahli keluarga bertambah dari 9 adik beradik kini ahli bertambah seramai 54 org..Kalau buat family day mesti meriahkan, perancangan ke arah tu memang ada cuma masih lagi dalam perangkaan bajet. Doakan moga dipermudahkan..


Majlis dibuat di kedai makan abg nieyl, sabtu dan ahad kedai memang tutup jadi, urusan majlis semua berlangsung dekat sana,senang sebab peralatan semua dah sedia ada. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh anak buah nieyl bagi memohon keberkatan majlis pagi tu.


Selepas bacaan doa selamat, sesi mendengar ucapan khas dari ayah nieyl dalam 15min. Agak panjang ucapan dia, banyak amanat yang disampaikan untuk anak-anak, menantu, cucu cicit. Yang duduk depan tu abg sulung nieyl, mak nieyl dan mak no.2 nieyl, mak no.3 nieyl tak dapat hadir.



Nampak tak suasana kemeriahan majlis, lepas ucapan perut semua dah lapar kita mula makan. Sambil makan-makan tu boleh sembang-sembang sesama adik beradik , ipar duai..time ni la nak berkongsi macam-macam cerita bersama. 


Kemuncak majlis sesi memotong kek. Sebahagian anak-anak buah nieyl bersama-sama atok dia nyanyi lagu birthday dan potong kek ramai -ramai. 


Cantik tak kek birthday ayah nieyl yang ke-70?Nieyl tempah khas dengan kawan nieyl, deco tu nieyl pilih sebab sangat dekat dengan jiwa ayah nieyl. Dia seorang yang sangat rajin berkebun, menanam dan bertukang. Kira semua tu simbolik dengan ayah nieyl la..


Semua makanan untuk majlis ini semuanya sumbangan setiap adik beradik. Kitaorang buat potluck , di mana setiap 1 rumah kena bawa 1 jenis makanan. Seperti biasa nieyl jadi KETUA yang akan mengerakkan majlis, sebab nieyl adik perempuan paling muda..hehehe...boleh dikatakan semua majlis keluarga la nieyl yang akan jadi leader hahaha..Adik beradik lain dieorang follow je..








Antara menu yang ada pada majlis tu :-
  • Nasi goreng kampung
  • Bihun Goreng
  • Spaghetti olio
  • Mee Kari
  • Ayam masak merah
  • Buah tembikai
  • Sandwich
  • Kuih muih (3 jenis)
  • Nugget
  • Air panas
  • Air sejuk
Banyakkan makanan walaupn seorang bawa 1 jenis.Alhamdulillah, nieyl memang berterima kasih dekat semua kakak-kakak, abang-abang nieyl yang sangat sporting dan sangat memberi kerjasama tanpa banyak songeh. 


Selepas majlis selesai, yang mana anak buah yang perempuan akan uruskan bahagian makanan, kemas apa yang patut, kerusi meja di susun di tempat asal. Mana kala anak-anak buah yang dah meningkat remaja ni di bahagian basuh pinggan mangkuk. Bila buat kerja sama-sama penat tu akan jadi seronok tak adalah penat sorang-sorang kan. 


Oklah itu je nieyl nak share story majlis birthday ayah nieyl yang ke-70.. Alhamdulillah, ayah diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usianya melihat anak,menantu,cucu dan cicit dia membesar. Doakan semoga Ayah nieyl ya..





15 January, 2019

Ayda Jebat - Temberang [Official Music Video]

by on January 15, 2019


Aduh aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Aduh aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh silap besar abang
Aduh aduh kalau kau temberang

Bilang pada ku apa kau mahu
Mahu diriku dekat-dekat tapi engkau malu
Katakan saja ku yang kau punya
Janji bahagia jangan biar tunggu lama-lama

Kerana ku mahu kau selamanya untukku
Katakan engkau mahu

Aduh aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Aduh aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh silap besar abang
Aduh aduh kalau kau temberang

Hadir dirimu dalam hidupku
Biar selalu malam-malam ku mimpi kan kamu

Kerana ku mahu kau selamanya untukku
Katakan engkau mahu

Aduh aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Aduh aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh silap besar abang
Aduh aduh kalau kau temberang

Aku tahu kau suka
Kerana aku juga sama
Jangan kau temberang

Aduh aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Aku tahu kau suka
Kerana aku juga sama
Jangan kau temberang

Aku tahu kau suka
Kerana aku juga sama
Jangan kau temberang

Jangan kau temberang
Jangan kau temberang

14 January, 2019

Multitasking

by on January 14, 2019

Assalamualaikum...
Syukur Alhamdulillah..kita bertemu lagi hari ini..
Kalau cakap pasal multitasking ni dah sinonim dengan kaum hawa betul tak?
Lagi-lagi yang dah bergelar isteri dan ibu..

Hari ini bos nieyl minta tlg sent dia dekat JPM..
Ada perhimpunan pagi ni ngan PM..
Situ parking payah sikit..
Balik pejabat, buat kerja PA semula..



11 January, 2019

Semuanya Tepat dan Berkat

by on January 11, 2019

Assalamualaikum
Salam Jumaat semua...
Sentiasa sabar,bersyukur dengan apa sahaja Allah beri..
Mungkin apa yang kita nak..
Allah belum beri lagi..
Sebab Allah lebih tahu bila waktu yang tepat untuk diberi..

10 January, 2019

Good Morning

by on January 10, 2019

Assalamualaikum...
Selamat Pagi..
Alhamdulillah..pembukaan tahun baru yang sgt positif..
Pelbagai rezeki Allah berikan pd Nieyl..
Semoga Allah permudahkan segala urusan nieyl sepanjang tahun Amin..

Tarikh Pendaftaran Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019

by on January 10, 2019


Assalamualaikum..Dari bulan Disember 2018 ramai yang menanti tarikh sebenar permohonan dan pendaftaran untun Bantuan Sara Hidup. Jadi petang ni nieyl nak share dengan korang okay.

Tempoh Pendaftaran, Permohonan dan Kemaskini 
Bermula 1 Februari 2019 sehingga 15 mac 2019

Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut :

  • Berkahwin (Pemohon dan pasangan adalah warganegara)
  • Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Warga emas sebatang kara
Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut :
  • Berkahwin (pasangan bukan warganegara)
  • Bujang/ibu bapa tunggal tiada tanggungan
  • Bujang yang mempunyai tanggungan
Pembayaran Fasa Pertama BSH 2019
Dibuat mulai 28 Januari 2019 bagi pemohon yang lulus semasa BSH 2018

PENTING!
Kepada pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa Pertama 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan. 

Untuk maklumat lanjut dan sebarang kemaskini boleh kunjungi laman web https://bsh.hasil.gov.my/




09 January, 2019

Produk Chomel Baby Selamat , Semulajadi dan Berkesan

by on January 09, 2019
Assalamualaikum semua..tengah buat apa tu?hari ni nieyl nak share tentang produk Chomel Baby iaitu Baby Daily Lotion, Baby head To Toe Wash dan Baby Wipes . Nieyl ada seorang anak buah perempuan yang nieyl dah anggap dia macam anak nieyl sendiri. Nieyl sendiri  beri nama dia Nur Raisya Humairah. Sekarang baru masuk 7 bulan, Raisya ni sejak lahir memang ada masalah kulit yang sensitif, beberapa kali masuk hospital sebab ada masalah pada kulit dia. Doktor pesan Raisya tak boleh guna produk baby yang sebarangan.


Tahukah anda?

Kulit bayi adalah lebih nipis, mempunyai sifat keresapan bagaikan span dan lebih cepat hilang kelembapan daripada kulit dewasa. Jadi, kulit bayi terutamanya sangat sensitif ya jadi sebagai ibu bapa korang kena lebih peka terhadap jenis kulit anak-anak.

Gejala -gejala kulit sensitif dan Ekzema
  • Kegatalan
  • Kemerahan
  • kelepuhan
  • kulit kering
  • bengkak
  • kelupan 
  • pendarahan
  • keradangan 
  • kerengsaan


Produk Chome Baby menjadi pilihan nieyl untuk Raisya sebab ianya mampu mengatasi masalah-masalah kulit yang sensetif dengan satu rumusan yang lembut dan sesuai bukan sahaja untuk bayi masalah seisi keluarga. Selain itu ia juga selamat, semula jadi , berkesan dan mesra alam untuk pengguna. Bauannya yang wangi dan tidak melekit membuatkan nieyl rasa jatuh cinta dengan produk Chomel. 


Chomel Baby Daily Lotion 500ml
  • Losyen lembut dan membantu melegakan, melembapkan dan menyokong keseimbangan kelembapan semula jadi kulit.
  • Tiada sintetik, hanya minyak semulajadi Flaxseed, Rosehip, Coconut & Monoi Tiare yang digunakan. Jangan bimbang.
  • Disemai dengan Vitamin C & E untuk membantu menguatkan penghalang kulit menjadikannya sihat dan lembut
  • Mudah meresap dan tidak beracun untuk bayi dan keluarga


Chomel Baby head To Toe Wash 500ml
  • PH seimbang membantu membersihkan tanpa melalui pengeringan.
  • Tiada sintetik, hanya Minyak Flaxseed, Rosehip, Coconut & Monoi Tiare yang digunakan untuk membantu melembapkan
  • Vitamin C & E untuk membantu melegakan dan kulit menjadi lebih sihat dan lembut.

Chomel Baby Wipes 30 Sheets
  • Wipes sangat tebal dan tahan lama.
  • Tiada sintetik, hanya Minyak Flaxseed, Rosehip, Coconut & Monoi Tiare yang digunakan untuk membantu melembapkan kulit.
  • Vitamin C & E untuk membantu melegakan dan kulit menjadi lebih sihat dan lembut.



Website
Chomel 

Facebook
Chomel 


Terima Kasih Ya Allah

by on January 09, 2019

Assalamualaikum...
Syukur Alhamdulillah..
Perancangan Allah itu adalah yang terbaik perancangan..
Rezeki awal tahun baru 2019..
Allah berikan rezeki atas kesabaran nieyl..
Ini salah satu wishlist nieyl selama 10thn ni..
Terima kasih Ya Allah..
Berikan nieyl rezeki kerja dengan benefit yang baru ini..
sangat-sangat bersyukur..


08 January, 2019

Western Food Alamanda

by on January 08, 2019
Bila hujung-hujung bulan 12 ni seronok cuti panjang bersambung-sambung. Nieyl tak lepaskan peluang untuk ambil cuti walaupun tak ada plan nak pergi bercuti. Saja habiskan masa dengan family di rumah. Cuti krismas hari tu nieyl bawa anak-anak buah nieyl pergi Alamanda, diorang nak beli barang-barang sekolah yang mana tak cukup lagi. 

Sebelum pergi cari barang tu , pergi makanan dulu dekat RASA. Dieorang request nak makan pasta dan western. Ada 6 orang yang ikut, semua makan western food. Nasib baik western dekat RASA tu sedap, habis licin dieorang makan. 




Deco dekat Alamanda time krismas tu sangat cantik dengan kotak-kotak hadiah yang di balut dengan warna pink dan gold..Kombinasi warna yang bagus..Harap tahun ni punya deco lebih cantik dari ini. 

Doa Dipermudahkan Urusan

by on January 08, 2019


Assalamualaikum..
Pagi ni nieyl ada sesi perjumpaan dengan Timbalan Pengarah
berkaitan dengan status kerja nieyl..
Korang doakan nieyl moga dipermudahkan ya..
moga ada berita baik untuk nieyl Amin...

07 January, 2019

Souvenir From Thailand

by on January 07, 2019
Assalamualaikum..hujung-hujung tahun lepas biasa ramai yang ambil peluang untuk pergi bercuti ke luar negara kan. Nieyl tak ada plan pun last year nak pergi mana-mana lagipun tahun lepas dan tahun 2019 ini adalah tahun yang memerlukan pengorbanan duit yang banyak untuk beberapa perkara yang lagi penting dari pergi jalan-jalan walaupun hati meronta-ronta nak berjalan. 

Ok tolak tepi cerita nak pergi jalan-jalan tu, walaupun masih tidak berkesempatan nak pergi jalan-jalan setiap pengorbanan tu pastinya ada hikmah kan..last souvenir untuk tahun 2018 yang nieyl dapat hujung tahun lepas dari Krabi, Thailand

Sekarang ini kan viral pasal susu tiub ni, pernahlah rasa nak cuba beli dan rasa tapi asyik tak berkesempatan je nak beli. Rupanya ada orang nak kasi souvenir hihihi..Alhamdulillah ada pelbagai perisa. Itupun nieyl tak buka semua lagi, baru try strawberi punya. Sedappp... Boleh makan dengan biskut, roti , aiskrim dan yang penting sangat mudah di bawa ke mana-mana 😊


Prosperity Burger Is Back

by on January 07, 2019
Sambut New year dengan Prosperity Burger Mcd , antara menu Mcd yang sentiasa di nantikan penggemar Mcd. Last week nieyl sempat pujuk en.husband pergi beli prosperity Burger dekat Mcd Putrajaya. Seperti biasa setiap set Prosperity Burger terdiri daripada Twister Fries, McFizz dan pilihan antara Juicy Chicken ataupun Succulent Beef.  Korang dah rasa? 




04 January, 2019

Birthday Giveaway by Mya Rosli

by on January 04, 2019

Join Click Banner

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Mya
Allah selamatkan semua

Happy birthday Mya
Semoga Sentiasa Berada Dalam Lindungan Allah
Dipanjangkan Umur, Diberikan Kesihatan Yang Baik
Moga Allah Permudahkan Segala Urusan..Amin..


03 January, 2019

Pujaan Hati Kanda OST - Pujaan Hati (ADIRA SUHAIMI)

by on January 03, 2019
Jatuh cinta lah dengan lagu ost Pujaan Hati Kanda ni. Dahlah drama best lagu tema pun best juga. Nampak serasi sangat Remy Ishak berlakon dengan Mira Filzah..Tak sabar nak tengok episode hari ini..:) 



Suatu masa dulu
Ku dibuai keliru
Terlena dengan dosa

Kau hadir melengkapi
Segala kekurangan
Di hati kau sejati

Biar berjuta halangan
Rela ku tempuhi
Ku genggam abadi
Demi cinta suci

Hanya dirimu pujaan hatiku
Hanya padamu ku serah cintaku
Kau segalanya bagiku terindah
Hingga ke akhirnya nafas ini

Lahir sebuah mimpi
Dari satu misteri
Dirimu menantiku

Biar berjuta halangan
Rela ku tempuhi
Ku genggam abadi
Demi cinta suci

Hanya dirimu pujaan hatiku
Hanya padamu ku serah cintaku
Kau segalanya bagiku terindah
Hingga ke akhirnya nafas ini

Andai perit luka ini
Takkan pernah ku peduli
Biarkan aku teruskan menanti

Kita pastikan bersama
Yakin dengan takdir Tuhan
Kita kan bahagia

Hanya dirimu pujaan hatiku
Hanya padamu ku serah cintaku
Kau segalanya bagiku terindah
Hingga ke akhirnya nafas ini
Nafas ini

Hanya dirimu pujaan hatiku
Hanya padamu ku serah cintaku
Kau segalanya bagiku terindah
Hingga ke akhirnya nafas ini

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com

by on January 03, 2019

Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my



Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Happy New Year 2019

by on January 03, 2019
Itulah dia bila cuti terlalu lama, nak dapatkan balik mood bekerja tu alahai..slow sangat rasanya. Itu yang blog pun naik bersawang dengan entry lama-lama. Anyway sebelum terlambat nieyl nak wish Selamat Tahun Baru dan Happy new year kepada semua sahabat-sahabat blogger dan pembaca. Semoga tahun 2019 ini memberi seribu keberkatan hidup, di murahkan rezeki kalian dan diberikan kesihatan yang baik..Amin..