05 December, 2018

Terima Kasih Ya Allah , Syukur Sangat

Tersangat bersyukur sentiasa di kurniakan kawan-kawan, sahabat-sahabat, rakan sekerja yang baik dan penyayang. Rakan PA seangkatan dengan nieyl baru-baru ni bercuti selama 2 minggu ke Surabaya. Baru naik kerja semalam, dan dia bagi ole-ole kain pasang jawa corak jawa dari sana untuk nieyl..Wah!serius terharu sangat tau.. dan tidak dilupakan keychain dari Surabaya untuk koleksi nieyl. 

Terima kasih Ya Allah selalu murahkan rezeki nieyl , dan kepada yang memberi juga nieyl doakan mereka semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa di redhai oleh Allah swt..


8 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)