04 December, 2018

Random Photo Hari Selasa

Assalamualaikum semua..ha..tak jawab dosa..hihihi...morning. Hari ni dah pun hari selasa sekejap je kita tinggalkan ISNIN kan..semoga hari ini lebih baik dari semalam. Insya'Allah.. Oklah pagi selasa yang cerah lagi indah ini nieyl seperti biasa nak random photo yang ada dalam fon nieyl ni cumanya semua gambar makanan hihihi.. pagi-pagi dah buat korang meleleh tengok gambar makanan ya. 


Weekend hari tu adik -adik ipar nieyl dari kedah dan melaka balik rumah MIL , jadi pakat-pakat nak makan tengah hari sama-sama. Dieorang masak ikan kari, nieyl masak sayur, tauhu goreng tu cicah dengan sos , Ayam goreng tu untuk adik ipar nieyl yang lelaki dia tak makan ikan. Alhamdulillah..licin semua..♥


Bila dah hujung-hujung tahun ni biasalah buat mesyuarat cawangan sekali dengan jamuan akhir tahun. Cawangan nieyl buat sarapan kuih dan mee kari..yumyum pagi-pagi kaw makan mee kari hehehe


Depan balik Pengarah nieyl ada satu bilik Kaca. Orang-orang dalam bilik kaca tu semuanya rajin -rajin belaka la..selalu sangat buat makan-makan tau..kadang-kadang tu naik segan pula selalu di ajak makan. Jumaat lepas, dieorang buat makan saja-saja je tengok tu ada tomyam campur, sambal belacan, burung puyuh goreng ..semuanya baru masak panas-panas lagi..semoga murah rezeki dieorang ni..



Bila tekak nak makan sambal belacan pukul 10 malam ko rasa?aduhai...tak tahu la kenapa hari tu nieyl memang teringin sangat nak makan sambal belacan yang dibuat sendiri. Dah tu nak pakai lesung tumbuk ...nampak tak mengada-ngada , padahal sendiri yang buat. Nieyl-nieyl..


Ini lagi satu, kebelakangan ni nieyl suka sangat makan biskut letak susu pekat. Kadang-kadang dekat 10 keping biskut tau..aduhai...nikmat dia sedap sangat, sampai tak sedar diri sampai kena tegur dekat pejabat jangan banyak makan benda manis-manis. hihihi..


Ini astronaut pasta goreng versi nieyl. hahaha..malas nak buat kuah-kuah di pagi hari. Kita kasi goreng je , licin juga makan sebab sedap ada telur, ada crab , rasa pedas-pedas..yumyum..


Last sekali ni kakak PA pejabat nieyl belanja nieyl makan lunch hari jumaat. Nasi putih, tomyam dan burung puyuh goreng kunyit. Simple tapi sedap. Semoga mereka ini sentiasa dimurahkan rezeki. Nieyl waktu kerja jarang makan di luar tau, memang isnin -jumaat bawa bekal breakfast dan lunch sekali. So, selalu orang ajak pergi makan luar nieyl tak pergi. Cuma kalau dah plan nak pergi, nieyl tak bawa lah bekal untuk lunch tu pun kena bagitahu sehari awal. Kalau last minit tu minta maaflah,memang tak dapat nak pergi. ♥






6 comments:

  1. wah...meriah menu tu.
    Kak Ayu dah 2 tahun, selalunya dlm 3 tahun or 3 tahun lebih skt la.

    ReplyDelete
  2. amboi menu diaa... ^^ sedapnyaa..

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan biskut dengan susu tu.. layan tu..

    ReplyDelete
  4. taksabar hari jumaat haha sbb cuti :p wahhh semua gambr makanan eh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)