02 November, 2018

Drama Mencari Qiblat

Drama Mencari Qiblat - Sebelum ini nieyl memang ada ternampak iklan drama ni cumanya dah lama tak menonton drama melayu di malam hari. Last week nieyl tertengok dekat rumah MIL drama ni rasanya episode ke-2, terus memikat hati nieyl untuk tengok the next episode.

Drama mencari Qiblat ini bertemakan kerohanian di mana jalan penceritaannya berbeza setiap episode. Setiap episode menceritakan tentang kebaikan-kebaikan yang mungkin kita terlepas pandang dalam hidup kita. 


Seperti contoh yang nieyl tengok episode hari rabu, tentang SEDEKAH. Sepasang suami isteri berusia , setiap pagi dan malam akan masak dan edarkan makanan untuk golongan gelandangan. Mereka tidak kaya,tidak mewah kehidupannya tetapi dengan adanya rezeki duit kelapa sawit,duit pencen setiap bulan, mereka bersedekah tanpa mengeluh. Tapi ada segelintir manusia hidup dengan kemewahan, kekayaan rezeki Allah beri tapi tidak bersedekah sebab pada mereka kemewahan,kekayaan hanya untuk dirinya dan keluarga. Kena ingat ya..setiap rezeki yang kita perolehi dalamnya ada rezeki orang lain juga. 

Terlalu banyak pengajaran yang nieyl perolehi dari episode malam tadi terutamanya peringatan untuk diri sendiri juga. 

So,korang masih boleh menonton setiap hari rabu - Jumaat jam 9.00 Malam di Tv3..

3 comments:

  1. best cerita ni.. aeril zafril kalau berlakon mesti cam drama2 islamik gini kan hihi

    ReplyDelete
  2. Menarik rupanya drama nie.. mendidik dan memberi kesedaran pada penonton..

    ReplyDelete
  3. memang abe kie mula minat drama ni. sbb penuh undur Islamik.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)