15 November, 2018

Drama Isteri Bukan Untuk Disewa

Selepas drama Villa Ghazara tamat, nieyl ada layan beberapa drama yang sedang ditayangkan salah satu daripadanya adalah Drama Isteri Bukan Untuk Disewa karya Syamnuriezmil. Drama terbitan produksi Nuansa Sdn Bhd dibawah arahan Osman Ali. Title asalnya adalah ISTERI UNTUK SEWA, walau bagaimanapun tengah di upgrade kepada ISTERI BUKAN UNTUK DISEWA..

                        

Sinopsis :-

Nur Adreiana seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak. Nur menawarkan perkhidmatan menyelesaikan masalah hubungan percintaan. Noah Ryzal pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan. Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga. Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur. Bukan Noah sahaja, Putera Raiyan, CEO tempat Nur Bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut manaruh hati pada Nur. Keempat mereka melamar Nur, siapakah yang bakal menjadi pilihan Nur?


Pelakon :-

  • Tiz Zaqyah sebagai Nur Adreiana 
  • Fattah Amin sebagai Noah Ryzal 
  • Halim Radzi sebagai Suffi Naufal 
  • Zaki Azeman sebagai Imtiyaz Irdad 
  • Harris Annuar sebagai Putera Raiyan 
  • Lia Natalia sebagai Rhianna 
  • Daniella Sya sebagai Natasya 
  • Shah Kimin sebagai Bob 
  • Daaim Jailani sebagai Ray 
  • Zul Helmy sebagai Adnan 
  • Nelissa Edreena sebagai Irdina 
  • Aleza Shadan sebagai Tengku Rhaniah 
  • Sherry Aljeffri sebagai Tok Nek 
  • Rashidah Jaafar sebagai Irma 
  • Kazar sebagai Imran

** nieyl suka tengok drama yang ringan macam ni, tak serabut kepala otak nak fikir-fikir dan yang paling best ada moment yang sweet, kelakar ..so,sesuailah untuk kita yang bekerja seharian..malam nak relax-relax kan...

6 comments:

  1. ya.. alhamdulillah lepas ditegur mereka terima. :D dan best sangat cerita ni

    ReplyDelete
  2. Macam-macam juga komen yang didengari mengenai tajuk drama ni

    ReplyDelete
  3. dah lama tengok drama macam nie , ntah lah sebab jalan cerita lebih kurang sama je , yang beza tajuk je..

    ReplyDelete
  4. takminat hero heroin so taktengok hehehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah mereka terima teguran dengan baik.. Akak dah baca novel dia.. drama nie tak tengok lagi..

    ReplyDelete
  6. Best !! Ciktie pun dah terlayan dah cerita ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)